CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2544|Reply: 12

Rendam Sayur Bendi Untuk Rawat Kencing Manis Jenis 2

[Copy link]
Post time 23-3-2017 03:04 PM | Show all posts |Read mode


Mungkin ramai yang tidak tahu dengan khasiat menakjubkan daripada sayur bendi. Sering dimasukkan ke dalam masakan kari atau pun asam pedas, rupanya bendi sangat baik untuk merawat kencing manis atau pun diabetes.


Meskipun kajian yang dilakukan hanya dibuat terhadap haiwan namun bukti yang didapati tidak boleh dinafikan.


Memetik laman Daily Health Post, terdapat satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Pharmacy and Bioallied Sciences, mendapati tikus yang diberikan air rendaman bendi dapat menurunkan kadar gula dalam darahnya.


Kajian tersebut menyimpulkan bahawa biji dan juga kulit bendi mempunyai fungsi anti diabetik.


Air rendaman bendi telah menjadi amalan oleh sebilangan masyarakat di luar negara dan dikatakan ia boleh mengawal diabetes jenis 2 dan juga mengawal paras gula dalam darah secara sihat.


Meskipun tiada bukti saintifik terhadap manusia, namun ramai yang telah mencubanya dan mendapat hasil menakjubkan. Rasanya tidak salah anda mencubanya kan!






Cara penyediaan air rendaman bendi:


1. Cuci 4 atau 5 tangkai bendi.


2. Potong pangkalnya dan masukkan ke dalam bekas yang mengandungi air.


3. Biarkan ia terendam semalaman atau sekurangnya 8 jam.


4. Keesokan paginya, sebelum mengeluarkan bendi dari bekas, perah dahulu isinya agar dapat mengeluarkan lendirnya.


5. Minum air tersebut sehingga habis. - CARI


Foto: Carian Internet

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-3-2017 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
betul.. mak selalu buat..
Alhamdulillah memang turun kadar gula..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalu makan je terus bendi tu x berkesan ke..
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2017 08:05 PM | Show all posts
petua yang bagus ni..
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih atas perkongsian!
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 10:16 AM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 23-3-2017 07:05 PM
betul.. mak selalu buat..
Alhamdulillah memang turun kadar gula..

cer tanya mak, apa rasanya tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2017 11:57 AM | Show all posts
kalau makan terus je bendi tu agak2 berkesan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2017 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm manalah rasanya tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2017 04:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Lendir? Euw geli ah
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 09:23 AM | Show all posts
Untuk orang mengandung boleh pakai juga ka?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2017 09:33 AM | Show all posts
Boleh diamalkan selepas ini.
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2017 03:59 PM | Show all posts
Tips berguna untuk dikongsi bersama
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 06:52 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 25-3-2017 09:33 AM
Boleh diamalkan selepas ini.

Assalamualaikum...
Saya yaya.. Kami dah bantu ramai pesakit Diebetes, darah tinggi, jantung dan pelbagai pyakit kronik ok utk hidup lebih baik dan sihat dgn Eskayvie..
Bukan hanya selamat. Tp rasanya sedap, cepat. Kesannya dan terbukti..
Kami akan followwl anda hingga kesan positifnya anda dapat.
0169436769
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54094 Replies : 8
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54264 Replies : 2
Jenazah bayi didakwa ditahan selama dua minggu dan diletakkan dalam peti sejuk kerana bapa tidak mampu membayar bil hospital swasta rm3600.Ibunya tak boleh discaj selagi bil tak dijelaskan
YgBenarJenazah bayi didakwa ditahan selama dua
Views : 43427 Replies : 450
Tak bayar cukai budaya kito, lebih 200 ribu orang disekat ke luar negara
maklukpenggodaTak bayar cukai budaya kito, lebih 200 r
Views : 38640 Replies : 26
Edisi Rumah Pantun
telracsEdisi Rumah Pantun
Views : 50035 Replies : 164
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 145804 Replies : 2469
Sebab aku taknak duduk dengan B40..Penyanyi Mengadu Masalah Parkir Rumah Flat
YgBenarSebab aku taknak duduk dengan B40..Penya
Views : 39558 Replies : 48
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 276652 Replies : 8079
'Hutang WAJIB bayar'
maklukpenggoda'Hutang WAJIB bayar'
Views : 38725 Replies : 32
Pulau Pinang jadi pusat perumahan mampu milik terbesar di Malaysia
AbahmungPulau Pinang jadi pusat perumahan mampu
Views : 42900 Replies : 1

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:48 PM GMT+8 , Processed in 0.653754 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list