CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1355|Reply: 8

IKIM : Memerhati menilai makna teknologi

[Copy link]
Post time 20-12-2016 06:29 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 20-12-2016 06:31 AM

Menangani Cabaran Peradaban Teknologi

Ditulis oleh Muhammad Husni bin Mohd Amin. Posted in Utusan Malaysia



Perkataan ‘teknologi’ yang muncul di Eropah pada abad ke-19 adalah gabungan tekhne dan logia bagi merujuk kepada bidang ilmu pembuatan (craftsmanship). Al-Khuwarizmi al-Katib, seorang ilmuwan yang hidup sekitar abad ke-11 dan penyusun eksiklopedia pertama  di dalam sejarah Islam, Mafatih al-‘Ulum, menyebutkan teknologi sebagai hiyal dan sina‘ah.

Ibn Khaldun, sejarawan dan pemikir abad ke-15 yang mengkaji turun naik peradaban Andalusia dan Afrika Utara, menyimpulkan sina‘ah sebagai seni pembuatan benda adalah hasil kebolehan akliah manusia untuk memahami, mengurustadbir, dan menguasai sains. Maka, sina‘ah ini ialah seni yang saintifik.



Ibn Khaldun juga meletakkan sina‘ah sebagai wajah penting peradaban di mana kehilangannya merupakan isyarat kepada titik permulaan kemerosotan sesuatu tamadun. Dengan itu, kemajuan teknologi adalah bersamaan dengan kemajuan pembandaran, dan penanda aras yang berkesan kepada ‘kesihatan’ sesuatu tamadun. Di sini dapat dilihat bahawa perkembangan sains dan teknologi bukanlah sesuatu yang asing dalam sejarah peradaban Islam. Bahkan ia adalah sesuatu yang sepadu dengannya.



Menurut sarjana Barat, Anderson Hunter Dupree, setiap teknologi mengandungi maklumat tentang peradaban yang telah menghasilkannya, termasuklah maklumat tentang seni pembuatannya, bahan yang digunakan, dan juga sains dan teknologi berkaitan yang wujud di zamannya. Keutuhan sesuatu teknologi terbukti apabila ia mampu menongkah arus zaman dan boleh dipelajari oleh generasi seterusnya. Dengan itu, teknologi sebagai alat berupaya memindahkan nilai dan pandangan alam daripada perekacipta kepada pengguna. Sebagai contoh, pemindahan teknologi seperti kereta tidak hanya terhad kepada kereta itu semata-mata, namun juga gaya hidup dan senibina yang mengelilingi konsep kereta itulah yang menatijahkan corak kehidupan di dalam sesebuah bandar.



Lihatlah penggunaan secara meluas pinggan-pinggan kertas dan polystyrene. Sungguhpun ia murah, bersifat pakai buang, dihasilkan dengan kuantiti yang banyak, akan tetapi tiada seni padanya dan tidak boleh digunakan berulang kali. Akan tetapi, suatu pandangan alam asing padanya telah mewujudkan dalam masyarakat budaya pakai buang dan membazir, disamping memenuhi tempat-tempat pembuangan sampah kerana bahan kimia yang digunakan dalam penghasilannya tidak terurai dengan mudah.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2016 06:30 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 20-12-2016 06:41 AM

Terdapat bahaya tersembunyi dalam menggunakan sains sebagai penentu nilai. Sebagai contoh, jika 50 tahun dahulu Barat masih lagi memandang homoseksualiti sebagai perbuatan tidak bermoral dan menyalahi norma hidup, kini gerakan lesbian, gay, bisexual, and transexual (LGBT) atau dikenal sebagai rainbow movement telah menjadi suatu gerakan militan yang memaksa kerajaan-kerajaan untuk menuruti tuntutan-tuntutan mereka. Sains dan teknologi disalahgunakan bagi menyokong perbuatan mereka ini termasuklah kajian perubatan yang mendakwa adanya lebihan hormon wanita seperti estrogen dalam darah lelaki homoseks dan lebihan hormon lelaki seperti testosteron dalam darah perempuan lesbian.

Begitu juga dengan salah anggap dalam pandangan saintifik bahawa otak pengamal homoseks adalah berlainan dengan otak manusia biasa dan dengan itu dikatakan mereka sememangnya dilahirkan sebagai homoseks dan tabiatnya tidak dapat diubah. Bagaimana mereka begitu pasti bahawa kelainan tersebut tidak berlaku disebabkan amal perbuatan mereka bahkan sebaliknya adalah keadaan asal mereka dilahirkan? Sebagai kiasan, menurut penemuan suatu kajian University College London pada tahun 2000, bahagian otak seorang pemandu teksi yang dipanggil hippocampus, yakni bahagian yang mengawal pandu arah, ingatan jangka masa pendek, dan ingatan jangka masa panjang, mampu membesar dan menyesuai bagi membolehkan pemandu teksi memandu dengan cekap dalam kawasan bandar, namun ini tidak bermaksud seseorang itu dilahirkan untuk memandu teksi. Maka, jelaslah bahawa faham kenisbian moral yang menggunakan sains sebagai penentu nilai mendedahkan seseorang itu kepada sesuatu yang tidak bersabit dan sentiasa berubah akhirnya mencabar pegangan, asas akhlak serta prinsip hidupnya. Hakikatnya, pandangan alam Islam dah kefahaman terhadapnyalah yang menyaring bahaya faham-faham yang menjadikan sains dan teknologi sebagai penentu nilai.



Dalam menangani cabaran sains dan teknologi masa kini, pandangan alam Islam adalah sesuatu yang perlu diterapkan di kalangan masyarakat saintifik, terutamanya bakal-bakal arkitek dan jurutera yang akan melaksanakan projek-projek penyelidikan dan pembangunan agar dapat menumpukan kepada kelestarian, natijah, dan hasil baik yang dikehendaki sesuai dengan tuntutan agama dan keperluan setempat. Persoalan falsafah yang menggariskan keperluan sains dan teknologi adalah sama penting dengan tujuan memperolehi kemajuan di dalamnya.


Contoh terbaik di dalam hal ini mengambilkira iklim negara yang bermusimkan hujan dan panas. Sudah tentu keperluannya bertentangan dengan senibina untuk kawasan beriklim sederhana atau sejuk yang memerlukan sistem yang memerangkap perangkap haba. Penggunaan kaca yang berlebihan dalam senibina mampu bertindak sebagai rumah hijau yang memerlukan pula lebih kuasa kepada pendingin hawa. Di sini terzahirnya kesulitan dimana bangunan-bangunan tidak cekap tenaga menyumbang kepada pembaziran yang banyak tenaga elektrik dan bahan api. Di sini terdapat keperluan memahami falsafah teknologi yang Islami.


Teknologi dalam Islam ialah sesuatu yang bertunjangkan kefahaman dalam pandangan alamnya dan bukan sekadar tempelan nama seperti kereta Islamik dan sebagainya. Dalam mengunjurkan perancangan masa hadapan, para pembuat dasar sains dan teknologi harus mengambil kira teknologi sebagai alat yang harus dipandu dan dikawal, bukannya alat yang mengawal kehidupan seseorang. Dengan itu, konsep hiyal di dalam pengertian teknologi dalam Islam adalah sebagai sesuatu yang memudahkan seseorang Muslim menumpukan ibadah yang tiada terpisah dari kehidupan seharian yang dijalaninya. Akhirnya, ia adalah sesuatu yang menautkan fiqh, ‘amal, dan sina‘ah.
http://www.ikim.gov.my/index.php ... peradaban-teknologi

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2016 06:32 AM | Show all posts
Begitu juga dengan salah anggap dalam pandangan saintifik bahawa otak pengamal homoseks adalah berlainan dengan otak manusia biasa dan dengan itu dikatakan mereka sememangnya dilahirkan sebagai homoseks dan tabiatnya tidak dapat diubah. Bagaimana mereka begitu pasti bahawa kelainan tersebut tidak berlaku disebabkan amal perbuatan mereka bahkan sebaliknya adalah keadaan asal mereka dilahirkan? Sebagai kiasan, menurut penemuan suatu kajian University College London pada tahun 2000, bahagian otak seorang pemandu teksi yang dipanggil hippocampus, yakni bahagian yang mengawal pandu arah, ingatan jangka masa pendek, dan ingatan jangka masa panjang, mampu membesar dan menyesuai bagi membolehkan pemandu teksi memandu dengan cekap dalam kawasan bandar, namun ini tidak bermaksud seseorang itu dilahirkan untuk memandu teksi. Maka, jelaslah bahawa faham kenisbian moral yang menggunakan sains sebagai penentu nilai mendedahkan seseorang itu kepada sesuatu yang tidak bersabit dan sentiasa berubah akhirnya mencabar pegangan, asas akhlak serta prinsip hidupnya. Hakikatnya, pandangan alam Islam dah kefahaman terhadapnyalah yang menyaring bahaya faham-faham yang menjadikan sains dan teknologi sebagai penentu nilai.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2016 06:39 AM | Show all posts
perenngana yg saya highlightkan di atas tu menarik untuk dinilai sebab ia berkenaan satu konsep  dalam neurosains yg dipanggil neuroplasticity

u know plastic ...ap ayg kita nampak pada plastik...beg plastik bhn plastik

senang dibentuk bentuk  kan?

so ini bahasa mudah sangat lah

dalam istilah sains ia merujuk kepada keupayaan otak untuk menjalani proses reorganization hasil dari rangsangan sensori atau motor yg dialami oleh seseorang manusia.

yg menariknya , masya ALLAh  subhanallah ALLAh itu Maha Bijaksana - He is so Maha Penyayang ...Maha sempurna Al KAmal memang milik DIA


ada bhgn otak yg mempunyai window time tertentu je  untuk menerima rangsangan ... tertentu dan lepas tu  dah tak  berapa  berkapasiti seperti keadaan baru aatau luar window  period tu


ada juga bhgn otak manusia ketika lahir bukan 100% developed .  sebab...ia memerlukan rangsangan  luaran dan  ini boleh jadi soalan KBAT ni  sebab u fikir logik je apa bahagian otak tu yg perlukan rangsangan luaran untuk berkembang...


hints : mengapa ada screening  tertentu [ada bayi sejurus selepas lahir
mengapa  kekanak yg ada masalah juling / strabismus / lazy eyes kena  dikendalaikan secepat mungkin ...


hints...

so Allah ni Maha Kaya , Maha Sempurna


so balik pada hippocampus tu - sdalah satu penjelasannya ia neuroplasticity  - so kalau kita dok selalu guna ghn otak tu  maka efisien lah bhgn tu bertambah saiz sesuatu kawasan yg dirangsang tu ...


sebab tu ...hints lagi

kalau org stroke , org kemalangan  ap ayg dpea kena jalani ...


yups

ini menunjukkan neuroplasticity penting  untuk  proses pembelajaran


so

dalam hal ini bijak lah penulsi IKIM ni buat satu analisis kritis....

yups



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2016 06:40 AM | Show all posts
somehow this has caught my attention ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2016 06:43 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 20-12-2016 07:10 AM

tapi ...dalam kes spinal cord injury kapasiti pemuilihan percambahan neuron tu lain pulak...

tapi lagi satu kalau org yg menghidapai Al zheimer ... kita lihat dan kita uji mereka dengan ujian penaam benda...

u akan insaf...

sebab tu ....u know penting saya ingatkan berkali kali diri saya  yg Allah itu terlalu Perfect .. so u know tak payah lah sangat go against him ...secara sengaja ...i mean melawan syariat yg fardhu dan wajib ..
...memang Dia sangat  MAHA Perfect...susah kan dalam gemerlapan dunia ...? yg memang dijadikan menggamit betul kan?


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-12-2016 06:49 AM | Show all posts
kebetulan saya ditanay oleh seorang  pakar dalam neuro otology tadi ...tu buidang dia

- what makes you happy?

- do  you like freedom ?

and i said yeah of course , within reason ..then he said: ooo...

then i said: even the air has its own boundaries ...then dia melihat ...dia senyum

then i cakap balik lorr basic science ...

that guy just bawa dana research £ 300 000 yups...

tempat dia biase aje ...tak leh demand bilik kusyen sebab  tak ada ruang dan di memang suka dok tepi tingkap

i love their humility...tak ad abeza engkau aku siapa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2016 07:06 AM | Show all posts
sekadar berkongsi rentetan ayat  dari seorang Prof Abdul  Al rahman Al Kordy , penulis buku yg cantik  tajuk - His throne was on water ....


' If they could understand only a little of what  He Has created , they would return to HIM , worship HIM  and REALIZE that  HE IS THE STRONG CREATOR , THE SUPREME ONE  of that surrounds everything within his KNOWLEDGE. This is WHY he invited  his subjects to LOOK and SPECULATE on the UNIVERSe  AND thus increase  THEIR BELIEF.

http://www.slideshare.net/kingabid/his-throne-wasonwater
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2016 08:37 AM | Show all posts
Setakat memerhati saja kah? sedangkan orang lain dah ke mars
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:20 AM GMT+8 , Processed in 0.071865 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list