CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1687|Reply: 19

banjir : solat jamak, wuduk air banjir , Lupusan Quran yg rosak akibat banjir da

[Copy link]
Post time 5-1-2017 09:21 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 5-1-2017 09:31 PM

Al-KAFILI AL-FATAWI

AL-KAFI LI AL-FATAWI #181: Jamak Solat Ketika Banjir
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd NoorDiterbitkan: 10 Februari 2016sumber : http://muftiwp.gov.my/index.php/ ... solat-ketika-banjir




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2017 09:22 PM | Show all posts
SOALAN:

Assalamualaikum wbt, Adakah situasi banjir membolehkan mangsa banjir untuk solat jamak berdasarkan dalil Nabi solat jamak ketika hujan ? Terima kasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 09:22 PM | Show all posts
JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Kami lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan tidak boleh untuk mereka melakukan solat jamak semasa banjir. Ini kerana, mangsa banjir pada kebiasaannya ditempatkan di dalam penempatan sementara seperti dewan orang ramai, sekolah-sekolah, dan sebagainya. Berkumpulnya mereka di situ sahaja sudah membolehkan untuk mereka solat berjamaah pada setiap solat fardhu. Adapun solat jamak ketika hujan, ianya memang benar warid dari Nabi SAW dan dibolehkan disisi mazhab Syafie (Al-Umm, 1/95 ; Al-Majmu', 4/378)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 09:22 PM | Show all posts
Akan tetapi ianya hendaklah menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh para fuqaha' iaitu:
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 09:23 PM | Show all posts
ditetapkan oleh para fuqaha' iaitu:

Jamak yang dilakukan mestilah jamak taqdim, dan tidak jamak ta'khir. Ia mesti dilakukan mengikut syarat jamak taqdim iaitu dimulakan dengan solat yang awal (Zohor atau Maghrib) dan mesti berniat untuk jamak di dalam solat yang pertama, selewat-lewatnya sebelum memberi salam bagi solat pertama. (Al-Mu'tamad fi Fiqh al-Syafie, 1/484 - 485)

Solat yang kedua (Asar atau Isya') mestilah dilakukan secara berjemaah di masjid. Tidak disyaratkan untuk solat berjemaah pada solat yang pertama dan dibolehkan untuk solat bersendirian pada solat pertama. Apabila imam mengisytiharkan dijamakkan solat, maka harus seluruh ahli jemaah menjamakkan solat, walaupun ada yang tinggal berdekatan dengan masjid kerana dalam peristiwa solat jamak disebabkan hujan pada zaman Nabi SAW, baginda sendiri mengimamkan solat sedangkan rumah baginda bersebelahan dengan masjid. (Mughni al-Muhtaj, 1/274; Al-Hawi, 4/494; Al-Majmu' 4/258)

Ia mestilah dilakukan di masjid, bukannya di rumah. Masjid atau surau itu mestilah jauh jaraknya sehingga hujan itu memberi kesan kepada orang yang hendak menunaikan solat. Sekiranya rumah berdekatan masjid, tidak dibolehkan jamak. (Al-Umm, 1/95)

Tidak boleh jamak melainkan hujan yang membasahi pakaian. Hujan yang tidak membasahkan pakaian, tidak boleh jamak kerana ia tidak memberi kesan mudarat pada pakaian. Begitu juga salji, hukumnya adalah sama seperti hujan. (Al-Majmu', 4/378)

Wallahu a'lam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 09:24 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 6-1-2017 05:57 AM

Al-KAFILI AL-FATAWI
ISU BERWUDHUK DENGAN AIR BANJIR
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 03 Februari 2016
sumber asal : http://muftiwp.gov.my/index.php/ ... k-dengan-air-banjir
AL-KAFI LI AL-FATAWI : SOALAN 174 (3 FEBRUARI 2016 BERSAMAAN 24 RABIUL AKHIR 1437 H.)


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-1-2017 09:25 PM | Show all posts
Soalan :



Assalamualaikum Datuk Mufti, sekiranya ketiadaan air bersih, adakah mangsa banjir perlu menggunakan air banjir sebagai alat untuk bersuci ataupun bertayamum ?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 09:25 PM | Show all posts
Jawapan:



Pendapat kami, dibolehkan untuk mangsa banjir menggunakan air banjir sebagai alat untuk bersuci. Kata al-Syeikh Dr. Muhammad al-Zuhaili:

"Sekiranya air berubah pada warna, bau, dan rasanya sama ada disebabkan oleh lamanya menetap, disebabkan debu tanah, lumut, tanah kibrit (sulfur), dan kesemua yang susah untuk dipelihara darinya, maka ia kekal suci lagi menyucikan.

Adapun jika air tersebut telah digunakan untuk berwuduk, mandi, serta menghilangkan najis maka ia tidak lagi berada dalam keadaan suci lagi menyucikan." Rujuk al-Muktamad fi Fiqh al Syafie (1/38).

Wallahua`lam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2017 09:27 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 6-1-2017 05:57 AM

IRSYAD FATWA
IRSYAD AL-FATWA KE-17: KAEDAH PELUPUSAN AL-QURAN YANG ROSAK AKIBAT BANJIR
Ditulis oleh Admin PMWP
Diterbitkan: 08 Januari 2015

sumber asal :
http://muftiwp.gov.my/index.php/ ... irsyad-fatwa/783-17


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 09:27 PM | Show all posts
Soalan : Bagaimanakah kaedah pelupusan al-Qur'an yang rosak akibat banjir seperti yang melanda di sebahagian negeri-negeri di Malaysia baru-baru ini?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 09:28 PM | Show all posts
Alhamdulillah, segala puji bagi-Nya yang telah mengurniakan kepada kita nikmat. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kemudian.

Sebelum saya melebarkan jawapan ini, marilah sama-sama kita menginsafi apa yang berlaku berkenaan dengan banjir atau bah besar yang melanda pada sebahagian Negara kita seperti di Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Perak, Kedah, Perlis dan Sabah. Walaupun begitu, sifat sabar, redha dan menghulurkan bantuan samada wang ringgit, harta benda bahkan tenaga bertali arus oleh semua pihak. Usaha seperti ini sewajarnya dipupuk dengan lebih baik lagi.

Firman Allah Ta’ala :

إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ ﴿٩﴾

Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Quran, dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya. (Surah al-Hijr ayat 9)

Sebenarnya persoalan ini pernah kami jawab secara umum dalam Irsyad Fatwa ke-12 yang lalu. Walaupun begitu, pada kali ini saya akan tafsirkan dengan lebih terperinci. Para ulama’ telah khilaf bagaimana cara melupuskannya kepada dua pendapat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 09:28 PM | Show all posts
Pertama : Mazhab Hanafi dan Hanbali berpendapat hendaklah digali tanah dan ditanam di  dalamnya.

Seperti ulama’ Hanafi antaranya al-Haskafi berkata : “Mushaf apabila berada pada keadaan yang mana kita tidak mampu membacanya lagi hendaklah ditanam sebagaimana keadaan orang Islam yang mati”. Lihat al-Durr al-Mukhtar 1/191. Sahib al-Hasyiah memberi komentar dengan berkata : “Diletakkan perca kain yang bersih yang diletakkan di dalamnya (al-Qur’an yang rosak) kemudian ditanam di tempat yang tidak dihina dan dipijak.”

Al-Buhuti, seorang ulama’ dalam mazhab Hanbali berkata : “Jika sekiranya mushaf telah basah atau lupus, hendaklah ditanamnya secara nas. Imam Ahmad menyebut bahawa Abu al-Jawza’ telah basah mushafnya lantas digali lubang pada masjidnya dan ditanamnya.” Lihat Kasyaf al-Qina’ 1/137.

Syeikh Muhammad bin Ibrahim Al al-Syeikh (mantan Mufti Besar Arab Saudi) berpendapat, cara yang paling sahih ketika luput sebahagian kertas mushaf ialah dengan menanamnya di masjid. Jika tidak boleh maka ditanamnya di tempat yang bersih lagi suci dan harus juga membakarnya. Lihat al-Fatawa 13/84
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 09:29 PM | Show all posts
Kedua : Mazhab Maliki dan Syafi’i berpendapat, hendaklah dibakar.

Hujah bagi pendapat yang kedua ini adalah berdasarkan tindakan Saidina Uthman yang memerintahkan untuk membakar mushaf yang lain yang berbeza dengan mushaf yang ditulis, dan perbuatan tersebut telah disaksikan oleh ramai Sahabat. Kisah ini telah diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam Sahihnya no. 4988. Mus’ab bin Sa’d berkata : “Aku mendapati ramai orang yang mana menyaksikan peristiwa arahan Saidina Uthman supaya mushaf-mushaf yang lain dibakar. Perbuatan tersebut menjadi kehairanan bagi mereka tetapi tidak seorang pun dari kalangan mereka mengingkarinya.” Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Abi Daud dalam bukunya Kitab al-Masahif halaman 41.

Ibn Battal berkata : “Perintah Saidina Uthman supaya membakar semua mashaf ketika dihimpunkan al-Quran menandakan keharusan membakar kitab-kitab yang terpada padanya Asma’ullah (nama-nama Allah). Yang demikian, sebagai kemuliaan baginya dan pemeliharaan daripada dipijak dengan kaki serta dicampakkannya pada mana-mana tempat.” Lihat Syarah Sahih al-Bukhari 10/226.

Imam al-Suyuti berkata : “Apabila perlu kepada melupuskan sebagian kertas mushaf dengan sebab basah atau rosak, maka tidak harus diletakkannya pada mana-mana tempat sekalipun tinggi kerana boleh jadi akan jatuh dan dipijak. Begitu juga tidak harus mengoyaknya kerana memisahkan huruf-huruf dan kalam tersebut. Justeru, kalau dibakarnya dengan api, maka tidak mengapa. Ini kerana perbuatan Saidina Uthman yang membakar semua mushaf dan tiada seorangpun yang mengingkarinya.” Lihat al-Itqan fi Ulum al-Qur’an 2/1187
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 09:29 PM | Show all posts
Tarjih

Selepas meneliti dua pandangan di atas samada menanamnya atau membakarnya, saya melihat bahawa adalah diharuskan kedua-duanya kerana ia bermatlamat untuk memuliakan al-Qur’an atau mushaf.

Walaupun begitu, saya lebih cenderung kepada hujahan mazhab Syafi’i dan Maliki yang memilih dengan cara membakar. Perbuatan sahabat seperti Saidna Uthman yang merupakan ijtihad daripadanya dan juga selepas itu tidak diingkari oleh mana-mana sahabat menjadi hujah yang kuat kepada perbuatan tersebut untuk mengharuskan pembakarannya. Ini kerana ianya memang rosak disebabkan banjir dan alangkah baiknya selepas itu, debu yang berbaki, ditanam kerana mengambil pendapat yang pertama dari mazhab Hanafi dan juga Hanbali.

Alhamdulillah, mutakhir ini telah wujud alat yang moden dalam menghancurkan kertas sehingga menjadi seperti debu atau serpihan halus dan tidak kekal lagi walaupun kalimah dan huruf secara zahir. Kemudian ianya dibakar pula dan kemudian ditanam, maka sudah tentu lebih selamat dalam memuliakan al-Qur’an daripada dihina atau dipijak.

Begitu juga terpakai dalam isu ini berkenaan dengan nama-nama Allah, kitab-kitab hadith atau kitab-kitab agama yang mengandungi nama Allah yang hendaklah kita muliakan di mana cara pelupusannya dibuat sebagaimana dilupuskan mushaf seperti di atas.

Semoga jawapan ini menyelesaikan isu dan kemelut berkenaan dengan pelupusan mushaf yang rosak atau yang tidak mungkin dapat dibaca lagi dengan sebab ditenggelami air dalam tempoh masa yang tertentu. Wallahua’lam.

Akhukum fillah,

Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan

17 Rabi’ul Awal 1436H bersamaan 8 Januari 2015
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 09:32 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 6-1-2017 05:58 AM

IRSYAD FATWA
IRSYAD AL-FATWA KE-14: HUKUM MEMBERI ZAKAT KEPADA MANGSA BENCANA ALAM SEPERTI BANJIR DAN LAIN-LAIN
Ditulis oleh Admin PMWP
Diterbitkan: 10 Disember 2014

sumber :
http://muftiwp.gov.my/index.php/ ... irsyad-fatwa/785-14


Soalan : Mohon pandangan SS Mufti tentang hukum memberikan zakat kepada mangsa banjir?


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 09:33 PM | Show all posts
Jawapan : Dalam hal ini, perkara yang perlu difahami setiap mangsa kebiasaannya dalam keadaan amat memerlukan bantuan mengikut kadar kemusnahan yang dialami. Boleh jadi aset atau hartabendanya ranap sebahagian kecil, sebahagiannya atau musnah keseluruhannya. Dalam hal ini, marilah sama-sama kita memahami firman Allah SWT daripada Surah al-Taubah ayat 60.

إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللَّـهِ وَابْنِ السَّبِيلِ ۖ فَرِيضَةً مِّنَ اللَّـهِ ۗ وَاللَّـهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ ﴿٦٠﴾

Maksudnya : Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Ayat ini menunjukkan bahawa golongan yang berhak menerima zakat hanya lapan golongan sahaja. Jumhur fuqaha’ berpendapat tidak harus diberikan kepada selain daripada yang dinaskan al-Qur’an iaitu lapan golongan ini.

Mazhab Syafi’i menetapkan bahawa wajib dibahagi kepada semua yang ada dalam kalangan asnaf yang berhak menerima zakat. Sedangkan mazhab yang lain memadai dengan sekumpulan daripada golongan yang berhak menerima zakat sahaja. Ini juga difatwakan oleh Ibn Ajil al-Asma’ie dan ramai dalam kalangan ulama’ mutakihr kerana sukar mencari lapan asnaf. Inilah yang disebutkan dalam kitab Bughyah al-Mustarsyidin.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-1-2017 09:33 PM | Show all posts
Berkenaan dengan isu di atas, sebahagian ulama’ menganggap bahawa ia adalah bencana yang menyebabkan hartabenda mereka musnah dan memerlukan kepada bantuan serta berhutang samada untuk diri mereka atau keluarga mereka. Justeru, kebanyakan ulama’ memasukkan golongan seperti ini dalam asnaf al-gharimin iaitu orang yang berhutang. Sebahagian ulama’ mensyaratkan jenis hutang ini adalah yang bersifat darurat dan keperluan dan bukan untuk kemewahan atau berfoya-foya.

Oleh kerana itulah kami menyatakan bahawa harus diberi zakat kepada golongan yang terkena mudarat atau bencana samada banjir besar, puting beliung, tanah runtuh, gempa bumi dan lain-lain yang menyebabkan rumah mereka musnah, tanaman mereka binasa, dan tidak ada lagi apa-apa yang mereka miliki. Mereka boleh dikategorikan sebagai golongan al-gharimin yang berhak menerima zakat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 09:34 PM | Show all posts
Selain daripada nas di atas, jika dilihat kepada tafsiran ulama’ antaranya Mujahid yang berkata : “3 golongan boleh dikategorikan sebagai al-gharimin iaitu :

        \Mereka yang hartanya dihanyut oleh banjir atau bah.
        Mereka yang ditimpa kebakaran yang menyebabkan musnah hartanya
       Mereka yang mempunyai tanggungan dan tiada baginya harta untuk di infakkan kepada tanggungannya.
Kenyataan seperti di atas oleh Mujahid adalah bertepatan dengan hadith yang sahih yang dinyatakan daripada Qabisah bin Mukhariq al-Hilali yang berkata :

تَحَمَّلْتُ حَمَالَةً فَأَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَسْأَلُهُ فِيهَا فَقَالَ ‏"‏ أَقِمْ حَتَّى تَأْتِيَنَا الصَّدَقَةُ فَنَأْمُرَ لَكَ بِهَا ‏"‏ ‏.‏ قَالَ ثُمَّ قَالَ ‏"‏ يَا قَبِيصَةُ إِنَّ الْمَسْأَلَةَ لاَ تَحِلُّ إِلاَّ لأَحَدِ ثَلاَثَةٍ رَجُلٍ تَحَمَّلَ حَمَالَةً فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَهَا ثُمَّ يُمْسِكُ وَرَجُلٍ أَصَابَتْهُ جَائِحَةٌ اجْتَاحَتْ مَالَهُ فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ - أَوْ قَالَ سِدَادًا مِنْ عَيْشٍ - وَرَجُلٍ أَصَابَتْهُ فَاقَةٌ حَتَّى يَقُومَ ثَلاَثَةٌ مِنْ ذَوِي الْحِجَا مِنْ قَوْمِهِ لَقَدْ أَصَابَتْ فُلاَنًا فَاقَةٌ فَحَلَّتْ لَهُ الْمَسْأَلَةُ حَتَّى يُصِيبَ قِوَامًا مِنْ عَيْشٍ - أَوْ قَالَ سِدَادًا مِنْ عَيْشٍ - فَمَا سِوَاهُنَّ مِنَ الْمَسْأَلَةِ يَا قَبِيصَةُ سُحْتًا يَأْكُلُهَا صَاحِبُهَا سُحْتًا ‏"

“Aku telah menanggung bebanan yang banyak lantas aku pergi mengadu kepada Rasulullah SAW. Maka Baginda bersabda mafhumnya : ‘Tetaplah kamu di sini sehingga datang kepada kami sedekah dan kami akan perintahkan supaya diberi kepadamu’. Kata Qabisah : ‘Kemudian Baginda SAW bersabda : ‘Hai Qabisah! Sesungguhnya meminta-minta tidak halal kecuali untuk tiga golongan sahaja. Lelaki yang menanggung bebanan maka halallah baginya meminta sehingga menyelesaikannya kemudian menyimpannya, lelaki yang ditimpa bencana sehingga binasa hartanya maka halal baginya meminta sehingga mencukupi bagi dirinya dalam meneruskan sisa kehidupan atau menyelesaikan keperluannya, lelaki yang ditimpa kefakiran sehingga datang tiga orang lelaki yang berakal dan bermaruah daripada kaumnya mengiyakannya yang dia telah ditimpa kefakiran maka layaklah untuknya meminta sehingga menyelesaikan keperluan hidupnya. Hai Qabisah! Selain daripada itu, meminta-minta itu dianggap sebagai haram dan memakannya adalah haram.”

                                                                                                    (Riwayat Muslim, no. 1044)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 09:34 PM | Show all posts
Imam al-‘Azim al-Abadi menyatakan: “Siapa yang ditimpa hartanya dengan sebab kebinasaan daripada langit atau bumi seperti kesejukan, air batu, tenggelam dan seumpamanya yang menyebabkan tiada lagi baginya barangan untuk hidup maka haruslah baginya meminta sehingga dapat menyelesaikan kehidupannya semula.” [Aun al-Ma’bud 3/36]

Beberapa ulama’ telah memberi fatwa antaranya Dr. Yusuf al-Qaradhawi yang berkata : “Aku khususkan yang mengenai sifat al-gharimin bagi golongan yang terkena bencana alam sehingga binasa harta bendanya dan terpaksa kepada berhutang maka hukumnya dibolehkan. [Fiqh al-Zakat 2/623]

Begitu juga dengan Dr. Husamuddin bin Musa ‘Iffanah, Profesor Fiqh dan Usul dari Universiti al-Quds, Palestin yang menyatakan  hukumnya adalah harus diberikan kepada golongan seperti ini.

Saya berpendapat harus untuk memberi zakat kepada mereka, sebagaimana pendapat-pendapat yang dikemukakan dan saya cenderung untuk mencadangkan supaya hendaklah diberi kepada Baitulmal, seterusnya Baitulmal akan mengenalpasti golongan yang benar-benar terdesak dan memerlukan bantuan dengan membuat anggaran kerosakan yang ditanggung dan juga keperluan yang dihajatinya. Ini kerana, jika diberi secara langsung dengan kuantiti yang banyak, dibimbangi sebahagian sahaja yang memperolehnya sedangkan sebahagian yang lain tidak mendapat walaupun sedikit. Justeru, pasti rasa tidak selesa akan terwujud pada kebanyakan golongan yang ditimpa bencana yang tidak dapat apa-apa bantuan atau bantuan yang tidak mencukupi.

Baitulmal hendaklah menggerakkan tenaganya dengan seupaya mungkin bagi menyelesaikan kemelut tersebut dengan secepat mungkin kerana keperluan untuk hidup adalah bersifat segera. Semoga jawapan ini dapat memberi pencerahan kepada yang bertanya dalam menyalurkan bantuan berupa zakat ataupun infaq yang lain bagi membantu saudara-saudara seIslam yang terbabit dalam bencana seperti banjir dan lain-lain. Wallahua’lam

DR. ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI

Mufti Wilayah Persekutuan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-1-2017 09:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.273846 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list