CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 755|Reply: 0

Harga tiket Virgin Trains dikecam

[Copy link]
Post time 4-12-2018 02:23 PM | Show all posts |Read mode
HUH!! LAGI MAHAL DR EUROTRAIN FROM PARIS-LONDON!!


                     
LONDON 2 Dis.  -  Penyampai berita Sky, Martha Kelner menyifatkan perkhidmatan Virgin Trains memberikan ‘imej buruk’ kepada Britain selepas dia terpaksa membayar sehingga 338 pound (RM1,801) untuk perjalanan pergi dan pulang dari London ke Manchester.

                       
Lapor Metro UK, Kelner meluahkan rasa marahnya di Twitter baru-baru ini dan menyatakan harga tiket penerbangan ke New York adalah lebih murah.


   
Tiket penerbangan untuk pergi dan pulang ke New York dari London adalah serendah 245 pound (RM1,310).
Pengguna perkhidmatan tren berkenaan turut meluahkan perasaan yang sama.
“Bayaran 130 pound (RM692) untuk tiket bagi tentera. Saya tidak mampu untuk membeli tiket dan melawat keluarga saya setiap minggu,” kata seorang pengguna Twitter, Michael Dowd.
Seorang lagi pengguna Twitter, Tim Rich berkata, harga tiket tersebut membolehkan orang ramai terbang dari London ke Moscow serta bermalam di Hotel Sheraton Palace.
Selain itu Jeremy Cross berkata, walaupun membayar harga tiket sebanyak 184 pound (RM980), dia tidak dapat menempah tempat duduk.
Sementara itu, Patricia Bar­raclough menyatakan dia boleh menempah tiket penerbangan dari Sydney ke London dengan harga yang sama.
Menurut jurucakap Virgin Trains, Kelner boleh mendapatkan harga lebih murah serendah 23 pound (RM122.60) dengan menempah lebih awal dan pada waktu yang spesifik.
        
              


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:49 PM GMT+8 , Processed in 0.209467 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list