CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2430|Reply: 11

Tidak Henti Zikir – 26 Jam Terapung, Akhirnya Berkat Doa Lelaki Ini Selamat Dite

[Copy link]
Post time 8-8-2017 12:47 PM | Show all posts |Read mode
Kisah kehilangan seorang kontraktor, Suhaimi pada Julai lalu di perairan Terengganu jadi bualan netizen apabila dia terjatuh ketika memancing bersama rakannya. Siapa sangka akhirnya kontraktor itu ditemui oleh nelayan Vietnam selepas 26 jam berada di tengah laut.
Perkongsian bagaimana kontraktor ini terselamat membuatkan kami merasa syahdu. Hanya dengan zikir dan bacaan ayat suci Al-Quran, akhirnya Suhaimi masih diberikan umur yang panjang.

Terjatuh ketika memancing
Dalam keadaan yang lemah, saya cuba berusaha untuk berenang tetapi ombak kuat menghanyutkan saya dengan lebih jauh. Saya berdoa memohon kepada Allah SWT, lalu laut yang bergelora tiba-tiba menjadi tenang, memudahkan saya berenang menghampiri bot nelayan Vietnam untuk saya meminta bantuan dan akhirnya saya diselamatkan.
Sepanjang berada di tengah lautan dengan kedalaman 100 meter itu, hanya jaket keselamatan menjadi penyambung nyawa yang dipeluk erat sehingga saya ditemui oleh kru bot nelayan Vietnam kira-kira 6.25 petang pada 24 Julai.
Menerusi perkongsiannya di Harian Metro, dia hanya mampu memeluk jaket keselamatan ketika berpusing selepas ombak yang kuat. Dia juga terkejut kerana sepanjang tempoh berkenaan tiga kali dia menerima sesuatu yang tidak dijangka, iaitu botol air mineral berisi air minuman yang bersih, kepingan polisterin dan ombak bergelora yang tiba-tiba tenang.
Tidak berhenti berzikir
Dalam keadaan yang haus, lapar dan kesejukan, hanya doa yang memberi kekuatan kepada saya untuk teruskan hidup.
Saya tidak berhenti berzikir dan membacakan ayat suci al-Quran sepanjang hanyut di tengah laut serta menganggap apa yang berlaku sebagai ujian daripada Allah.
Ketika terapung di tengah laut pada tengah malam, kaki saya bergesel berkali-kali dengan badan ikan membuatkan perasaan menjadi sangat cemas. Sebagai pemancing, saya tahu ikan yang aktif pada waktu malam adalah ikan pemangsa, ganas dan besar.
Selain berdoa dan berzikir, saya cuba tidak menggerakan kaki kerana haiwan pemangsa lebih gemar menyambar mangsanya yang sedang bergerak.
Mengimbas kembali kenangan pahit itu, kejadian bermula apabila bot memancing yang dinaiki rosak menyebabkan dia dan rakannya terkandas di tengah laut. Kira-kira jam 4.30 petang, dia baru tersedar daripada tidur ketika mahu menuruni tangga untuk ke dek bawah dan tiba-tiba terjatuh ke dalam laut disebabkan hayunan bot yang kuat selepas ditolak ombak.
Beberapa rakan yang menyedari kejadian itu cuba melemparkan tali dan jaket keselamatan namun saya hanya mampu mencapai jaket sahaja selepas kehilangan banyak tenaga kerana melawan arus ombak kuat. Disebabkan ombak yang bergelora, dia hanyut dengan cepat sehingga dia tidak dapat melihat kelibat bot hanya dalam tempoh beberapa minit sahaja.
Terkejut Allah berikan sesuatu tak dijangka
Alhamdulillah, beberapa minit selepas itu, tidak ada lagi geselan di kaki. Selepas 20 jam melawan ombak, saya sangat haus dan lemah lalu berdoa kepada Allah supaya diberikan tenaga untuk bertahan sebelum terjumpa botol air mineral yang masih mengandungi air bersih.
Saya sendiri terkejut, boleh terjumpa air minum dalam botol di tengah laut bergelora. Bukan itu saja, ketika saya tidak lagi berdaya untuk berpaut pada jaket keselamatan, Allah ‘berikan’ pula saya kepingan polisterin supaya saya boleh terapung dengan lebih baik.
Dengan polisterin itu juga saya melambai kepada kru bot nelayan sebelum mereka menyedari saya di tengah laut lalu berusaha menyelamatkan saya.
Menurutnya lagi, dia juga berusaha untuk membuka seluar untuk diletak di atas kepala sebagai petunjuk kepada bot atau helikopter yang melalui kawasan itu kerana terdapat jalur putih yang boleh memantulkan cahaya. Berkat kesabarannya, akhirnya dia diselamatkan oleh nelayan vietnam itu,
Dia diberi layanan yang baik dari nelayan Vietnam walaupun mengalami kesukaran bercakap kerana mereka tidak memahami bahasa Inggeris. Mengimbas kembali kenangan pahit itu, kejadian bermula apabila bot memancing yang dinaiki rosak menyebabkan dia dan rakannya terkandas di tengah laut.
Kira-kira jam 4.30 petang, saya yang baru tersedar daripada tidur mahu menuruni tangga untuk ke dek bawah dan tiba-tiba terjatuh ke dalam laut disebabkan hayunan bot yang kuat selepas ditolak ombak. Menurutnya lagi, meskipun peristiwa itu tidak akan dilupakan sampai bila-bila, ia bukan penghalang untuk saya meneruskan hobi memancing.
Sumber : Harian Metro

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2017 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Subhanallah,sebak plak bace kisah lelaki ini
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 01:41 PM | Show all posts
mujurlah org beriman ada agama ada juga ikhtiar doa n berzikir di saat saat cemas. cuba bayangkan ateis mcm acong jatuh dlm laut selama 26 jam. mesti boring tunggu org datang selamatkan
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 02:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahal nya pengalaman dia..
Tak boleh dibeli dgn wang ringgit..
Teruskn hobi memancing tu ye...
Memancing hny sesuai utk org2 yg sabar...
Semoga yg baik2 je berlaku lepas ni..

p/s kim salam kt baby botak tu...muahh
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Skuau at 8-8-2017 02:28 PM
matchstick replied at 8-8-2017 01:41 PM
mujurlah org beriman ada agama ada juga ikhtiar doa n berzikir di saat saat cemas. cuba bayangkan at ...

Taklah..acong blh nyanyi lagu 'help' beatles ulang2 sampai ada ore selamatkn dia @ dibaham jaw....
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 02:46 PM | Show all posts
panjang umurnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-8-2017 03:09 PM | Show all posts
terkejut kerana sepanjang tempoh berkenaan tiga kali dia menerima sesuatu yang tidak dijangka, iaitu botol air mineral berisi air minuman yang bersih, kepingan polisterin dan ombak bergelora yang tiba-tiba tenang.


masyallah...

Ketika terapung di tengah laut pada tengah malam, kaki saya bergesel berkali-kali dengan badan ikan


huhu takot nya x terbayang..

meskipun peristiwa itu tidak akan dilupakan sampai bila-bila, ia bukan penghalang untuk saya meneruskan hobi memancing.


x serik
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 03:17 PM | Show all posts
Edited by dinoloveshasha at 8-8-2017 03:18 PM
matchstick replied at 8-8-2017 01:41 PM
mujurlah org beriman ada agama ada juga ikhtiar doa n berzikir di saat saat cemas. cuba bayangkan at ...

klau kena kat acong maybe die panggil tuhan zeus hantar petir sedas dua
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-8-2017 03:22 PM | Show all posts
matchstick replied at 8-8-2017 01:41 PM
mujurlah org beriman ada agama ada juga ikhtiar doa n berzikir di saat saat cemas. cuba bayangkan at ...

kalau acong, jerung pun x lalu nak baham... baik la jerung tu berlapar dari baham acong jijik.. mereput je la dalam laut jadi tukun
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 07:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Inspired from life of pe & cast away
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2017 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjang betul umur die....belom sampai ajal.. kalau ikut logik alam dah lame kene baham...tp Allah dah tetapkan die belom sampai ajal lg... subhanallah...
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2017 08:05 PM | Show all posts
pengalaman yg mmg x dpt di lupakan.. 26 jam di permukaan laut tu mmg dah pikir mati ja
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.061546 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list