CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1440|Reply: 7

Munakahat : Wanita Ahli Kitab - definisi atau takrifan Mufti KL and Team

[Copy link]
Post time 15-12-2016 01:16 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 15-12-2016 01:18 AM

Al-KAFILI AL-FATAWI

AL-KAFI #484: PERKAHWINAN DENGAN PEREMPUAN AHLI KITAB
Ditulis oleh Mohamad Razif Mohamad Fuad           sumber asal : http://muftiwp.gov.my/index.php/ ... erempuan-ahli-kitab      

Diterbitkan: 05 Disember 2016








Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-12-2016 01:18 AM | Show all posts
Soalan:



Apakah status mengahwini Ahli Kitab? Ini kerana, hari ini terdapat orang yang mengahwini perempuan Ahli Kitab.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2016 01:19 AM | Show all posts
Jawapan:

Ahli Kitab di dalam al-Qur’an secara jelasnya merujuk kepada mereka yang beragama Yahudi dan Kristian yang berpegang kepada Taurat dan Injil. Pun begitu, ulama’ berbeza pandangan dalam menentukan definisi ahli Kitab.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2016 01:19 AM | Show all posts
  • Imam al-Syafie mengkhususkan Ahli Kitab kepada keturunan Bani Israel yang beragama Yahudi dan Kristian. Mereka yang bukan daripada keturunan Bani Israel, tidak tergolong dalam Ahli Kitab walaupun menganut agama Yahudi dan Kristian, tidak termasuk dalam golongan Ahli Kitab. Ini kerana, Nabi Musa dan Nabi Isa hanya diutuskan kepada Bani Israel dan bukan kaum lain. Sebagaimana Taurat dan Injil diturunkan hanya kepada mereka, maka al-Qur’an menamakan mereka sebagai Ahli Kitab. (Rujuk al-Umm, 4/182)
  • Imam al-Syirazi juga berpandangan sebagaimana Imam al-Syafie. Firman Allah SWT
أَنْ تَقُولُوا إِنَّمَا أُنْزِلَ الْكِتَابُ عَلَى طَائِفَتَيْنِ مِنْ قَبْلِنَا وَإِنْ كُنَّا عَنْ دِرَاسَتِهِمْ لَغَافِلِينَ

Maksudnya: Supaya kamu tidak mengatakan: "Bahawa Kitab (agama) itu hanya diturunkan kepada dua golongan (Yahudi dan Nasrani) dahulu sebelum kami, dan sesungguhnya kami lalai (tidak faham) akan apa yang dibaca dan dipelajari oleh mereka."

(Surah al-An’am: 156)

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2016 01:20 AM | Show all posts
  • Menurut Imam al-Syirazi, kalimah “dua golongan” (طَائِفَتَيْنِ) merujuk kepada Yahudi dan Kristian. (Rujuk al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam Syafie, 3/306)

  • Al-Shahrastani pula berpendapat bahawa Ahli Kitab tidak hanya dikhususkan kepada keturunan Bani Israel yang beragama Yahudi dan Kristian tetapi juga sesiapa sahaja yang menerima Taurat dan Injil, samada mereka mengamalkannya atau tidak. (Rujuk al-Milal wa al-Nihal, 2/13)
  • Menurut Imam Abu Hanifah, Ahli Kitab juga adalah mereka yang daripada wilayah Kaskar (daerah utara Kufah) dan Bata’ih (kawasan berpaya di utara Basrah) termasuk dalam penganut Kristian. Walaupun mereka banyak perbezaan daripada agama-agama lain; kerana Kristian itu terdapat banyak aliran seperti al-Marquniyyah, al-Aaryusiyyah, al-Maruniyyah. Ketiga-tiga aliran ini daripada mazhab al-Nisturiyyah dan al-Malkiyyah. Aliran al-Ya’qubiyyah berlepas diri daripada aliran-aliran ini dan mengharamkan mereka. Aliran mereka ini dinisbahkan kepada Yahya bin Zakaria, Shith dan mendakwa kitab-kitabnya kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada Shith bin Adam, Yahya bin Zakaria dan Kristian menamakan mereka sebagai Yuhanna. (Rujuk Ahkam al-Qur'an, 3/118)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-12-2016 01:21 AM | Show all posts
  • Berdasarkan pandangan-pandangan di atas, kami melihat bahawa pandangan Imam al-Syafie dan juga Imam al-Syirazi lebih tepat dan menggambarkan apa yang dinyatakan di dalam al-Qur’an. Hal ini dikuatkan lagi dengan keputusan Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-14 yang bersidang pada 14 Julai 1977 yang memutuskan bahawa takrif Kafir Kitabi ialah orang Yahudi atau Nasrani:

  • Yang berketurunan Nabi Yaakub A.S., jika tidak diketahui datuk neneknya memeluk agama itu selepas dinasakhkan (dibatalkan) oleh agama yang berikutnya seperti agama Yahudi dinasakhkan oleh agama Nasrani dan agama Nasrani dinasakhkan oleh agama Islam; ATAU
      Yang bukan berketurunan Nabi Yaakub A.S., jika diketahui datuk neneknya memeluk agama itu sebelum dinasakhkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-12-2016 01:21 AM | Show all posts
Berhubung status perkahwinan dengan perempuan ahli kitab, Persidangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-18 yang bersidang pada 14 Mei 1980 telah membincangkan Pernikahan Dengan Perempuan Kitabiah. Persidangan telah memutuskan bahawa:

  • Pernikahan orang Islam dengan perempuan Kitabiah (bukan asli) adalah tidak sah mengikut mazhab Shafie.
  • Pernikahan seperti itu (pernikahan orang Islam dengan perempuan Kitabiah bukan asli) yang telah dilakukan pada masa yang lalu harus mengikut pendapat setengah ulama' dengan syarat jika pernikahan itu diakadkan mengikut Islam dan keluarga itu hendaklah hidup secara Islam termasuk pendidikan anak-anak. Jika tidak dilakukan demikian maka perkahwinan itu hendaklah dibatalkan.
  • Pernikahan suami/isteri Kristian kemudian si suami masuk Islam maka pernikahannya dikira sah dengan syarat kehidupannya mengikut cara Islam.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2016 01:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlu maria menado ckp dia ahli kitab kan ?  Ke bukan ? Sape lg yg ngaku ahli kitab slma ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:50 AM GMT+8 , Processed in 0.044614 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list