CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2646|Reply: 7

“Sahabatku, maduku” Isteri lamar sahabat untuk jadi isteri kedua suami

[Copy link]
Post time 3-1-2018 03:44 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR – atas dasar kasih dan sayang terhadap sahabatnya yang juga dianggap kakak, ahli perniagaan, Ida Nirwana Marzuki memutuskan untuk merisik, meminang seterusnya menjadikan wanita itu sebagai madunya.
Ida, 26, berkata, madunya, Norinie Rahmad, 35, yang juga yatim piatu disifatkannya sebagai pilihan terbaik untuk berkongsi kasih dengan suaminya.
Katanya, dia sendiri memujuk suaminya, Nurul Hakim Mohd Kusaini, 32, menerima Norinie.


“Pada awalnya suami agak keberatan kerana tidak pernah berhasrat untuk berkahwin dua selain tidak mempunyai apa-apa perasaan dan menganggap Norinie hanya rakan berniaga.

“Suami memaklumkan supaya diberi masa untuk berfikir. Dalam tempoh itu juga, hampir setiap hari saya memujuknya dengan memberitahu semua itu untuk menghalalkan hubungan, mengelak menjadi fitnah orang lain dan rasa tanggungjawab seorang sahabat,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Menurutnya, dia bersyukur suaminya akhirnya bersetuju untuk berkahwin dengan rakannya itu.

“Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Daripada merisik, bertunang sehinggalan kepada majlis akad nikah diadakan semalam (Rabu) pada 11 pagi di Masjid As-Syakirin, Desa Petaling dan dihadiri oleh keluarga terdekat serta saudara-mara.

“Penerimaan keluarga juga baik dan tiada sebarang masalah malah anak lelaki saya berusia tiga tahun juga sangat rapat dan manja dengan madu saya sehingga memanggil madu saya dengan nama ‘didi’.


“Kami bercadang untuk tinggal serumah iaitu di kediaman saya dan suami di Taman Permaisuri, Cheras dalam masa terdekat ini,” katanya.

Menceritakan detik perkenalan bersama madunya, katanya, dia mengenalinya awal Mei tahun lalu ketika menghadiri kursus yang menawarkan perundingan imej di sebuah hotel di ibu negara.

“Sejak itu hampir setiap hari, saya, madu dan suami keluar bersama. Selain menjadi rakan perniagaan, hubungan itu semakin rapat bukan hanya sekadar sahabat tetapi seperti kakak sendiri.
“Sepanjang tempoh lebih setahun ini, kami turut berkongsi mengenai kehidupan masing-masing apatah lagi saya juga sudah berpindah ke Cheras, berdekatan dengan kediaman madu. Jadi, hampir setiap hari kami meluangkan masa bersama,” katanya.

Katanya, madunya juga baru kehilangan ibu tersayang pada Mei 2016 selain adik beradik yang lain sudah membawa haluan masing-masing selepas berkahwin.

“Dari situ, timbul simpati memandangkan madu hidup seorang diri di Kuala Lumpur. Saya mahu dia menjadi sebahagian daripada hidup saya menyebabkan saya membuat keputusan untuk menjadikannya sebagai madu.
“Saya mengambil masa selama lebih dua bulan untuk melamarnya dan tidak ada sedikit pun perasaan sedih malah teruja kerana apa yang dilakukan memang di atas kerelaan hati saya.

“Walaupun ada wanita yang memandang poligami secara negatif, saya kini semakin bahagia biarpun terpaksa berkongsi kasih,” katanya.


sumber dari sisgempak.com


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2018 03:54 PM | Show all posts
oit tt ni cerita taun 2016...baru keluar gua ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 04:38 PM | Show all posts
apa ni cerita basi up balik
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 04:59 PM | Show all posts
suami akak nak bermadu, akak jeling pandangan malaikat maut. sampai sekarang dia tidak berani bermadu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 05:20 PM | Show all posts
“Pada awalnya suami agak keberatan kerana tidak pernah berhasrat untuk berkahwin dua selain tidak mempunyai apa-apa perasaan dan menganggap Norinie hanya rakan berniaga.


ye ke suaminya keberatan.....
Hmmmm... ye lah tu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Laki kena paksa.. celup2 ye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2018 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
sekarang 2018
apa cerita dah
berapa org dah anak
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2018 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
berapa kali nk recycle cerita ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:02 PM GMT+8 , Processed in 0.061553 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list