[size=14.880000114440918px]01/10/2017 3:56pm
Oleh AHMAD ISYAFIQ MAD. DESA
Sebahagian daripada bangkai penyu yang ditemui malam tadi.
[size=14.880000114440918px]SEMPORNA - Tujuh lagi bangkai penyu ditemui dalam keadaan perut terburai di perairan Pulau Mabul di sini malam tadi. [size=14.880000114440918px]Difahamkan, bangkai penyu terbabit ditemui orang awam kira-kira pukul 10 malam terapung berdekatan dengan lokasi tumpuan pelancong di pulau tersebut. [size=14.880000114440918px]Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuugu berkata, pihaknya telah menghantar pegawai ke lokasi penemuan bangkai penyu terbabit untuk tindakan lanjut.
[size=14.880000114440918px]"Empat pegawai telah dihantar untuk melakukan pemeriksaan dan kita akan lakukan siasatan terhadap penemuan bangkai penyu ini," katanya di sini hari ini. [size=14.880000114440918px]Pada Khamis lalu, kira-kira 100 bangkai penyu ditemui di kawasan semak berhampiran pantai Kampung Pantau-Pantau, Kampung Amboh-Amboh dan Kampung Sampilan di Pulau Bum-Bum, Semporna. - K! ONLINE [size=14.880000114440918px]
|