Edited by auntyaya at 3-12-2018 05:28 AM
KEGILAAN TAHAP APA KAH INI !!
AKIHIKO KONDO bergambar bersama isterinya Hatsune Miku yang merupakan penyanyi figura kartun dekat kediamannya di Tokyo.
JEPUN - Impian seorang lelaki untuk mendirikan rumah tangga idaman akhirnya tercapai apabila berkahwin dengan wanita impiannya yang merupakan figura hologram.
Akhihiko Kondo, 35, menjalin hubungan bersama Hatsune Miku, artis hologram yang popular bukan sahaja di Jepun, malah seluruh dunia.
Namun perkahwinan tersebut tidak direstui keluarga Kondo atas sebab populariti yang dimiliki Miku. Tidak seorang pun ahli keluarga Kondo hadir 
pada majlis perkahwinan 
yang dilaporkan menelan belanja RM75,600 (AS$18,000) itu. Tentunya Miku yang hanya sebuah figura rekaan, hadir di majlis perkahwinan tersebut dalam bentuk patung permainan. “Saya tidak pernah menduakannya. Malah saya sentiasa mencintai dan memikirkan tentangnya setiap hari. “Saya jatuh cinta pada keseluruhan konsep Hatsune Miku. Tetapi Miku yang saya kahwini adalah yang berada di kediaman saya” kata Kondo. Perkahwinan Kondo dan Miku bukanlah satu hubungan yang sah dalam undang-undang di Jepun. Malah Gatebox, syarikat yang mereka Hatsune Miku telah mengeluarkan 3,700 sijil perkahwinan untuk mana-mana individu yang ingin berkahwin dengan figura hologram itu. Walaupun keluarga berharap Kondo berkahwin dengan wanita sebenar satu hari nanti, namun lelaki tersebut mengesahkan perkara itu tidak akan belaku. “Karakter dua dimensi tidak curang, meningkat usia atau mati. Semua elemen itu tidak berlaku pada wanita sebenar,” katanya lagi.– HUFFPOST
|