Ketika filem kontroversi, Dukun sedang menggegar pawagam dengan kutipan tiket lebih RM6.2 juta selepas empat hari ditayangkan di Malaysia dan Brunei, namun rupa-rupanya ada sejarah hitam disebalik kehidupan pelakon dan pengacara popular, Neelofa. Menerusi program MeleTOP yang bersiaran pada malam tadi, pihak produksi program berkenaan telah menjemput beberapa artis seperti Datin Paduka Umie Aida, Faizal Hussein dan Hasnul Rahmat bagi berkongsi pengalaman ketika menjayakan watak masing-masing dalam filem tersebut. Apa yang menarik perhatian, Neelofa juga turut berkongsi kisahnya selepas menonton tayangan awal filem tersebut sehingga membuatkan dia tidak boleh melelapkan mata selama dua hari. Neelofa yang membolot kategori utama Top Top MeleTOP Wanita itu juga mendedahkan bahawa rumah keluarganya di Kelantan sebenarnya berjiran dengan pasangan bomoh, Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman.
Tambah Neelofa, segala perkara yang berkaitan dengan Mona sudah tentu tersemat dalam akal fikiran apatah lagi ahli keluarganya yang pernah bergambar dan menjamu selera masakan oleh Mona.
|