[size=0.75em]Makhluk misteri yang didakwa ditemui terdampar di pulau di Leyte, Filipina.
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]PENGUNJUNG di sebuah pulau di Filipina tergamam ketika ternampak seekor makhluk misteri terdampar di pesisir pantai tersebut. [size=0.98em]Haiwan laut gergasi itu ditemui di perairan Bandar Maasin, salah satu pulau di Leyte, Filipina. [size=0.98em]Julius Alpino dari Biro Perikanan dan Sumber Laut berkata, pihaknya tidak dapat mengenal pasti haiwan itu kerana badannya sudah reput. [size=0.98em]Menurutnya lagi, bangkai besar yang memiliki kepanjangan sebuah jet pejuang itu mungkin adalah seekor ikan paus.
[size=0.98em]Penduduk tempatan, Nujnuj Capistrano, 42, berjaya menangkap gambar bangkai binatang gergasi itu ketika melalui kawasan pantai. [size=0.98em]"Saya lalu dan ambil gambar sahaja tetapi saya tidak tahu apa-apa kisah lanjut mengenai haiwan itu," katanya. - [color=rgb(0, 51, 153) !important]Mail Online
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... htcOMc1B5HmEve5Z.99
|