|
assalammualaikum sy ada sedikit perkongsian berkenaan tentang BERCINTA DENGAN FAKE ACCOUNT yg hampir 3 tahun dan pengakhirannya adalah sia-sia
utk penceritaan ni sy akan dialog seperti sketsa cerita spontan tau..
kisah ni terjadi kat aku bila aku baru lepas putus tunang tahun 2015... 3 bulan aku menyendiri "down" punya pasal segala account sosial media FB, twitter dan lain-lain aku buang. selepas dari tempoh menyendiri aku mula sedar yg aku tak kan mampu untuk duduk dalam keadaan mcm tu... dan aku pun "start" cari kenalan melalui sosial media, niat hati ni mengharapkan suatu perkenalan yg tak memerlukan jangka masa panjang dan kalau boleh nak terus serious dalam hubungan.
aku seorang yg pemalu.. susah utk aku mulakan perkenalan melalui Face to Face.. malu kena "reject"... sampai la ke peringkat aku mula download app yg terkenal "Wechat", aku download benda ni sbb aku percaya akan dtg kenalan baru dan kat situ je peluang aku nak berkenalan dgn org yg bakal aku impikan sebagai future aku..
mcm biasa lah bila nak cari friend ni aku akan mula dengan " People Nearby " jadi tiap pelusuk tempat aku pergi mesti aku buka " people nearby " ni dengan harapan ada lah org yg bakal "accept" friend request aku...
sampai la aku diterima friend oleh seorang ni.. nama "sya" umur ketika tu 22 tahun, kami mula berkenalan dan saling bergurau dalam tempoh perkenalan tu... dan aku luahkan apa hasrat aku... aku maklum bahawa target kenapa aku main wechat ni...dia mula faham...
sampai ke peringkat share gambar.. aku mula terpesona dengan raut wajah dia... sampaikan aku rasa aku nak jumpa dia...tapi dia enggan berjumpa...  helah dia ketika tu aku tak perasan lagi... seminggu selepas tu aku mula "declare" utk bercinta dengan dia.. pada awalnya dia jual mahal konon nya " friend zone " aku " try hard " la utk kecap apa yg aku impian... sampai la dia terima aku jadi teman lelaki nya...
dalam tempoh setahun aku berkenalan tu byk kisah2 keluarga dia cerita kan kat aku... ceritanya berkenaan tentang mama dia pernah buang dia dari keluarga.. ayah dia dah meninggal sbb pengaruh dadah...  setelah dari tu mama dia dah menjalani 3 kali perkahwinan dan dia dari hasil perkahwinan mama nya yg pertama... jadi aku kisahkan pasal kronologi keluarga nya dulu.. yg buat aku percaya dia tu real...
mama kawin dari perkahwinan pertama
1) angah
2) sya
mama kawin dari perkahwinan kedua
1) aiman
mama kawin dari perkahwinan ketiga
1) Aryan
dalam kisah keluarga ni mama nya ada menjaga anak saudara yg di panggil rafi, tapi adik beradik panggil along
dia ceritakan bahawa semasa lahir dia dihantar rumah nenek arwah ayahnya ( katanya keluarga sebelah ayah nya dari keturunan bangsa EURASIAN. sepanjang dia tinggal dengan nenek, mama pula sambung study dan berkahwin utk kali yg kedua kemudiannya bercerai.
sehinggalah umur dia 8 tahun mama buat keputusan utk kawin dengan lelaki bujang ( perkahwinan kali ketiga )
dan pada ketika tu dia bgtau yg dia di ambil org mama dan tinggal bersama sama ayah tiri... kemelut nya berubah apabila umur nya 13-14 tahun terpaksa di hantarkan ke kampung bapa tirinya utk menjaga ayah bapa tiri nya yg sedang uzur.. kat sini mula kisah duka dia.. kena dera kena maki dan semua kisah sedih...
dan di ambil semula pada umur 15 dan mama tinggalkan dia di Pejabat Agama Islam Selangor kemudiannya dia di bawa ke rumah mualaf di sebab kan ic keturunan dari bangsa eurasian, tempoh dia tinggal di rumah mualaf dlm tempoh  3 bulan, umur nya 16 tahun kemudianya dihantar ke sekolah pondok di pantai timur sehinggalah umur  17 tahun dan di ambil semula oleh mama pada ketika tu ayah tiri nya dibuang kerja dari seorang badan anggota polis ( kes gaduh ) kemudianya berpindah di bandar tun hussien onn cheras
jadi aku pun mula percaya dengan perjalanan cerita keluarganya...
seterusnya bila habis SPM dia bekerja di satu syarikat consultant area Taman Maluri KL berhampiran AEON maluri dan dia juga ada buat part time kedai teddy bear sabtu ahad
kerap kali aku ajak jumpa.. tapi dia tak nak.. sbb dia kata ayah tiri nya garang.. selalu marah maki hamun...
jadi aku pun tak mendesak dia.. dan aku masih hormat alasannya.. kat sini aku mula belajar jadi seorang penyabar la... hahaha...
bila raya pertama aku mula plan nak dtg beraya tapi dia kata mama jarang open rumah utk org dtg beraya.. aku still sabar
masuk raya tahun kedua.. aku cuba lagi.. tapi hampa.. alasan dan alasan.. kisah2 sedih mula diungkit..  aku still sabar...
raya ketiga satu gambar raya pun aku tak dpt.. alasan nya gambar kat kamera adiknya.. ( logik akal la tak kan la satu pic raya pun dia tak boleh selfie pakai fon ) last2 dia bagi alasan fon rosak...
pada waktu adik aku nombor 3 nak kawin... dan aku jemput dia utk dtg.. kisah tentang dia semuanya aku dah cerita dekat saudara2.. aku ni dah mcm cuba menegakkan benang yg basah tau.. kadang mcm susah nak terima kenyataan saudara2 adik beradik ckp " betul ke si sya tu wujud ?"
sampai la aku dah tak tahan dgn alasan dia.. aku pun start desak utk dpt kan gambar IC dia.. tapi dia tak nak bagi... mintak gambar terkini pun dia tak bagi.. aku desak ajak jumpa dia tak nak.. nak jumpa tgk dari jarak jauh pun dia tak nak... at the end aku stalker gambar2 lama dia..
highlight sikit part klimax bila aku tgk balik gambar lama yg dua kata kerja part time di kedai teddy bear.. aku cari kedai teddy bear tu area cheras.. tak jumpa... dan bila aku balik aku search kat google.. rupa2 nya kedai tu hanya ada di PENANG , TEDDY VILLE MUSEUM... semua gambar event yg ada kat penang tu dia claim semua tu berlaku di cheras.. sampai aku fedup... aku desak dia utk bukti kan diri dia sebenar.. tapi dia tak nak buktikan jgk... " dengan harapan kalau dia betul perempuan muka mcm mana pun aku terima kalau gemok ke kurus kering ke aku tetap terima " dan aku tak nak satu hubungan yg main2 dan fake... akhir kata aku putuskan hubungan tu...
kisah benar dari sy...
gambar akan sy susulkan
email sy [email protected] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa nk slhkan org lain yg xsuka tgk gemuk hitam pulak? In the 1st place, yg menyamar tu kenapa ko guna profile pic awek lawa? Sb ko nk pikat mamat hensem kan? Sendiri pon taste dkt org yg hensem2 , nk slhkan org lain |
|
|
|
|
|
|
|
Dan dri pengalaman iol, yg hensem lawa biasanya kedekut nk bg gmbar pernah kenal mamat handsome, sblm tu pernah tgk dri jauh, 2 thn mcm tu kot lps kenal baru bg gmbar. Yg xhensem, xpyh mntak pon sendiri bg |
|
|
|
|
|
|
|
Cyempaka replied at 19-4-2017 10:59 AM
aku pulak tidak lah sampai bercinta. 1 jantan ni add kat fb, pastu borak la kitarang ni hari2. keje ...
Best cerita uols ni. Cam jilaker jantan tu siap ada gmbar vogel dgn perut lapis2 yach. And salute la u boleh hack fb |
|
|
|
|
|
|
|
iCules replied at 19-11-2019 10:18 AM
assalammualaikum sy ada sedikit perkongsian berkenaan tentang BERCINTA DENGAN FAKE ACCOUNT yg hampir ...
sambungan please |
|
|
|
|
|
|
|
Cyempaka replied at 19-4-2017 10:59 AM
aku pulak tidak lah sampai bercinta. 1 jantan ni add kat fb, pastu borak la kitarang ni hari2. keje ...
Even ni tred lama aku tetap nk reply ko
Asal cite ko ni kelakar sgt nokss
Adoi x henti2 gelak aku
Yg kelaka ada plak acik tu sanggup bgi nudes dia |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupun thread lama..iols rasa ni paling menarik sbb kes catfishing ni memang keji!
Chuols yang guna gambar org lain, menyamar jadi org lain..chuols tu hodoh sangat ke? Filter kan ada. Ini kalau nak catfish mesti anak org kaya, kawin sbb mak suruh..laki Dato' muda tapi dah ada wife..cerai sbb bini tua santau...lepas tu saja catfishing, test laki org..hantar gambar curik kat internet...porak peranda rumahtangga org..bila kantoi, kata laki org tergìla gilakan dia.
Sekali..gambar mutual friend si bini tu kau sebat! Apa bodohlah punya manusia...one fine day, biar terkantoi busuk la aku doa betina garit macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
bk fake acc pompuan je,lelaki jarang,sbb lelaki yakin ppada diri bahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
Sebbaek bukan gambau neelofa.
Tak pernah alami tapi pernah nampak org obses ngan fake acc cikki. Sian. Terang2 gambar minah indon yg cantik geletis, banyak tau dia letak. Berlainan gambar dia letak sampai laki tu angau. Sbb laki tu mainkan perasaan kwn iols, sbb nakkan cikki lagi cantik serta menggeletis, iols padankan aje... Lama gak heols angau tu sthn lebey sampai iols tatau heols dah tau ke tidak cikki tu fake |
|
|
|
|
|
|
|
Akak speku "ex" piere leh tak |
|
|
|
|
|
|
|
Rasa bersalah to my adopt ddy.. I tak tipu dia walaupun i fake tp i ikhlas nk kenal dia dgn whole fmly....i ada buat pos psl fake acc ada tak percaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
I pernah terpesona lelaki menyamar serius handsome wall dia penuh gambar sado..tp jarang lelaki yg btul2 handsome stock model nk layan pm or kita lama2 dia mesti nk shortcircuit lebih kurang and ajak keluar tk drag sgt sbb dia tau dia handsome ini pengalaman i yg byk layan lelaki kt fb..diorg akn jual mahal sikit..
Berbeza dgn tk handsome try hard dn over ..
Ok back to mamat fake ni..i dh pelik bila dia ckp pic dia byk kt email.. Dia jdi model spender..
Time tu i tak syak tu model pinoy.
Dia mula drag cerita semua.. Bla2 ..ok cut off the story lama dia hilang dia dh tukar nama pic hilang and penuh hap politik bru i tau dia fake..
Ori acc and handsome pn ada |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu pernah kecoh gak kat satu forum bukan cari. Forumer bercinta dgn forumer. Rupa2nya perempuan tu fake curi gambar orang. Belajar degree medic kat US under JPA. Logik ke? Ada ke jpa hantar medic student ke US sana? |
|
|
|
|
|
|
|
I pun nak citer jugaklah kisah I dedulu. Bukan bercinta dengan fake account tapi my secret admirer a few years back.
I jaga account company. So, once in a while, I akan ada meeting dengan pegawai bank company I, dan meeting selalunya diadakan di bank tersebut. So, I selalulah ke sana dalam 2 atau 3 bulan sekali. One fine day, I dapat text dari seseorang yang kerja di bank tersebut. Dia kata nak berkenalan dengan I lebih dekat lagi. So, I text balik, kalau I ada kat sana, tegurlah. Setiap kali I ada meeting, mesti dia text bagitahu I pakai baju apa dan I ada senyum kat dia atau I terpandangkan dia. Namun dia tak pernah disclose siapa dia. Bila I tanya, mana dapat nombor I sebab sepatutnya confidential, katanya dia one of the officer bank tersebut. So, dia boleh bukak fail company I and he knew my number because I was the assigned staff. Yang paling creepy, sekali tu dia text kata I sedang siram bunga which I was at that time. I intai2 jugak kalau ternampak dia. Lama jugak, almost 6 months, I layan je text dia. Pastu dia kata dia dihantar untuk kursus ke oversea. Lepastu terus stop. My housemate cakap, entah2 Nepal jaga bank tak. Keboringan, so text I. Balik negara dia, senyaplah dia...hehehe. Well, entahlah, tak pernah tahu pun sampai sekarang. |
|
|
|
|
|
|
|
ayat yg last ko tuh..aku setuju skit..hehehee...
but ok lah..appreciated lah. at least walaupun tak ensem..dia confident.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|