|
KISAH 5 # Ayah Dan Hamdan (2) : update 11 nov
[Copy link]
|
|
suke sgt citer tt...sambung eh...
keep it up!! |
|
|
|
|
|
|
|
Jenguk2 menunggu sambungan |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-11-2018 09:20 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
hdon replied at 9-11-2018 11:27 PM
Jenguk2 menunggu sambungan
tq sudi jenguk. so aku belanja lg 1 story |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-11-2018 09:20 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
menyambung lagi cerita hamdan.
sejak kejadian pertama hamdan membuka mangga tanpa kunci, hamdan sudah tidak lagi merahsiakan ilmu nya dari ayah. sedikit demi sedikit dia mendedahkan pengetahuannya kepada ayah.
ada 1 kali, ayah ikut hamdan memancing. sebelum ini mereka memang selalu memancing bersama. dan hamdan memang selalu mendapat ikan yang banyak.
kebiasaanya, hamdan akan duduk jauh dari ayah dan melarang ayah duduk berhampirannya. hamdan selalu bergurau dengan ayah mengatakan bau badan ayah yang busuk akan menghalau ikan ikan yang mahu meragut umpan nya. setiap kali hamdan mengejek ayah, ayah akan simbah hamdan dengan air sungai.
tetapi hari itu hamdan memanggil ayah. hamdan suruh ayah duduk di sebelahnya di sebatang banir kayu.
"hasan, kau nak tengok aku buat magik?
"ahh tipu lah kau. kau mesti nak mainkan aku" balas ayah. tapi sebenarnya ayah berdebar debar menunggu apa yang akan di buat oleh hamdan. sejak kejadian pertama dulu, ayah memang kagum dengan hamdan dan yakin dengan ketinggian ilmu hamdan.
"kau tak percaya? kau tengok"
hamdan menyauk air sungai dengan tanggan kanan nya yang dilekuk kan seperti mangkuk. tangan kiri hamdan mencapai umpan belalang yang di gunakan untuk memancing. hamdan letak seekor belalang di dalam air yg di tadah dalam tapak tangannya itu. mulut hamdan terkumat kamit membaca sesuatu. hamdan meniup air, mengambil semula umpan tadi dan di pegang di tangan kiri. hamdan masukkan air tadi kedalam mulutnya. hamdan kumur_kumur kemudian hamburkan air ke dalam sungai. hamdan campak juga umpan belalang tadi ke dalam sungai.
tak sampai 2 minit, ayah nampak berebut2 ikan berenang di hadapan hamdan. berlekuk gigi sungai dek asakan ikan ikan. ada puyu, ada sepat, ada haruan dan keli juga.
ayah terkedu. ayah geram nak sauk ikan ikan itu guna baldi. tapi hamdan tak benarkan.
hamdan campak mata kail, ikan ragut. campak lagi, ragut lagi. hamdan ambil ikan yang tersangkut pada mata kail dan masukkan dalam baldi. hamdan juga suruh ayah mengail sama. ayah cmpak mata kail dengan gembira. ayah kata, walaupun mata kail kosong tanpa umpan, tapi tetap di ragut ikan.
selepas baldi masing2 hampir penuh, hamdan ambil seekor ikan sepat dan digenggam kuat. hamdan baca sesuatu dan di hembus pada ikan. kemudian hamdan campak ikan sepat tersebut ke tengah sungai.
sekelip mata, ikan ikan yang berkumpul di kaki air berhampiran tempat duduk hamdan tadi, bergerak perlahan2 ke tengah sungai ke arah ikan sepat yang dicampak hamdan tadi.
ikan ikan hilang.
ayah tanya "dan, kenapa tak ambil lagi ikan ikan tu. banyak tu, kita boleh jual atau buat ikan masin. sebulan lauk kita tak habis dan"
"tak boleh. kita cuma boleh ambil sekadar saja. tak boleh tamak san. rezeki Allah tu ada. kau jangan risau tak ada makanan esok. yng penting makanan harini kita dah ada"
ayah agak terkejut dan malu dengan teguran hamdan. hamdan ni agak lurus orangnya. selalu di main mainkan ayah dan orang kampung kerana gagapnya. tak sangka hamdan pandai memberi nasihat.
sejak hari itu ayah tidak lagi selalu mempermainkan hamdan. bila bergurau, ayah jaga tutur katanya. kerana ayah yakin banyak rahsia mengenai hamdan yang ayah belum tahu. |
|
|
|
|
|
|
|
tq sis sambung citer..ari2 jugak bukak benang ni kut2 ada sambungan..
Banyak ilmu rupanya Hamdan ni walaupun ada kekurangan dia tu..
teruskan bercerita sis..I follow
|
|
|
|
|
|
|
|
Tq 4 d update tt |
|
|
|
|
|
|
| |
|