CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6283|Reply: 11

Saya Benci Dengan Apa Yang Saya Lakukan! Saya Ingin Berubah!

[Copy link]
Post time 23-5-2018 04:56 PM | Show all posts |Read mode
Ada masanya anda akan berasa seperti jeran mahu bersiap dan pergi ke tempat kerja. Atas sesuatu sebab, anda mungkin berasa sedih, kecewa, rendah diri, malu atau kesal. Bahkan anda tidak mahu hal itu berulang lagi dalam hidup anda dan anda mahu melakukan sesuatu yang lebih baik, baru atau berbeza atau yang sudah lama anda pendam.


Bila anda berasa sebegini, tidak ada yang lebih baik melainkan anda ‘berubah angin’.  Perubahan boleh dilakukan secara organik menerusi kehidupan yang kita lalui dan mahukan. Bila anda rasa baik, sekaligus anda akan rasa kuat dan berkemampuan untuk menghadapi sebarang situasi.


Tidak mustahil dalam beberapa bulan anda akan mampu tersenyum semula. Daripada rasa ‘hampa kecewa’ dulu berubah pada rasa ‘hidup menjadi-jadi’.


Apa yang berlaku? Semestinya sebab anda sudah berubah dan sebenarnya ada teknik dan cara untuk berubah. Sebelum itu kita kena lihat dulu mengapa kita kena berubah.






Kenapa perubahan itu penting untuk setiap orang?


Seperti hal lain dalam hidup, rasa untuk berubah ini bukan datang dalam sekelip mata. Ia kadang-kadang mengambil masa berdekad lamanya. Hingga bila anda rasa sudah tidak tertanggung dan terlalu stres dan jiwa rasa tidak tenteram lagi. Barulah anda sedar yang anda mahu berubah kerana terdesak.


Sekali gagal tidak akan membuatkan anda serik tetapi bila berkali-kali gagal atau tepu barulah anda akan terfikir bahawa jalan yang anda ambil itu mungkin salah. Jadi, anda kena cari cara lain yang boleh memberikan keputusan yang lebih baik.


Di sinilah baru anda sedar bahawa ada beberapa perkara perlu kita ubah dalam hidup anda. Hal ini meliputi tentang kerja, perhubungan atau persekitaran anda.


Antara tanda-tanda anda perlukan perubahan:

1. Anda tidak boleh tidur atau tidak boleh bangun.
2. Sedih, hiba, kecewa dan rendah diri.
3. Tidak boleh fokus pada buku yang dibaca.
4. Tidak boleh fokus pada kerja atau pelajaran.
5. Tidak berminat untuk belajar atau tidak ada hobi.
6. Tiba-tiba mendapat ruam/ulser, sakit kepala atau sakit-sakit badan.
7. Makan terlalu banyak atau hilang selera.
8. Menjauhkan diri daripada rakan-rakan dan keluarga.
9. Baran atau mengeluh setiap masa.


Lebih teruk lagi, semua masalah di atas memakan diri anda secara senyap. Ia merosakkan kesihatan, kerjaya, perhubungan, peluang, kejayaan dan kehidupan anda secara keseluruhannya.


Foto Carian internet


Faedah Untuk Membuat Perubahan Positif


Tentulah faedah yang diperoleh daripada perubahan positif itu bukan sedikit. Anda akan menjadi orang baru atau bagai dilahirkan semula. Umumnya orang yang sering stres akan mempunyai sikap ‘down’ yang merosakkan hidupnya. Berlawanan daripada senarai di bawah, anda akan mendapat manfaat yang sebaik-baiknya bila berubah.


Untuk benar-benar merangsang hati anda agar berubah, lihatlah hasil yang bakal anda dapat:


1. Pendapatan meningkat
2. Tidak lagi takut orang kata
3. Tidak lagi cuba memuaskan hati semua orang
4. Lebih yakin dan berjaya mengatasi rasa malu
5. Lebih gembira dan bahagia
6. Lebih sihat
7. Kerjaya baru
8. Lebih yakin di depan orang ramai
9. Yakin dengan prinsip mereka
10. Jualan lebih baik
11. Bisnes tambah maju

Foto Carian internet


Mungkin senarai di atas terlalu sempurna tetapi itulah yang selalunya berlaku bila anda semakin positif dan mahu berubah. Memang ia bukan mudah untuk dicapai tetapi bila anda mahukan yang terbaik untuk dirinya, maka ia akan berusaha bersungguh-sungguh.


Semoga artikel terakhir saya ini bermanfaat pada anda semua. Saya juga ingin mengambil kesempatan memohon jutaan ampun dan maaf jika ada kesalahan saya sepanjang saya bersama anda di ruangan ini.


Jika anda ingin mengetahui ‘Cara Berkesan Untuk Berubah’ bolehlah ikuti sambungan tulisan saya ini  di http://123mamanet.com/cara-berkesan-untuk-berubah/ dalam ruangan INSPIRASI. Sayonara.


Liza Ali
www.123mamanet.com

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-5-2018 02:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya suka kerja sayaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 09:23 AM | Show all posts
xsuke keje pon kne hadap la..sbb dgr cite member dorg lg trok..
so bersyukur la ade keje..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 10:51 AM | Show all posts
psl kerja mmg takde masalah.. i love what i'm doing now..its just about my personal life..complicated..
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2018 05:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Klau saya stress.. mmg x leh g keja.. kena m.c
Terus melayang rm50
Mmg betullah org sakit jiwa ni byk rugi..berbanding dgn org positif
Reply

Use magic Report

Post time 25-6-2018 11:54 AM | Show all posts
dont stress.... go travel....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2018 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa ni cepat baran la lately ni..  suka duduk sendiri2..  kena ubah ni.. mcm takde life sejak benti keje.{:yameteh
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2018 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya sayang diri saya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2020 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang-kadang pernah rasa begini
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2021 01:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Buat double job la. Satu yg bg ko duit. Satu yg buat ko happy
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2021 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat apa yang hati kita suka
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2021 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Hmmm saya skrg nk cri kje baru je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:01 PM GMT+8 , Processed in 0.081845 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list