PAS meminta seluruh pemimpin dan ahlinya supaya tidak memandang rendah keupayaan musuh agama yang merancang untuk memesongkan pemikiran umat Islam negara ini. Ketua Penerangannya, Nasrudin Hassan berkata, musuh agama terbabit sedang berusaha meruntuhkan perpaduan umt Islam negara ini terutama dalam kalangan anggota gerakan Islam.
“Cabaran dakwah kita hari ini sangat mencabar. Jangan pandang rendah musuh merancang memesong pemikiran umat dan meruntuhkan akhlak berjamaah dalam kalangan anggota gerakan Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. Nasrudin turut memperingatkan bahawa musuh Islam terbabit sedang mencipta pelbagai salah faham dan kekeliruan agar hilang kepercayaan awam kepada gerakan Islam di negara ini.
Kata beliau, musuh Islam terbabit akan mendakwa Islam yang dibawa melalui manhaj wahyu dan sirah an nabawiyah dianggap asing, lambat menang, tidak sesuai, konservatif dan sebagainya.
baca ; Kapal Tangki Hilang 3 minggu Lalu Ditemui Hanyut Tanpa Kru
“Ini adalah antara tohmahan dan igauan berulang kepada perlaksanaan syariat yang diperjuangkan kini,” katanya dipercayai merujuk kepada tentangan Pakatan Harapan ke atas usaha PAS memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah melalui pindaan akta.
Beliau turut memperingatkan musuh Islam terbabit cuba menyerap pemikiran rakyat bahawa arus gerakan Islam tanpa syariat sebagai relevan kononnya untuk diadaptasi dalam iklim politik moden. “Sebagai pejuang dan pendakwah, jangan mengalah apa lagi berundur,” katanya. -MYNEWSHUB.CC
baca; Gadis terpaksa padam 500 gambar selfie seksi selepas dihantui Arwah rakan.
Wow,Tinggalan Rangka Manusia Gergasi Ditemui
|