CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1339|Reply: 2

Mata Hadangan Api Neraka

[Copy link]
Post time 15-12-2016 06:04 AM | Show all posts |Read mode

Tiga mata yang tidak disentuh api neraka


sumber : http://www.yadim.com.my/v2/?p=27705

Abu Hurairah RA menyebutkan bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: “Ada tiga pasang mata tidak terlihat dalam neraka; (iaitu) mata yang menangis kerana takut kepada Allah, mata yang (tidak tertidur untuk) berjaga di jalan Allah dan mata yang menutup dari apa yang diharamkan oleh Allah,” (HR al-Khila’i dalam kitab al-Fawa’id dan Ibnu ‘Asakir dalam kitab at-Tarikh).






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2016 06:06 AM | Show all posts
apa yang diharamkan oleh Allah,” (HR al-Khila’i dalam kitab al-Fawa’id dan Ibnu ‘Asakir dalam kitab at-Tarikh).

  • Mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT
Tangisan air mata kerana takut kepada Allah dapat memadamkan lautan api, kerana rasa takut yang ia rasakan telah membakar hatinya, melelehkan hatinya yang keras, membuatnya menangis berlindangan air mata, dan memadamkan api maksiatnya. Tangisan ini memiliki makna dan nilai yang sangat tinggi di sisi-Nya kerana tangisan seperti inilah yang dapat menyelamatkan dirinya dari azab neraka dan mengangkat darjatnya ke tingkat tertinggi di sisi Allah SWT.

  • Mata yang (tidak tertidur untuk) berjaga di jalan Allah
Rasulullah SAW menyamakan mata yang menangis kerana takut kepada Allah SWT dengan mata yang berjaga di jalan-Nya kerana kedua-duanya sering bersama berjaga di malam hari kerana Allah. Matanya tidak terpejam pada malam hari kerana khuatir dan takut terhadap sesuatu yang mungkin akan menimpa agama Allah.

  • Mata yang enggan memandang kepada sesuatu yang diharamkan Allah
Allah SWT mewajibkan atas hamba-Nya supaya menjaga dan menahan pandangan mereka dari sesuatu yang diharamkan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: ‘Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya  Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka berbuat.” (an-Nur: 30). – MAJALAH DAKWAH


sumber petikan asal :
http://www.yadim.com.my/v2/?p=27705


Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
nak lagi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.044775 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list