|
Wasalam saudara
moga diRahmati
maaf ya, sebab saya ingatkan tentang perubahan kalimah tu
rupanya hanya sekadar perubahan sebutan tanpa mengubah KETERANGAN AYAT2 tersebut
amat baik utk mereka yg mempelajari Bahasa AL QURAN tanpa baris
(sekarang dah berbaris dah huruf2, jadi dah ternyata AYAT2 tersebut sejak dr seribu tahun lebih)
sila teruskan dulu.....terima kasih
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KitabTurath at 19-11-2017 08:35 AM
Mengetahui perubahan kalimah adalah menjadi tonggak kepada pelajaran ilmu shorof. Dengan mempelajari ilmu shorof kita dapat mengetahui akar kata kalimah tersebut serta dhomir2 dan perincian lain yang terkandung didalamnya. Saya ambil satu contoh kalimah al-Quran dari surah 18: ayat 21: kalimah ke-15;
1. (yatanaaza'uuna) يَتَنَازَعُونَ2. (a-tuhaddithuunahum) أَتُحَدِّثُونَهُمْ
1. Apakah kata dasar (root) kalimah2 tersebut?
2. Apakah dhamir yang terkadung dalam kalimah ini?
3. Huruf ya dipangkal kalimah menandakan apa?
4. Huruf waw menandakan apa?
5. Apakah i'rab kalimah ini? 6. Kalimah ini termasuk dalam kategori fe'il apa? 7. Kalimah fe'il ini termasuk dalam kategori 'verb form' yang ke berapa?
Dan macam2 soalan boleh ditanya hanya dengan satu kalimah ini sahaja. Semua itu terjawab jika kita faham ilmu shorof.
|
|
|
|
|
|
|
|
percaya pada hadith setan, memang akan jadi bergolong golongan 72...
|
|
|
|
|
|
|
|
Perbincangan nie tak sesuai dalam thread nie. Harap maklum.
|
|
|
|
|
|
|
|
(yatanaaza'uuna) يَتَنَازَعُونَ2.
terjemahan yg hampir - MEREKA BERBANTAH2
a-tuhaddithuunahum أَتُحَدِّثُونَهُمْ
Surah 2 Al Baqarah ayat 76 - ADAKAH KAMU MENGKHABARKAN (DO U TELL THEM)
1. Apakah kata dasar (root) kalimah2 tersebut? 2. Apakah dhamir yang terkadung dalam kalimah ini? 3. Huruf ya dipangkal kalimah menandakan apa? 4. Huruf waw menandakan apa? 5. Apakah i'rab kalimah ini? 6. Kalimah ini termasuk dalam kategori fe'il apa? 7. Kalimah fe'il ini termasuk dalam kategori 'verb form' yang ke berapa?
jika kelapangan sila jelaskan persoalan2 yg dikemukakan moga lebih mudah difahami terima kasih
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KitabTurath at 21-11-2017 09:24 AM
Kalau ada minat nak tahu dan nak belajar, saya boleh teruskan perbincangan ini.
Kalimah dari surah 18 ayat 21 kedudukan 15 (18:21:15);
'yatanaaza'uuna' - يَتَنَازَعُونَ
1) Ia adalah fe'il mudhari' jamak muzakkar lil-ghaib - dari kumpulan verb form VI
(3rd person masculine plural (form VI) imperfect verb)
2) Asal bagi kalimah ini (verb form I) ialah 'naza'a - نَزَعَ
(bermaksud: menarik/mengeluarkan)
3) Fe'il madhi bagi kalimah ini ialah 'tanaaza'a' - تَنَازَعَ
yang mengikut wazan - تَفَاعَلَ
Perincian seperti berikut;
Setiap huruf dalam al-Quran ada maknanya yang tersendiri.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KitabTurath at 21-11-2017 10:20 AM
KALIMAH KEDUA: أَتُحَدِّثُونَهُمْ
yang bermaksud " Patutkah kamu ceritakan kepada mereka (orang-orang Islam)" [2:76:13]
Perincian:
Demikian sepintas lalu berkenaan dengan ilmu shorof yang mengupas setiap huruf yang ada dalam al-Quran berjumlah 300,000 lebih itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
ok
cuma saya masih samar2 lagi
sila teruskan
boleh tak teruskan dgn satu Surah pendek
Surah 97 Al Qadr
terima kasih
Wasalam |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KitabTurath at 22-11-2017 07:46 AM
Tak faham atau masih samar2 mungkin sebab tak faham ilmu nahu.
Kalau nak ikut step belajar bahasa arab,
ilmu nahwu > ilmu shorof > ilmu balaghah.
Selesaikan dulu ilmu nahu seperti yang diajar dalam thread;
https://mforum.cari.com.my/forum ... &extra=page%3D1
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KitabTurath at 22-11-2017 09:08 AM
Baik...kita tengok dulu surah 97 al-Qadr. بِسۡمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Ayat 97:1
اِنَّاۤ اَنْزَلْنٰهُ فِىْ لَيْلَةِ الْقَدْرِ "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar", (1)
Bagi orang yang belum pernah belajar ilmu nahu & ilmu shorof agak sukar untuk memahaminya.
[97:1:1] - اِنَّاۤ :ada 2 kalimah iaitu 'in' dan 'na' - 'in' adalah haraf taukid wa nasbin (haraf penegasan) - kita bincang dalam ilmu nahu. - 'na' adalah dhamir muttashil, isim inna (nahu) "sesungguhnya kami"
[97:1:2] - اَنْزَلْنٰهُ : wazan أَفْعَلَ kalimah ini mempunyai 3 bahagian iaitu 'anzala', 'naa' dan 'hu' - anjala adalah fe'il madhi verb form IV (ilmu shorof) - naa adalah dhamir muttashil faa'il (Allah )(ilmu nahu) - hu adalah dhamir muttashil maf'ul bih (Quran) (ilmu nahu) "kami telah menurunkannya (alQuran)" [97:1:3] - فِىْ : haraf jarr (ilmu nahu) "pada" [97:1:4] - لَيْلَةِ : isim majrur , mudhaf (ilmu nahu)"satu malam"
[97:1:5] - الْقَدْرِ : mudhaf ilaihi majrur (ilmu nahu)
"al Qadar"
Selagi kita tak faham ilmu nahu selagi tu lah kita tak faham kedudukan dan keadaan setiap kalimah dalam Quran.Setiap ayat dalam Quran secara 'amnya banyak membicarakan ilmu nahu berbanding ilmu shorof.
Terima kasih.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ok baik sekali
sila teruskan Ayat2 Surah ini
terima kasih
Wasalam
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KitabTurath at 23-11-2017 10:38 AM
Ilmu Shorof - ia bermula dengan kalimah fe'il madhi tiga huruf (fe'il madhi tsulatsi mujarrad) wazan fa'ala (فَ عَ لَ) Contohnya;
- kataba (كَتَبَ) ertinya menulis (to write)
- fataha (فَتَحَ) ertinya membuka (to open)
- qara-a (قَرَأَ) ertinya membaca (to read)
Jika diperhatikan huruf pertama (فَ) dan huruf ketiga (لَ) sentiasa berbaris fathah (baris atas), manakala huruf yang kedua (عَ) tidak selalunya berbaris fathah. Ada yang berbaris dhammah (baris hadapan) dan ada yang berbaris kasrah (baris bawah).
i. Contoh 'ain fe'il berbaris fathah: أَكَلَ , خَرَجَ
ii. Contoh 'ain fe'il berbaris dhammah : كَرُمَ , سَهُلَ
iii. Contoh 'ain fe'il berbaris kasrah: عَلِمَ , سَمِعَ
Kesimpulannya, harakat fe'il madhi bagi huruf kedua boleh berubah2 bergantung kepada kalimah yang digunakan.
:::
Pasangan fe'il madhi ialah fe'il mudhari'. Fe'il mudhari' ialah perbuatan yang menunjukkan masakini (present) atau masa akan datang (future). Fe'il mudhari' juga mengalami perubahan pada 'ain fe'ilnya..
Contoh; يَفْتَحُ (sedang membuka), 'ain fe'ilnya - fathah (يَ فْ تَ حُ)
Contoh; يَجْلِسُ (sedang duduk), 'ain fe'ilnya - kasrah (يَ جْ لِ سُ)
Contoh; يَخْرُجُ (sedang membuka), 'ain fe'ilnya - dhammah (يَ خْ رُ جُ )
:::
Oleh kerana antara fe'il madhi dan fe'il mudhari' ada kaitan, maka wujud kombinasi antara keduanya menghasilkan 6 bab atau 6 kombinasi.
LATIHAN: Letak harakat yang betul bagi fe'il2 madhi dan mudhari' bagi kalimah2 berikut;
1. حسب - يحسب
2. حمد - يحمد
3. حسن - يحسن
4. جعل - يجعل
5. سجد - يسجد
6. حمل - يحمل
Terima kasih.
::
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus posting ini, saya puji usaha tuan tanah....
bole mencelikkan golongan bodoh sombong....
terutama pada yg suka mencela org Islam yg lain hanyalah kerana tuhan beri pelajaran yg sedikit pada dirinya utk isteri anaknya - sedangkan semua org Allah beri petunjuk setiap hari
tapi ada kalangan manusia jenis terperasan lebih melompat lompat spt kaldai
hahahah.... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KitabTurath at 27-11-2017 08:12 AM
JAWAPAN:
1. حَسِبَ - ْيَحْسِبُ
2. حَمِدَ - يَحْمَدُ
3. حَسُنَ - يَحْسُنُ
4. جَعَلَ - يَجْعَلُ
5. سَجَدَ - يَسْجُدُ
6. حَمَلَ - يَحْمِلُ
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KitabTurath at 27-11-2017 09:01 AM
Dari segi hubungan dengan fe'il mudhari', fe'il madhi terbahagi kepada 6 bab seperti dalam contoh yang lepas. Kita sambung lagi perbincangan ilmu shorof dengan tajuk baru iaitu BINAAN fe'il madhi thulathi mujarrad. Bentuk binaan kalimah fe'il boleh dibahagikan kepada 2 iaitu 1) Fe'il Shahih dan 2) Fe'il Mu'tal
Fe'il shahih pula terbahagi kepada 3 iaitu;
1. fe'il shahih salim
2. fe'il shahih mudh'af
3. fe'il shahih mahmuz
Fe'il Mu'tal pula terbahagi kepada 5 iaitu;
1. Mithal
2. Ajwaf
3. Naqis
4. Lafif Mafruq
5. Lafif Maqrun
Lihat gambarajah.
1. Apa itu fe'il shahih salim?
Fe'il shahih salim ialah binaan fe'il dari huruf2 yang bukan mu'tal, tidak bertasydid dan tiada hamzah
Fe'il shahih salim terbina dari huruf2 yang selain dari huruf أ ,ا ,و ,ي, ّContoh: حَمَلَ , سَجَدَ , جَعَلَ
2. Apa itu fe'il shahih mudha'af?
Fe'il shahih mudha'af ialah binaan huruf yang mengandungi tasydid.
Contoh; مَدَّ, قَرَّ ,دَلَّ
3. Apa itu fe'il shahih mahmuz?
Fe'il shahih mahmuz ialah salah satu hurufnya terdiri dari huruf hamzah. (أ)
Contoh; أَكَلَ (makan), سَأَلَ (bertanya), قَرَأَ (membaca)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by KitabTurath at 1-12-2017 09:58 AM
BAB FE'IL THULATHI MAZID - فَعَّلَ
(Verb Form II)
Contoh kalimah yang menggunakan 'Verb Form II' dalam Quran;
i. 'allama عَلَّمَ - mengajarkan (taught) ii. harrama حَرَّمَ - mengharamkan (forbidden) iii. nazzalaنَزَّلَ - menurunkan (revealed)
Bentuk fe'il jenis ini ialah tambahan 'ain' fe'il menjadi; فَ عْ عَ لَ <- فَعَّلَ
Seperti fe'il thulathi mujarrad, fe'il mazid juga mengalami perubahan mengikut dhamirnya. Ini dinamakan 'TASHRIF LUGHAWI' dan mengikut perubahan sighat yang dinamakan 'TASHRIF ISTILAHI'
... bersambung
|
|
|
|
|
|
|
| |
|