View: 3170|Reply: 8
|
Jangan Bazirkan Baki Lipstik Anda! Mari Buat Lip Cream Anda Sendiri
[Copy link]
|
|
Lip cream atau lipstik cair (liquid lipstick) Menjadi pilihan kebanyakan wanita kerana harganya mampu milik dan berkualiti. Malah, gincu jenis ini menjadi trend di kalangan wanita kerana ia mudah digunakan selain membuat bibir terlihat lebih cantik.
Sumber foto: Heart Bows & Makeup
Pernah tak anda terasa mahu membeli lip cream yang baru tetapi lipstik biasa anda masih banyak lagi? Terasa membazir pula jika tidak dihabiskan, bukan?
Anda tak perlu risau! Ini kerana seorang jurusolek, Zohra atau lebih dikenali sebagai zobeauty di akaun Instagramnya berkongsi sebuah video tutorial untuk buat sendiri lip cream menggunakan bahan sedia ada dengan mudah.
Apa yang uniknya, lip cream ini hanya menggunakan saki baki lipstik anda sahaja!
Sumber foto: Makeup Tips
Video itu dimuat naik dengan kapsyen "Cara menjadikan lipstik anda kepada liquid lipstick! Saya teruja dengan projek ini sebab saya ada banyak lipstik yang tak digunakan lagi. Ada juga gunanya! Saya mencampurkan lipstik berkenaan dengan liquid face primer dari Sephora. Saya dapatkan picagari dan tiub dari eBay saja!" tulisnya.
Sumber foto: IG Zohra
Anda sudah bersedia? Jom kita mulakan projek DIY (Do It Yourself) 'home made' lip cream ini!
1. Keluarkan semua isi lipstik dari tiubnya, kemudian hancurkan dengan sedikit liquid face primer.
2. Apabila lipstik itu menjadi lebih lembut dan konsistensinya sudah mirip seperti lip cream, campur rata kesemua bahan itu.
3. Selepas campuran sudah rata dan lembut, lip cream anda sudah siap!
4. Masukkan lip cream tadi ke dalam bekas bersesuaian dan siap dioles ke bibir!
Sumber video: Youtube
Menjimatkan, bukan? Selepas ini banyaklah projek DIY lip cream yang akan anda lakukan! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
kannn! bleh try test buat ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
Cara nk bg warna stay walaupun sikit2 je? |
|
|
|
|
|
|
|
menariknya..tapi selamat ea letak face primer ?
i ni noob bab bab makeup...
tapi kalau dah makeup artist sendiri guna face primer.ok lah tu ya |
|
|
|
|
|
|
|
Sama la. Aku pun tertanya-tanya selamat ke benda tu kalau kita jilat bibir.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalunya lipstick yg dh diguna setahun, aku akan buang. Mmg x recycle sbb xtau berapa byk bakteria kt situ.
|
|
|
|
|
|
|
|
Brand lipstick apa yg bagus ye. Byk international brand dah cuba tapi lepas makan selalu bibir mengelupas.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|