|
Huraian Lengkap Perihal Pengucapan " Merry Christmas"
[Copy link]
|
|
Garis Panduan (dhawabit) Umum
- Ucapan tahniah adalah sebagai tanda perpaduan dan hubungan kemasyarakatan yang erat dan harmoni. Adapun melibatkan diri dalam upacara-upacara keagamaan khusus mereka, ia tetap tidak dibenarkan di sisi Islam.
- Ucapan tersebut tidak disertai dengan niat untuk mengagungkan, memuliakan dan menyetujui agama lain serta tidak juga menumpahkan kasih sayang yang terlalu tinggi melangkaui batas agama.
- Ucapan tahniah tidak mengandungi sebarang bentuk penghargaan yang menyalahi syarak seperti menghadiahkan arak dan perkara yang tidak diizinkan dalam Islam.
- Ucapan tersebut adalah kepada orang bukan Muslim yang tidak bermusuh dengan Islam, khususnya kepada seseorang yang mempunyai ikatan tertentu seperti kaum kerabat, jiran tetangga, teman-teman pengajian, kawan-kawan sekerja dan sebagainya.
- Menghadiri jemputan makan malam bukan Muslim, menziarahi bukan Muslim dan bertukar-tukar hadiah juga adalah dibenarkan. Rasulullah SAW pernah menerima hadiah daripada Raja al-Muqawqis[24] yang tidak beragama Islam. Saidina Umar al-Khattab RA juga pernah menghadiahkan baju kepada saudaranya yang tidak memeluk Islam.[25]
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenyataan Mufti Wilayah
Setelah kami amati dan tekuni isu ini dengan berhemah, di samping membincangkan dengan pakar serta kembali kepada rujukan yang muktabar sebagaimana yang telah dilampirkan kesemuanya di atas, maka kami berpendapat hukum mengucapkan Merry Christmas adalah HARUS dan perlu meraikan garis panduan yang telah kami nyatakan. Ini juga selari dengan keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-78 yang bersidang pada 12 Jun 2007, “Memberi ucapan tahniah dan selamat atau mengirimkan ucapan melalui kad atau alat-alat telekomunikasi seperti e-mel atau sistem pesanan ringkas (SMS) dan sebagainya kepada orang bukan Muslim sempena dengan perayaan agama mereka adalah harus, dengan syarat ucapan itu tidak mengiktiraf, memuji atau memuliakan agama bukan Muslim serta tidak menggunakan sebarang simbol atau lambang keagamaan mereka dalam kiriman ucapan tersebut.”
Kami menguatkan hujah ini melalui kenyataan Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam kitabnya al-Halal wa al-Haram fi Islam antara lain menyebut: “Jika kita hendak menyimpulkan ajaran-ajaran Islam dalam tindakannya terhadap orang-orang yang menyalahinya dalam lingkungan apa yang halal dan apa yang haram, maka memadailah kita berpegang kepada dua ayat daripada al-Quran al-Karim yang boleh dianggap sebagai prinsip yang menyeluruh, sebagaimana firman Allah SWT: لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ. إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Maksudnya: Allah SWT tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah SWT mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah SWT hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu), dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
(Surah al-Mumtahanah: 8-9)
|
|
|
|
|
|
|
|
- Ayat yang pertama di atas tidak hanya menggalakkan seseorang berlaku adil dan saksama kepada orang-orang yang bukan Muslim, yang tidak memerangi, iaitu tidak menunjukkan permusuhan kepada kaum Muslimin dalam agamanya.
- Tegasnya, mereka itu tidak menaruh niat permusuhan atau peperangan terhadap kaum Muslimin, malah ayat itu juga menggalakkan supaya berbuat baik dan memberikan layanan yang sempurna kepada mereka. Perkataan “al-bir” iaitu “baik” merupakan kalimah yang meliputi segala pengertian dan maksud yang baik umumnya dalam sebarang maksud, dan ianya adalah suatu perkara yang melebihi “keadilan”. Kalimah al-bir tersebut pernah digunakan oleh kaum Muslimin untuk menunjukkan kewajipan yang utama tentang hak-hak kemanusiaan ke atas diri mereka, ketika menggunakan perkataan itu untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa (birr al-walidain)
|
|
|
|
|
|
|
|
Kami menyatakan di sini bahawa ayat itu menggalakkan apa yang kami nyatakan kerana firman Allah SWT yang bermaksud: Sesungguhnya Allah SWT menyukai orang-orang yang berlaku adil. Seseorang Mukmin itu mestilah berusaha dengan sepenuh daya upaya untuk merealisasikan apa yang disukai oleh Allah SWT, dengan tidak sama sekali menafikan atau menolak pengertian “menggalakkan dan menuntut” yang terdapat di dalam ayat ini, kerana ianya berbunyi dengan ungkapan “Allah SWT tidak melarang kamu…” Ini kerana ungkapan seumpama ini adalah untuk menolak apa yang terlekat di dalam pemikiran Muslim, yang mana masih lagi berlaku sehingga ke hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesiapa sahaja yang menyalahi ajaran Islam tidak berhak baginya mendapat kebaikan, keadilan dan pergaulan yang baik. Lantaran itu, Allah SWT menjelaskan bahawa Dia tidak melarang orang Islam untuk melakukan sedemikian, meskipun orang-orang itu menyalahi agama mereka, bahkan sekalipun mereka memeranginya dan bermusuhan terhadapnya.” |
|
|
|
|
|
|
|
Sudah sampai masanya bagi para ulama’ menginterpretasikan apa yang didapati daripada teks-teks klasik ulama’ silam supaya sesuai dengan kerangka masa kini tanpa meninggalkan batasan syarak. Tidak cukup hanya sekadar menukilkan apa yang dicatatkan pada lembaran kertas daripada kitab-kitab silam, bahkan para ulama’ perlu turun ke lapangan bagi memahami kitab al-waqi’ ('membaca' realiti semasa). Kemampuan untuk berinteraksi dengan teks-teks klasik inilah yang akan membawa umat Islam ke satu paradigma yang jauh ke hadapan dan lebih berpijak kepada realiti sebenar pada zaman sekarang serta tidak ketinggalan dalam arus perdana. Dengan itu, akan terzahirlah Islam sebagai agama yang bersifat rahmatan li al-‘alamin (memberi rahmat ke seluruh alam jagat).
Semoga dengan pencerahan ini menjadikan kita sentiasa berada di landasan yang sebenarnya mengikut neraca syariah.
Akhukum Fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
19 Disember 2016 / 19 Rabi’ al-Awwal 1438H |
|
|
|
|
|
|
|
__________________________________________________
[1] Al-Maraghi, Mustafa. Tafsir al-Maraghi, terj., 1/174.
[2] Syed Qutb. Fi Zilal al-Qur’an (terj.), 10/102
[3] https://en.oxforddictionaries.com/definition/merry
[4] https://en.oxforddictionaries.com/definition/christmas
[5] https://en.oxforddictionaries.com/definition/christ
[6] https://en.oxforddictionaries.com/definition/mass
[7] Reverend John Trigilio Jr. & Reverend Kenneth Brighenti. The Catholicism Answer Book: The 300 Most Frequently Asked Questions , m.146.
[8] The Oxford Dictionary of the Christian Church (ed. E.A. Livingstone). m. 335-336.
[9] Rujuk http://www.statistics.gov.my/ind ... WVSZklWdzQ4TlhUUT09
[10] http://www.operationworld.org/country/malc/owtext.html
[11] Al-Kasysyaf ‘an Haqa’iq Ghawamidh al-Tanzil, jil. 4, m. 374.
[12] Riwayat al-Bukhari dalam al-Adab al-Mufrad, no. 1113.
[13] Ibn Kathir, Tafsri Ibn Kathir, 3/309.
[14] Ibn al-Qayyim. Ahkam Ahl al-Zimmah, 1/441.
[15] Al-Maliki, Muhammad Ahmad ‘Alish. Fath al-‘Ali al-Malik fi al-Fatawa ‘ala Mazhab al-Imam al-Malik, jil. 2, m. 350.
[16] Al-Hattab al-Ru'yani, Muhammad Abu 'Abd Allah ibn Muhammad at-Tarabulsi. Mawahib al-Jalil fi Syarh Mukhtasar al-Khalil, jil. 6, m. 289.
[17] Al-Maraghi, Mustafa. Tafsir al-Maraghi (terj.), 14/6969.
[18] Al-Razi, Al-Fakhr al-Razi. Tafsir Mafatih al-Ghaib, 5/221.
[19] Al-Maraghi, Mustafa. Tafsir al-Maraghi (terj.), ?/1506.
[20] Ibn ‘Abidin. Radd al-Muhtar 'ala al-Durr al-Mukhtar, 1/624
[21] http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tahniah
[22] http://www.dar-alifta.org/ar/Vie ... =fatwa&ID=13237
[23] http://www.e-cfr.org/fatwa/3ما-حكم-تهنئة-غير-المسلمين-بأعيادهم؟-/
[24] Ia adalah gelaran kepada pemerintah Mesir berbangsa Qibti kuno.
[25] Ia ada terdapat dalam hadis yang panjang dalam riwayat al-Bukhari dan Muslim. Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan: “Dibolehkan seorang Muslim menghadiahkan orang Musyrik pakaian dan selainnya.” Rujuk Syarh al-Nawawi ‘ala Muslim, 14/38. |
|
|
|
|
|
|
|
among friends yg Muslims yg memberi jawab balas kepada mereka yg meungucapkan Merry Christmas ialah
- menggunakan pendekatan komunikasi verbal dan bukan verbal ( kan komunikasi in banyak bentuk so tak lah rigid pada mengucapkan sesuatu sahaja)
- senyum - smile and says : happy holidays - sebab sini Cxmas cuti panjang kalau di universiti
- ada yg kata balas : have a nice time , have fun...take care
- sambil senyum ...
- yg dapat hadiah - says thank you
well banyak je yg boleh kita gunakan akal untuk menjawab pengucapan itu ...
|
|
|
|
|
|
|
|
saya teringat persoalan sama dibangkitkan dalam suatu majlis ilmu i think it was during winter gathering in 1998 - ada ustaz huseein yee - bagus betul beliau dalam hal hal dakwah ni...
- ustaz itu katanya i ingat : bergantung pada niat dan kalau dia , dia gunakan perjumpaan ini untuk berpesan pesan of course ...he is good in what he does anyway ..
yeah
|
|
|
|
|
|
|
|
saya mengambil pendekatan utk ucapkan "Happy Holiday" kepada kawan2 saya yg non muslim sahaja sudah memadai |
|
|
|
|
|
|
|
forumcari777 replied at 21-12-2016 08:35 AM
saya mengambil pendekatan utk ucapkan "Happy Holiday" kepada kawan2 saya yg non muslim sahaja sudah ...
Sy pun setuju..... jln selamat bila ada khilaf.
Lagipun sy pernah tanyakan seorg ustaz ttg hal ni. Hujah against it lg kuat diberikan dari tulisan pej muftiwp ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 24-12-2016 07:34 PM
i personally rasa tak ada masalah pun nak wish other expression selain merry cxmas - i usually say : happy hoildays sambil jabat / salam tangan , have fun with famly ...macam tulah senyum dah cukup .... tu , i mean sebab dah biasa dalam situasi ini tak de lah nak hantukkan kepala ke dinding memikirkan apa ygnak jawab , most of my muslim colleagues pun tak ada masalah , apologist dan payah pun nak gubna bentuk pendekatan lain so..pada i nak tergelak pulak bila isu ni dibawa...Allah tolong aih , tak lah complex mana pun...
you know huessin yee dulu dalam winter gath 1998 i was there dan atas response satu soalan dia kata - bergantung pada niat - - dia pergi je katanya dalam majlis cxams dan dia gunakan peluang tu untuk berdakwah ..lagi bagus.. lagi class...memang dia pun ada kemahiran berdakwah pun.
so pada i ...ntah apa pasal lah malaysian anggap ni satu kepayahan especially muslims ...tak urban ke kalau ucap happy holidays and havea nice time with family?
seolah olah komunikasi verbal tu je a form of communication
why not i tambah CXmas party kat pub after work ...yeah...alcohol yeah of course ...hehe
di mana most of my non muslim and muslim pun tak pi ..tak der pun nak ralat
hahaha
last year , my jewish consuktant wish me : merry cxmas
then i masa tu dah mebelakangi dia and i menoleh dan ketika tu
hold on , dia kata...pulak oh you are not a christian arent you?
( saja menyakat )
then i said , are you celebrating cxmas ( sebab i tau dia jew )
dia senyum je... tapi masa peryaan jewish yg lain dia ambik private leaves
yg jewish lain tempat i tajk pulak cuti hahahahah reformed kot
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 22-12-2016 01:48 AM
i personally rasa tak ada masalah pun nak wish other expression selain merry cxmas - i usually say ...
Yg tak boleh tu specific term merry christmas or anythg yg berkaitan akidah depa.
Have a jolly good holiday, have fun ka, hope u have a great time with your family tak pa...
Tiada bab2 akidah, malah tak bertentangan syariat.
2 things that we can't wish them: yg bertentangan AKIDAH & SYARIAT. Contoh, selamat mabuk2 ka...ni tak boleh jugak. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalammualaikum,
bismillah ,
mohon dibaca sikit pesanan saya....
dalam dunia ini ada banyak hal......
ada berkaitan dengan perkara yg penting, sederhana penting, tak penting, dan sangaat penting....
dlm hal agama, ada satu perkara yg tak sama mcm benda lain pentingnya iaitu akidah...
semua benda jika hilang boleh diganti, tapi agama kalau terlepas, tiada galang ganti dan menjadi sebesar2 kegagalan.....
dan perkara paling penting perlu dijaga ialah AKIDAH.....
dlm pendapat2 ulama yg berselisih, contohnya dalam bab fiqh, jika kita terpakai pendapat yg salah.....ia mungkin menyebabkan kita berdosa saja, jika kita meringan-ringankan hal tersebut....
tetapi dlm tajuk ini ia berkaitan akidah dan ulamak berselisih pada tajuk mengucapkan merry christmas ini....
dan jika ia salah, maka bayarannya akan menganggu akidah.....
sy tanyakan pada semua, untuk bab seberat akidah, patut tak kita bersikap sgt berhati2 lalu memilih pendapat yg selamat, dan jgn ambil risiko....
ini bukan bab dosa pahala, tapi bab akidah yg sangat berat sepatutnya ditakuit oleh kita jika tersalah.....
jadi dlm bab akidah, jika ulamak berselisih tentang keputusannya....maka bersikap selamatlah....
jauhilah terus.....
apakah anda sanggup merisikokan hal akidah demi nak ucap selamat sahaja???
bagi saya, demi menjaga akidah, apa yg sy peroleh sbg nikmat paling besar, sy takut....
dan sy bersikap selamat dengan tidak terlibat....
tidak berbaloi sy merisikokan bab akidah semata2 nak ucap selamat saja....
walahua'lam...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|