CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4468|Reply: 14

Gambar Lelaki Ini Ditolak Gara-Gara Sepet, Sistem Passport Pun Dah Pandai Rasis?

[Copy link]
Post time 8-12-2016 03:51 PM | Show all posts |Read mode
Sumber Foto: www.dailymail.co.uk


Sistem komputer rasis? Aduh, malang sungguh bagi seorang lelaki Asia yang dikenali sebagai Richard Lee apabila foto passportnya telah ditolak oleh laman web kerajaan New Zealand kerana perisian pengecaman wajah itu mengatakan matanya 'tertutup'.


Sistem automatik itu memaklumkan kepada Richard perkara tersebut walaupun sebenarnya dalam gambar itu dia membuka mata, cuma keadaan matanya memang sepet semulajadi.
Sumber Foto: www.dailymail.co.uk


Lebih melucukan sistem tersebut memberi mesej berbunyi, "Gambar yang dimuat naik tidak memenuhi kriteria kerana subjek menutup mata."


Manakala seorang jurucakap pula memberitahu yang keadaan wajahnya yang mempunyai cahaya tidak sekata juga menyebabkan fotonya ditolak.


Disebabkan itu, Richard terpaksa mengambil beberapa foto lain di Australian Post sebelum ianya diterima dan membolehkannya memperbaharui passport.


Namun, disebabkan insiden ini, rakan-rakannya mengambil kesempatan mengedit dan memuat naik gambar Richard dengan 'mata besar' di Facebook.


Sumber Foto: www.dailymail.co.uk


Pengguna media sosial kebanyakannya menyelar sistem itu dengan menyifatkannya sebagai rasis. Ada juga yang menganggap insiden ini adalah sesuatu yang melucukan dan banyak lagi pendapat lain.



Sumber Foto: Facebook



Macam-macam pula yang jadi dalam dunia sekarang. Sampai mesin dan sistem pun dikatakan rasis.


Ada sesiapa di luar sana pernah mengalami kejadian yang sama macam ini ke? -CARI



Sumber Foto: www.dailymail.co.uk


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2016 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tau nak kesian ke nak gelak..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 04:47 PM | Show all posts
thread dah ada
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 04:49 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 04:50 PM | Show all posts
thread viral ,

tapi buka kat Ci, bongok la wartawancari ni..

kumpulan berita pun xreti nak saring
tag mod@muntz,
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 06:44 PM | Show all posts
hmm ronapink meroyan lagi ke tu. tp bukan ke thread yg dibuka awal tu pon kat isu semasa kan. knp xmelalak kat sana.

anyways, kesian la org bermata sepet cmni sis ni...hmm
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-12-2016 08:12 PM | Show all posts
Bengong punya mesin. Hahahahahhaha.
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2016 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Suede jacket? So 80s
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2016 08:18 PM | Show all posts
kesian apek ni ahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 08:33 AM | Show all posts
hahahaha..adoi la..mesin pun kene tuduh rasis ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 11:22 AM | Show all posts
hahahaha sepet smpai mesin xdpt beza buka mata ke tutup
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 12:35 PM | Show all posts
mesin
bknnya orang yg boleh nilai


Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 12:36 PM | Show all posts
Kena le reprogramme balik mesin tu sebab kat atas dunia ni ada macam2 saiz mata manusia
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2016 12:50 PM | Show all posts
sepet sgt mesin pon bole detect
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2016 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sampai hati nak gelak. Letak mancis la bagi besar sikit mata tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048768 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list