View: 1193|Reply: 7
|
celik solat hayati solat : takbiratul ihram
[Copy link]
|
|
Soalan:
Apakah hukum mengangkat tangan di dalam solat ketika takbiratul ihram dan bagaimana pula sifatnya?
|
|
|
|
|
|
|
|
Jawapan:
Dalam hal ini, bagi yang solat mengangkat tangan adalah disepakati oleh para ulama dan hukumnya jadi lebih muakkad (dituntut) atau sunat pada tempat-tempat tertentu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada sebahagian ulama yang mengatakan bahawa mengangkat tangan adalah wajib ketika takbiratul ihram dan ini adalah pendapat daripada al-Imam al-Auza’ie, al-Imam al-Humaidi dan al-Imam Ibn Khuzaimah seperti dinukilkan oleh al-Imam al-Hakim Rahimahumullah. Pendapat ini sebenarnya amat jauh sedangkan Ibn Munzir telah menyebut bahawa ijmak sunat mengangkat tangan bagi takbiratul ihram dan bukannya wajib. |
|
|
|
|
|
|
|
Berkenaan sifat kedua-dua tangan semasa bertakbiratul ihram dan setelah meneliti beberapa dalil, kami dapati terdapat 3 bentuk kesemuanya:
- Mengangkat tangan setara dengan bahu.
- Mengangkat sehingga mencapai hujung cuping telinga.
- Mengangkat sehingga menyamai telinga (bahagian atas).
|
|
|
|
|
|
|
|
Hal ini berdasarkan hadith yang sabit di dalam Sahih al-Bukhari iaitu hadith daripada Ibn Umar, Malik bin al-Huwayris dan lain-lain (R.Anhum).
Berkenaan dengan kedudukan jari, ulama berpendapat ianya berada dalam keadaan lurus ketika mengangkat takbir. Ini berdasarkan kepada hadith Nabi SAW yang sabit mengenainya.
Pendapat yang mengatakan jari hendaklah dibuka berdasarkan kepada hadith Abu Hurairah R.Anhu ketika bertakbir sebenarnya tidak sahih kerana riwayat berseorangan daripada Yahya bin Yaman sedangkan dia yang tersilap. Ini sebagaimana pendapat al-Imam al-Tirmizi Rahimahullah. Seterusnya, Abu Hatim dalam kitabnya al-‘Ilal menyebutkan lafaz ini oleh Yahya bin Yaman adalah wahm dan batil. |
|
|
|
|
|
|
|
Masalah seterusnya, apakah perlu menyentuh cuping telinga dengan dua ibu jari ketika bertakbir? Jawapannya tidak perlu kerana tiada asal yang menunjukkan kepada perbuatan tersebut.
Itulah sebahagian daripada cara untuk kita mengangkat takbir sama ada ketika bertakbiratul ihram ataupun pada tempat yang lain. Dalam hal ini, kami nyatakan bahawa perlunya kita solat sepertimana solatnya Rasulullah SAW. Ini berdasarkan hadith sahih di mana Rasulullah SAW bersabda:
صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي
Maksudnya: Solatlah kalian sepertimana kalian melihat aku solat.
Riwayat Al-Bukhari (631)
|
|
|
|
|
|
|
|
Pada saat yang sama, janganlah kita lupa untuk kita ikuti dan pelajari mazhab al-Imam al-Syafi’ie sebagaimana yang teah dibahaskan oleh para fuqaha’ mengenai sifat solat Nabi SAW.
Rujuklah kitab-kitab muktabar terutamanya dalam bidang hadith dan fiqh seperti Bulugh al-Maram karangan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, al-Fiqh al-Manhaji karangan guru-guru kami (Dr. Mustafa Khan, Dr. Ali Syarbaji dan Dr. Mustafa al-Bugha) dan juga kitab-kitab fiqh sunnah yang lain.
Semoga dengan sedikit pencerahan ini dapat memberikan kefahaman buat kita mengenai cara dan sifat takbiratul ihram di dalam solat seterusnya dapat kita amalkan demi mengambil semangat dari hadith Nabi SAW yang kita sebutkan sebelum ini iaitu:
صَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي
Wallahu a’lam.
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
24 Februari 2016 bersamaan 15 Jamadilawwal 1437H |
|
|
|
|
|
|
| |
|