View: 3354|Reply: 7
|
Resipi Untuk 'Geng Pemalas'! Lempeng Inti Coklat Crunchy, Senang Je
[Copy link]
|
|
Perut berkeroncong lapar, nak keluar malas pula. Hidangan paling simple boleh dibuat adalah lempeng.
Kalau lempeng biasa memang membosankan! Sesuai untuk 'geng pemalas', kali ini cubalah Lempeng Inti Coklat Crunchy.
Memang terlajak sedapnya. Resepi dari Afil Jefri, ringkas dan mengenyangkan. Jom cuba.
Bahan-Bahan
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur ayam
2 sudu besar gula
Air sebanyak yang perlu
Sedikit garam
Ovomaltine (Hero dalam filem ni)
Cara-Cara
1. 3 sudu besar tepung gandum pun dah cukup. (Ikut keperluan masing-masing)
2. 2 sudu besar gula tak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Sedang-sedang saja
3. Guna sebiji telur ayam bersaiz agak besar. Kalau saiz kecil, guna dua biji
4. Ini adalah superhero! Lagi sedap daripada Nutella. Harga sebalang Ovomaltine ini dalam RM20.
5. Garam secukup rasa, guna secubit nak bagi balance.
6. Masukkan air untuk bagi pekat
7. Gaulkan semua bahan-bahan itu dalam satu mangkuk. Sebelum masukkan air, akan jadi kental teruk. Tapi jangan gelabah! Masukkan air sedikit demi sedikit
8. Buat sampailah gabungan bahan-bahan itu sebati dan jadi begini
9. Panaskan kuali, sapu dengan minyak masak
10. Bila dah siap, angkat dan sebelum sejuk,sapukan dengan Ovomaltine crunchy cream itu.
11. Letak lagi satu keping lempeng di bahagian atas
12. Potong, letak dalam pinggan dan hidangkan
Selamat mencuba! -CARI
Kredit Resipi: Afil Jefri |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
jgn la kata geng pemalas...kalau dah x minat tu x minat la..
eheheheh |
|
|
|
|
|
|
|
Ok nanti aku try. Aku memang pemalas pun |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik! Nanti boleh konah cuba kalau rajin {:good |
|
|
|
|
|
|
|
Menarik! Nanti boleh konah cuba kalau rajin {:good |
|
|
|
|
|
|
|
Uishh...kecur ayaq lioq iolls {:sing |
|
|
|
|
|
|
|
memang pemalas, sampai hangit |
|
|
|
|
|
|
| |
|