CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3152|Reply: 18

Tak Sangka! Bermodalkan Duit BRIM RM500, Kini Nora Raih Untung Jutaan Ringgit

[Copy link]
Post time 21-11-2016 03:32 PM | Show all posts |Read mode



Kisah kejayaan Aznora Baharom yang 'viral' di laman sosial baru-baru ini memanggil InTrend untuk menemu bual Pengasas produk kecantikan Secret of Beauty (SOB), yang kini bangkit dari lembah kemiskinan sehingga bergelar jutawan muda.




“PERNAH suatu ketika saya terpaksa menjual semua barang berharga milik saya seperti kereta, motosikal dan barang kemas. Dan yang tinggal hanya sebentuk cincin perkahwinan di jari saya. Hanya itu sahaja yang mampu saya simpan dan tidak rela untuk dilepaskan. Ini semua dek kerana azam yang kuat untuk bangkit daripada kegagalan dan memulakan bidang perniagaan."





Gerai pakaian di Uptown Setapak yang pernah diuruskan oleh Nora sebelum berjaya.
>>> “Anak-anak Bijak, Mereka Tahu Siapa Emak Mereka Tetapi Tak Tahu Apa Itu Emak Tiri” — Hanez Suraya<<<
Bermula episod 'Zero to Supermom' saya apabila segala harta dijual untuk dijadikan modal berniaga. Malangnya, duit yang dikumpul masih tidak mencukupi apatah lagi untuk menghasilkan produk kecantikan yang mana kosnya bernilai puluhan ribu ringgt. Kala itu, duit dalam genggaman hanya ada RM15,000 hasil daripada jualan barangan peribadi. Ya, jumlah itu masih ‘jauh’ untuk menghasilkan produk kecantikan jenama sendiri. Bingung dengan situasi itu membuat saya hampir putus asa. Adakah impian saya hancur musnah? Oh, tidak! Saya yakin rezeki Allah SWT itu amat luas. Dan siapa sangka permohonan BRIM bernilai RM500 akhirnya masuk ke akaun saya sedangkan sebelum ini saya tidak pernah dapat bantuan tersebut biarpun berkali-kali memohonnya.

CABARAN ORANG BERNIAGA
“Berbicara fasal cabaran berniaga, memang banyak yang saya lalui. Saya pernah ditipu oleh sebuah agensi pemasaran sebanyak RM10,000 yang kononnya mereka boleh membantu meningkatkan jualan produk saya. Namun itu hanya kata-kata manis di bibir sahaja, setelah duit berada dalam genggaman mereka, satu kerja pemasaran pun mereka tidak buat. Akhirnya saya yang terlopong…” kongsi Nora ketika dihubungi menerusi telefon.

KISAH DUKA YANG MENGUATKAN KEAZAMAN UNTUK BERJAYA
“Saya pernah jatuh miskin kerana perniagaan sebelum ini ‘gulung tikar’. Maklum dulu saya pernah hidup senang, jadi bila ditimpa musibah, saya berazam untuk bangkit kerana mahu menikmati kehidupan yang sama seperti dahulu. Jika dahulu saya sedih kerana terpaksa jual kereta Kancil untuk dapatkan modal berniaga, kini saya bersyukur kerana dengan pengorbanan itu saya mampu miliki Range Rover baru-baru ini.”   

PESANAN BUAT PENIAGA BARU
“Sebelum memulakan perniagaan, yang pertama, anda MESTI ada produk sendiri yang mahu dijual kepada pengguna. Kedua, produk itu juga perlu ada keistimewaan dan lain daripada produk yang sedia ada di pasaran. Kelainan yang ditawarkan akan membuka ruang yang lebih luas buat produk itu dikenali.”


“Dan langkah paling penting untuk mencipta nama sebagai peniagan baru, anda perlu menguasai ilmu pemasaran. Tanpa ilmu di dada, bagaimana anda mahu menguasai rangkaian perniagaan? Bagaimana untuk meyakinkan pengguna mencuba produk anda? Justeru, strategi pemasaran turut memainkan peranan penting dalam usaha membina nama ke puncak jaya.”  

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2016 03:43 PM | Show all posts
pe lagi...g la cium kaki
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Ank murid bang jijang ke
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 04:55 PM | Show all posts
Dah  x de perniagaan lain ke nak kaya..?

asyik produk kecantikan je..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 06:32 PM | Show all posts
Hari ni banyak betul kisah pasal manusia bernama Nora!
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingatkn nek nora ipin
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2016 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa benda cerita ni.....

Jap kata duit dlm tgn ada rm15000, jap kata modal rm500 duit brim....

Ntah apa-apa ntahhh
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2016 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Siput.Lala replied at 21-11-2016 08:55 AM
Dah  x de perniagaan lain ke nak kaya..?

asyik produk kecantikan je..

inilah dasar ekonomi baru yang di capai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2016 11:26 PM | Show all posts
Yucks geli dngar cerita macam ini. Balik-balik jual produk kecantikan. Bila dah kaya beli kereta maha,rumah mahal lepas itu show off sana sini.

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kelulusan KKM ke produk kau ni? Stakat letak mercury, hidroquinon n segala mala bahan kimia yg merosakkan muka org rentikanlah.

Atau sejenis "apa aku kisah" ? Main beli je yg kilo2 punya import dr thai atau indon..repack balik, tepek jenama ko.patu jual

Duit cenggitu berkat ke dek??
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 05:18 PM | Show all posts
senangkan buat duit.. hasilkan produk kecantikan sendiri je huhu
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 05:59 PM From the mobile phone | Show all posts
senang betol jd jutawan jual brg kosmetik ntah apa2..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 07:32 PM From the mobile phone | Show all posts
WhiskeyScotch replied at 21-11-2016 06:32 PM
Hari ni banyak betul kisah pasal manusia bernama Nora!

Tu lah...
nora 4 bintang
nora senduwara
nora brim
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 08:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Motif....
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:04 PM | Show all posts
persoalannya skrg dari baju longgar bole transform kepada baju ketat gelemat kenapa plak?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Motip?? Ni nk up cite psl brim ke pe? I is confused
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2016 09:34 PM | Show all posts
Kos untuk barangan puluhan ribu ringgit
Modal dalam gengaman Rm15 000
Tup tup dapat BRIM RM500
Terus cukup modal... Woww
Kencang betul ko sembang kak
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by pocongkiutss at 22-11-2016 09:45 PM

“Sebelum memulakan perniagaan, yang pertama, anda MESTI ada produk sendiri yang mahu dijual kepada pengguna. Kedua, produk itu juga perlu ada keistimewaan dan lain daripada produk yang sedia ada di pasaran. Kelainan yang ditawarkan akan membuka ruang yang lebih luas buat produk itu dikenali.”


Sori tak bape nak agree bab
1. " Kepada peniaga baru, MESTI ada produk SENDIRI" ??

2. Produk dia tu apa bezanya ngan lambakan produk kecantikan kat pasaran skrg ni?? Sendu tak pernah dgr nama..saja nak viralkan nampaknye kan??
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2016 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Saje nak promote produk dia...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.436786 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list