CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1246|Reply: 3

Peranan Golongan Ulama - Umarak

[Copy link]
Post time 16-12-2016 01:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 16-12-2016 01:30 AM

Mengangkat Martabat Syariat

Ditulis oleh Dr. Mohd Sani Badron. Posted in Sinar Harian


sumber asal :


http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/sinar-harian/9507-mengangkat-martabat-syariat


Amatlah memalukan apabila masyarakat memiliki persepsi golongan berpelajaran agama hanya pandai dalam mempersoalkan perkara-perkara remeh. Contohnya, bila gelaran besar “Salafi” atau “Ahlus Sunnah wal Jama‘ah” dirujuk kepada soal amalan tiada bacaan qunut Subuh, sekali azan sahaja pada solat Jumaat, tidak membaca talqin, memberus gigi sewaktu puasa, dan sebagainya.


Membaca qunut Subuh, dua kali azan pada solat Jumaat, membaca talqin, dan yang seumpamanya — ataupun meninggalkan amalan-amalan tersebut bukanlah “masalah ummah”.  Kalau perkara-perkara seperti itu dipermasalahkan, maka ia adalah masalah yang palsu — yang bukan sebenarnya masalah.


Ketenteraman masyarakat tidak sepatutnya diganggu dengan perkara-perkara seperti itu. Media massa pula tidak wajar melayan pertelingkahan mengenainya. Moga-moga Allah menjauhkan kita semua daripada sifat degil berpegang pada keremehan isi perbezaan antara-mazhab dan intra-mazhab yang seperti itu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-12-2016 01:26 AM | Show all posts
Kekecilan pendapat dan tanggapan puak modenis dan konservatif sebenarnya mencerminkan bahawa dalam fahaman mereka, “yang kecil itu besar” sehingga “yang benar-benar besar itu tiada terlihat langsung.”  They can’t see the forest for the trees.

Kalau golongan berpelajaran agama atau fuqaha asyik dan sibuk menekankan masalah-masalah yang remeh dan palsu, ini akan menimbulkan di kalangan masyarakat awam satu anggapan seolah-olah para imam Mujtahidin silam itu membincangkan soal-soal remeh.

Sedangkan sebaliknya, para imam Mujtahidin seperti Abu Hanifah, Malik, al-Shafi‘i, Ibn Hanbal berusaha menangani masalah sebenar, iaitu isu risalah Nabi Muhammad sebagai rahmat yang membawa manfaat bagi sekalian alam dan kemanusiaan seluruhnya. Isu pemerintahan Islam sebagai agama sejagat yang telah berkembang ke seluruh pelosok Asia, Afrika dan Eropah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2016 01:27 AM | Show all posts
Para imam Mujtahidin faham bahawa shari‘ah dan fiqh seharusnya memainkan peranan menyelesaikan persoalan-persoalan yang timbul dalam perhubungan orang-orang Islam pelbagai kaum, dan antara orang-orang Islam dengan masyarakat beragama lain atau negara lain.

Daripada ratusan ribu huraian isu-isu Shari‘ah oleh para Imam Mujtahidin silam, hanya 40% sahaja yang berkenaan dengan ritual, sementara 60% lagi adalah mengenai undang-undang awam, hukum pidana, hasil negara, kesaksian dalam sistem mahkamah, jual-beli, mirath, perniagaan, dan mu‘amalah.

Seharusnya golongan berpelajaran agama turut mampu memartabatkan shari‘ah dan fiqh untuk menghuraikan tentang keadilan dalam urusan jual-beli antara syarikat korporat dengan pelanggan; dalam industri asas tani; percukaian; hasil tanah negara; dan penyelarasan adat-resam dan tradisi masyarakat tempatan dengan Islam.

Apabila Imam Abu Yusuf mengarang Kitab al-Kharaj misalnya, beliau memberi panduan kepada khalifah Harun al-Rashid mengenai hasil-pendapatan negara, termasuk mengenai pembahagian tanah berdasarkan nilai dan produktivitinya, perbezaan dalam kadar hasil, perbezaan status para petani, jenis-jenis hasil-mahsul negara dan banyak lagi, yang dihurai secara menyeluruh dengan undang-undang yang sangat tersusun.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-12-2016 01:27 AM | Show all posts
Tadbir-urus yang pincang turut ditegur dan perhatian pemimpin negara (Khalifah) ditarik secara berani dan terus-terang oleh para Imam Mujtahidin silam.

Para Imam Mujtahidin memberi jawaban yang memuaskan bukan hanya kepada soal bacaan Yasin malam Jumaat dan bilangan rakaat solat tarawih — tetapi bagaimana untuk mempersatukan umat Islam dalam mendepani undang-undang dan tatacara yang asing dalam urusan pentadbiran masyarakat, seperti perundangan Romawi dan Byzantin pada zaman tersebut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.033975 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list