Salam Sejahtera kami daripada wiser.my. Tips kali ini kami ingin berkongsikan kaedah mudah yang anda boleh lakukan untuk menjadikan “pendrive” kalis daripada serangan virus. Dengan cara ini anda tidak perlu risau lagi sekiranya ingin menggunakan storan mudah alih anda pada mana-mana komputer yang mungkin sudah dijangkiti oleh virus.
Aplikasi yang ingin kami kongsikan ini, berupaya mengubah suai fail autorun.inf “pendrive” anda agar ianya kebal daripada serangan virus, terutamanya virus “shortcut” dan virus“hidden file” yang sangat sinonim dengan PC berasaskan windows.
Untuk mengaktifkan “vaksin” tersebut pada “pendrive” anda, sila ikuti langkah-langkah berikut
Langkah 1 Terlebih dahulu, muat turun aplikasi berikut dalam PC Windows anda. Klik sahaja pada pautan dibawah
Langkah 2 Selepas siap dimuat turun, buka aplikasi tersebut, klik “accept term & condtion” terlebih dahulu. Maka akan muncul paparan berikut.
Langkah 3 Masukkan “pendrive” anda pada PC tersebut maka akan muncul paparan berikut. Warna merah pada ikon menunjukkan pendrive tersebut belum di immun kan lagi. Apa yang perlu anda lakukan, klik sahaja pada ikon tersebut. Maka secara otomatik “pendrive” tersebut akan menjalani proses pengimunisasi. Tunggu sahaja sehingga selesai. Setelah ianya selesai, maka ikon “pendrive” akan bertukar kepada warna hijau. Dengan itu storan mudah alih anda sudah siap dilindungi, anda boleh gunakan storan tersebut pada mana-mana komputer windows tanpa perlu risau lagi.
Itu sahaja tips dari kami kali ini, semoga bermanfaat.
|