View: 1934|Reply: 12
|
Penyucian Najis Pada Telur yang Bercangkerang
[Copy link]
|
|
SOALAN:
Assalamualaikum wbt,
Apakah hukum seseorang yang membuat roti canai telur menggunakan telur ayam yang tidak dibasuh? Adakah ia bernajis atau sebaliknya?
|
|
|
|
|
|
|
|
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt,
Jika telur tersebut tidak kelihatan padanya najis seperti tahi ayam dan sebagainya maka ia dihukum suci. Berkata Imam Abu Bakar al-Dimyati, dalam syarahnya terhadap kitab Fath al-Mu`in yang bermaksud:
“Perkataan musannif ‘bahawa tidak wajib untuk membasuh zakar selepas berjimak, telur dan anak yang dilahirkan,’ bererti (barang) yang terkena lembapan faraj, sama ada lembapan itu suci atau tidak, dan kalau ia najis sekalipun ia dimaafkan, maka ia tidak menajiskan perkara-perkara yang telah disebutkan.”
Rujuk I’anah al-Talibin (1/104)
Namun jika ternampak najis pada telur itu, maka wajiblah membasuhnya. Jika tidak nampak atau disangka sahaja ada najis, maka kembali kepada hukum bahawa ia tidak bernajis.
Jawapan bagi soalan di atas, maka hukumnya suci selagi tidak ada kesan yang menunjukkan kenajisannya seperti tahi ayam. Jika terdapat najis sekalipun, namun yang dimaka ialah isinya, bukan kulitnya. Justeru, jika tiada nampak najis yang masuk ke dalam roti canai berkenaan maka hukumnya adalah suci pada asalnya. Sekalipun begitu, membasuh telur bagi memastikan kebersihan dan kesucian adalah etika yang baik dalam penyediaan makanan.
Wallahua’lam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Perkongsian baik. Saya bilas telur dengan air sambil gosok dhn berus lembut kemudian simpan dalam peti.
Ramai kata cepat busuk. Not true at all. Lama tahan. |
|
|
|
|
|
|
|
munchkin replied at 2-12-2016 02:42 AM
Perkongsian baik. Saya bilas telur dengan air sambil gosok dhn berus lembut kemudian simpan dalam pe ...
T.kasih bagi info.. selalunya saya bilas telur bila nak guna/masak je.
Insya-Allah.. lain kali saya beli telur.. saya bilas dulu.. toskan dan baru simpan. |
|
|
|
|
|
|
|
dna_ayu replied at 2-12-2016 02:52 AM
T.kasih bagi info.. selalunya saya bilas telur bila nak guna/masak je.
Insya-Allah.. lain kali sa ...
Sama sama. Saya lihat telur mmg kotor rata rata. Disimpan pulak terus dalam peti. Bleh cross contaminate ke bahan makan lain dalam peti tu. |
|
|
|
|
|
|
|
munchkin replied at 2-12-2016 08:57 AM
Sama sama. Saya lihat telur mmg kotor rata rata. Disimpan pulak terus dalam peti. Bleh cross conta ...
Ubah kebiasaan lama kpd yg lebih baik. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah ikuti kursus tentang topic ni 2 tahun lepas..Interesting tt |
|
|
|
|
|
|
|
Tq for this info |
|
|
|
|
|
|
|
dna_ayu replied at 2-12-2016 11:43 AM
Ubah kebiasaan lama kpd yg lebih baik.
Ya betul. Rata rata bila saya kata saya basuh telur, mereka buat muka jijik.
Jijik tu sebab mereka kata telur cepat busuk. Taik ayam yang buatkan telur tu tahan lama katanya.
Depa tak jijik ngan taik ayam. Tapi jijik jika dengan thoughts telur cepat or mudah busuk. Adoiiii :zz which is not true pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Soalan yg jarang orang tanya (mungkin saya org yg pertama bertanya).
Adakah batal wudu jika memegang telur yg nampak seakan-akan najis ayam di atas telur berkenaan? |
|
|
|
|
|
|
| |
|