Mulia sungguh hati nye ![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
![](http://www.utusan.com.my/polopoly_fs/1.797945.1543757671!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_620/image.jpg)
KUALA LUMPUR 2 Dis. - Insiden rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya minggu lalu terus mendapat perhatian pengasas dan Pengerusi Eksekutif Berjaya Group, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.
Jika sebelum ini hartawan itu menubuhkan dana untuk membeli tapak kuil tersebut, kali ini beliau bermurah hati mahu menyumbang RM50,000 untuk anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, yang cedera dipukul perusuh dalam kejadian tersebut. Menurut beliau, sumbangan itu bertujuan membantu Muhammad Adib yang kini masih dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN). “Kita beri sumbangan ini untuk bantu Muhammad Adib yang sedang dirawat dan akan berkahwin bulan ini atas dasar kemanusiaan,” katanya seperti dipetik portal Malaysiakini di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
|