Edited by bianglala at 9-1-2019 09:33 PM
POKOK GAJUS
Klasifikasi Saitifik Kingdom: Plantae
(unranked): Angiosperms
(unranked): Eudicots
(unranked): Rosids Order: Sapindales
Family: Anacardiaceae
Genus: Anacardium
Species: A. occidentale
Binomial name Anacardium occidentale L.
Etymology Maksud pada nama Anacardium dirujukkan kepada bentuk buahnya, yang kelihatan seperti separuh jantung (inverted heart) (ana bermaksud keatas "upwards" dan -cardium bermaksud jantung "heart"). Dalam bahasa Tupian acajú bermakna kepala kuning "yellow head".
Gajus, janggus, jambu golok, jambu monyet, bunga kesasar, atau jambu terung adalah sejenis pokok berbuah. Nama saintifiknya ialah Anacardium occidentale dan ia tergolong dalam keluarga Anacardiaceae. Jambu Golok mendapat namanya dari bentuk bijinya yang berada di luar buah dan berbentuk bengkok seperti hulu golok. Pokok ini berasal dari negara Brazil dan ditanam untuk mendapatkan bijinya. Biji buah gajus yang digoreng atau dipanggang adalah sejenis makanan ringan yang boleh didapati di pasaran. Ia juga boleh digunakan sebagai hidangan masakan dan kuih. Buah Jambu Golok boleh dimakan tetapi bijinya lebih laris dipasarkan. Buahnya lembut dan banyak mempunyai air, dan sering digunakan sebagai sayur dalam masakan. Bijinya mempunyai kulit yang keras dan benih di dalamnya mempunyai rasa lemak seperti kacang. Bijinya mempunyai getah bisa yang boleh mengakibatkan kudis. Bijinya perlu diproses dengan digoreng dengan pasir, supaya tidak hangus, sebelum dimakan.
Biji Gajus yang sudah diproses (digoreng atau dibakar/panggang)
Pucuk muda gajus berwarna merah boleh dimakan mentah dicecah bersama sambal belacan, budu, cencalok atau mana-mana pencecah yang lain. Rasanya lemak-lemak kelat. ia juga banyak digunakan sebagai ulam dalam nasi kerabu, laksa dan juga
Ulam dalam nasi kerabu
ulam dalam laksa/laksam
Ciri-ciri Ia pokok sederhana besar setinggi 8-12 m, bercabang banyak, kanopi terbuka. Batang melengkung, berkayu, bergetah. Daun tunggal, sederhana besar, susunan berselang-seli, bertangkai, berbentuk bujur dengan pangkal runcing dan hujung membulat, tepi rata, urat daun selirat, pucuk berwarna merah perang bertukar menjadi hijau tua setelah matang, permukaan berkilat, liat, licin, urat sisi jelas kelihatan. Bunga kecil, terdiri dari jantan dan betina tersusun dalam jambak bunga yang keluar dari hujung dahan dan ketiak daun. Buah jenis nat, berbentuk ginjal, keras, berwarna hijau ketika muda dan bertukar coklat apabila matang. Pudung buah yang disangka buah berwarna kuning atau merah setelah matang.
Khasiat Buah gajus mengandungi protein, asid sterik, riboflavin, thiamin, lemak, vitamin (A, B dan C), kalsium, zat besi, magnesium, zink dan sulfur. Manakala daunya pula mengandungi tanin-galat dan flavonol. Ia dikatakan dapat merawat faraj berbau busuk, tidak selera makan, darah toksik, cirit-birit, mual dan muntah. Selain itu biji/buah gajus juga digunakan untuk merawat ketuat, tahi lalat dan lebihan isi.
|