View: 1607|Reply: 11
|
Institusi Keluarga Islam
[Copy link]
|
|
Edited by mbhcsf at 20-11-2016 05:37 AM
Selamatkan institusi keluarga Islam
AL-BAYAN
MOHD. RADZI MOHD. ZIN | 18 November 2016 6:10 PM
Berita yang mendapat liputan meluas dalam media adalah bad news. Sebabnya, dalam dunia kewartawanan bad news adalah good news. Cuma apabila berita berkaitan institusi keluarga mendapat tempat yang utama dalam akhbar, ia membimbangkan.
Selasa lalu, Dewan Rakyat dimaklumkan sebanyak 267 pasangan Islam bercerai setiap hari atau 11 kes bagi setiap jam. Ini berdasarkan statistik 48,077 kes percerai-an yang direkodkan dari Januari hingga 10 Julai 2016. Sehari selepas itu, kita dikejutkan pula dengan berita 323,047 anak tidak sah taraf direkodkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari 2010 hingga tahun lalu. Daripada jumlah ter-sebut, bilangan kes kehamilan remaja belum berkahwin bagi 2012 hingga 2015 pula adalah seramai 16,270 orang. Statistik ini juga disebut dalam Dewan Rakyat.
Jika diperinci, purata sebanyak 21,536 anak tidak sah taraf dilahirkan setahun, 1,795 dilahirkan sebulan dan 60 dilahirkan sehari. Astaghfirullah...apa nak jadi de-ngan institusi keluarga hari ini. Memanglah perceraian itu bukan dosa. Jika sudah tiada persefahaman atau kata orang Melayu, tiada jodoh maka Islam membenarkan perceraian. Walaupun statistik perceraian itu mencemaskan, tidaklah seteruk kes kelahiran anak tidak sah taraf atau lebih tepat kes perzinaan. Talak adalah perkara halal yang dibenci oleh Allah. Sebaliknya, berzina itu amat dilarang oleh Islam dan adalah dosa besar. Ini ditegaskan dalam firman Allah yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.” (al-Israk: 32)
Maksud amaran ‘jangan hampiri zina’ ini ditujukan kepada segala perkara yang mendorong kepada perlakuan zina. Ini termasuk berdua-duaan lelaki dan perempuan bukan mahram, bercakap-cakap atau berhubungan dengan cara-cara yang boleh menaikkan nafsu kejahatan, berpegangan tangan atau apa saja perkataan, perbuat-an dan isyarat yang boleh mencetuskan perasaan kepada perbuatan zina. Sebab itu dalam zaman internet dan maklumat di hujung jari kita perlu berwaspada dengan gajet-gajet telekomunikasi yang kita gunakan. Telefon bimbit dan komputer jika tidak digunakan dengan bijak boleh menjerumuskan kita dalam perzinaan.
Iblis amat licik. Pengalamannya banyak. Ia ada le-bih 1,001 cara menggoda dan menyesatkan kita. Ingat, pesanan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya adalah syaitan.” (riwayat Ahmad). Syaitan akan menghembus perasaan berahi. Kita lemah untuk menghadapi tipu daya iblis.
Bagi menangani isu ini, peranan ibu bapa dan institusi keluarga amat penting. Ibu bapa mesti mentarbiah anak-anak supaya memelihara maruah diri dan jangan berzina. Ini juga adalah salah satu daripada maqasid syariah yang perlu diberi perhatian dalam aspek menjaga keturunan. Antara benteng utama terjebak dalam kancah maksiat adalah solat fardu. Dalam rumah tangga, suami mesti usahakan untuk solat jemaah dengan isteri dan anak-anak. Paling tidak sekali seminggu. Seusai solat, berilah tazkirah tentang kepentingan memelihara maruah dan melaksanakan perintah Allah dalam bentuk yang santai dan mudah difahami. Melalui cara ini, bukan sahaja kita mendidik anak-anak tetapi pada masa sama kita turut memberi peringatan kepada diri sendiri agar sentiasa berusaha menjadi insan soleh dan memimpin rumah tangga ke jalan yang diredai Allah. Apabila hati sentiasa diberi peringatan, insya-Allah kita akan terhindar dan tidak tergamak melakukan perbuatan maksiat. Seterusnya terpelihara daripada zina.
- See more at: https://www.utusan.com.my/rencan ... thash.IXc3WtLx.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
ARKIB : 14/08/2000
Perceraian...lapan sebab utama perkahwinan runtuh
Malangnya tidak ramai pasangan berkahwin yang bersedia untuk menempuh gelombang dugaan dalam melayari bahtera cinta abadi ini.
Satu perkara yang paling ditakuti tetapi juga senjata paling ampuh untuk memusnahkan kebahagiaan ini adalah perceraian.
Menurut kajian yang dijalankan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), beberapa faktor utama dikenal pasti sebagai punca perceraian di antara pasangan-pasangan yang cuba mendapatkan bantuan kaunseling perkahwinan di Wilayah Persekutuan.
Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Masjid di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Ustaz Sulaiman Endut, membentangkan lapan klasifikasi utama penyebab perceraian iaitu agama dan tanggungjawab, penderaan fizikal, sosial, komunikasi, seksual, kesihatan, psikologi dan masalah-masalah lain.
"Kurang didikan agama, sikap tidak matang suami atau isteri, hubungan pasangan yang tidak positif dan gagal menjalankan amanat, tugas serta tanggungjawab adalah antara faktor yang yang kerap menjadi punca pasangan bercerai,'' katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Kaunseling di Jawi: Antara Kenyataan dan Harapan, pada Seminar Kebangsaan Sempena 30 Tahun Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di Bangi, Selangor baru-baru ini.
Dalam klasifikasi agama dan tanggungjawab, antara masalah-masalah yang ditemui adalah tidak menunaikan perintah agama, menghalang pasangan menunaikan perintah agama, mempersendakan hal agama, tidak mengajarkan agama kepada isteri, tidak ambil berat hal agama, mengingkari perintah suami, berlaku curang, keluar rumah tanpa izin, enggan tinggal bersama suami, tinggalkan isteri juga tinggal berasingan.
Antaranya yang lain, pasangan tidak beri perhatian dan kasih sayang, tiada rasa hormat, tiada kerjasama, tiada layanan makan minum, malas menguruskan rumah tangga, pentingkan diri sendiri, bermadu, tidak berlaku adil, tidak menyediakan tempat tinggal dan tidak mampu mengendalikan rumah tangga.
Dari klasifikasi komunikasi pula, wujudnya tiada persefahaman, tidak bertegur sapa, kerap bertengkar, berlaku tidak jujur, cemburu, suka menyakiti hati pasangan, suka memaki hamun dan bercakap kasar, selalu menyalahkan pasangan dan memarahi pasangan tanpa sebab.
Tidak kurang pentingnya masalah seksualiti.
Ada pasangan yang tidak memberi nafkah batin, tidak ada kepuasan seks, dingin atau lemah dalam persetubuhan, kuat seks, sakit puan atau sakit kelamin, seks luar tabii, kasar dalam hubungan seks, ubah suai organ seks dan homoseksual.
Masalah kesihatan pula antaranya sering sakit, tua dan hilang keupayaan diri.
Klasifikasi masalah dari segi psikologi termasuk kemurungan, suka bersendirian, sakit jiwa, ego, gangguan mental (kena sihir), pendiam, terlalu bebas, terlalu bergantung pada pasangan dan terlalu baran.
Selain daripada masalah-masalah yang disebutkan, ada juga masalah-masalah lain yang dikenal pasti menyumbang kepada penceraian seperti tidak mempunyai anak, campur tangan keluarga, menyekat perhubungan keluarga, poligami tanpa keizinan mahkamah dan tidak menghormati keluarga.
Berdasarkan kepada senario permasalahan ini Jawi berasa amat bertanggungjawab untuk membantu pasangan-pasangan yang terbabit.
Unit Perunding dan Pembangunan Keluarga yang ditubuhkan di bawah Jawi yang diwujudkan untuk mengendalikan perkhidmatan kaunseling kepada masyarakat di Kuala Lumpur.
Menurut Sulaiman, perkhidmatan kaunseling yang disediakan oleh Unit ini adalah bertujuan untuk membantu pasangan suami isteri dan keluarga yang bermasalah bagi mencari jalan mengeratkan hubungan kasih sayang dan kemesraan di dalam rumah tangga, di samping mengelakkan daripada berlakunya perceraian yang membawa risiko permusuhan kekeluargaan.
Kongsi Konten di :
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... 3.htm#ixzz4QUbz9DIL
© Utusan Melayu (M) Bhd |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by mbhcsf at 20-11-2016 09:10 AM
melihatkan trend sebegini yang sering digembar gembur oleh media dan menyatakan realiti - mungkin pihak berwajib atau institusi islam di malaysia boleh
a) memperihalkan situasi sebenar di Malaysia berkenaan hal di atas?
- what do we know
- how do we know- what can we do about it ?
-b) punca pasangan bercerai secara umum dan khususnya pada pasangan islam
c) penerangan mendalam tentang 'headings ' yang digunakan seperti ' tidak bertanggungjawab', ' tiada persefaham' - sebab ia menimbulkan pertanyaan akan sebab konkrit yg dikaburkan dengan guna umbrealla term macam ni.
d) punca punca (c) berlaku ...
e) apakah terdapat module yg sedang digubal ?
may be boleh menyatakan ini dalam akhbar akhbar arus perdana
terima kasih.
Wanita dikahwini dengan 4 perkara so semua maklum dengan hadis ini dan ini adalah hadis sahih so...nak deny tak boleh lah kan bagi mereka yg ada knowledge based yg kukuh cumanya
- saya melihat islam difitnah apabila ini berlaku -
solat 5 waktu but still...
yg tak solat okay je?
so hold on -
pernyataan sembrono di atas adalah cliche tapi persoalan yg perlu dikupas ialah
a) ada beza ke yg solat dan lakukan semua yg syariat dan faham islam versus org yg tak faham islam dan masih solat?
i) apakah lebih baik hidup tak solat , tak puasa dan tak apa apa , letakkan Allah nombor .23 dalam hidup dan keadaan jadi lebih baik?
atau yg tak solat ke ape ape lah yg syariat suruh jadi lebih baik , adakah ia berlaku atas izin-Nya atau redha-Nya ?
- semua muslim tahu akan pentingnya mendapat redha Allah ..ini key thing ni ...ada benda yg Allah izin tapi adakah redha-Nya dapat juga? ini masacm org buat maksiat juga - diizinkan perkara itu berlaku tapi adakah mendapat redha-Nya?
so pada saya , kalau mengambil perspektif positif dan tak sangka buruk - nasib baik solat at least dengan berkat solat tu ( kita tak tahu bagaimana Allah menilai ya ) di atak lakukan yg lebih buruk, what if kalau tak solat - ?
yg tak solat - kita pun tak tahu apa akan jadi kan in thelong term ..???
so lebih baik lakukan kebaikan
i suka Ustaz Pahrol cakap - buat baik pun dikutuk, buat jahat lagi dikutuk lebih baik buat baik. tak rugi pun..
sebab tu faham islam , hayati islam beza banyak yg surface understanding. dan kita pun disuruh Islam menunutut Ilmu sampai ke liang lahad so...pada saya agama penting untuk alam kekal sana sebab kena ingat , dunia terlalu sementara...so pada i argument tu tak hold water ...sebab kita selagi hidup kenalah belajar ...
lagi satu
b) apakah situasi di atas ( a) menerangkan apa yg berlaku dalam sesuatu pasangan itu?
c) apakah peranan agama dalam menjadi asas kepada institusi keluarga Islam ?
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by baulu at 20-11-2016 09:33 AM
mbhcsf replied at 20-11-2016 05:52 AM
melihatkan trend sebegini yang sering digembar gembur oleh media dan menyatakan realiti - mungkin pi ...
1. Klu org point out bab solat maknanya kita kena dalami ayat al ankabut 45.
Klu dalami lg perihal solat dari perspective tasawuf, dia ada bbrp jenis. Dan bila dihalusi perkara2 ni, kita tahu kat mana solat kita. Kita check perbuatan tak betul kita & it shld be reflected on how one performs her solat.
2. Sy suka ayat annisa 71. Secara zahir ayat dia cerita pasal perang dgn musuh yg nyata, but it can be applied to musuh yg kita x nmpk. Basically, ayat tu ayt perintah agar org beriman bersiap sedia berperang sblm berjumpa musuh, jgn bertawakkal pd Allah semata2. Kira ni cerita jihad la.... nk jihad kena ada ilmu, taqwa & iman. Then kita akn nmpk perkara2 hakikat, kita akn nmpk apa2 saja datang dr Allah & akn kembali pd Allah. Mknanya, kita bukannya ada apa pun eventually. In life pun kita perasan, wpun kita dah 200% buat persediaan, kita mas7hbgagal % tak dpt apa yg kita nk. Jadi, Allah ajar juga, kita diperintah bersiap sedia tp sebenarnya kita akn diuji dgn takdir kita sejak azali. Sama la bab perkahwinan. Mvm mana persediaan & how we deal with it. |
|
|
|
|
|
|
|
hoccay ...i try check...bila ada masa ...ni dok key ins hahahah
|
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 20-11-2016 09:05 AM
hoccay ...i try check...bila ada masa ...ni dok key ins hahahah
Tak dpt kot klu tanya kat sheikh google. Satgi2 klu ada masa sy type. |
|
|
|
|
|
|
|
please do Baulu...
i nak tunggu far and zzzzz....very bad ...ni baru habis buat keje untuk seketika... ngantuk
|
|
|
|
|
|
|
|
Mohsin Khan: Recite (O Muhammad SAW) what has been revealed to you of the Book (the Quran), and perform As-Salat (Iqamat-as-Salat). Verily, As-Salat (the prayer) prevents from Al-Fahsha' (i.e. great sins of every kind, unlawful sexual intercourse, etc.) and Al-Munkar (i.e. disbelief, polytheism, and every kind of evil wicked deed, etc.) and the remembering (praising, etc.) of (you by) Allah (in front of the angels) is greater indeed [than your remembering (praising, etc.) Allah in prayers, etc.]. And Allah knows what you do.
surah Al Ankabut - the spider : 45
ni word by word translation http://corpus.quran.com/wordbyword.jsp?chapter=29&verse=45#(29:45:1)
|
|
|
|
|
|
|
|
It is a very good article that everyone should read.. |
|
|
|
|
|
|
|
It is a very good article that everyone should read.. |
|
|
|
|
|
|
|
mbhcsf replied at 22-11-2016 03:05 AM
Mohsin Khan: Recite (O Muhammad SAW) what has been revealed to you of the Book (the Quran), an ...
1. Solatul badaniah (zahir)
Dikaitkan dgn pergerakan solat. Jadi dia akn jaga benda2 rukun. Di luar solat org ni dah tak buat dosa2 besar spt mencuri, arak etc
2. Solatul nafs
Berkaitan diri, jiwa, ie jiwa yg bersolat. Maknanya jiwa dia dikawal dgn hawa nafsu, nafsu sibuk suruh buat itu ini hingga dia tak ada rasa takut pd Allah. Cth element dlm solat dia yg bermasalah ialah tiada khudu' & khusyuk. Jadi di luar hidup dia masih terikut dgn perkara2 lagha, tengok benda2 tak patut ditengok etc. Klu dia jg tumakninah, orgnya akn mempunyai ketenangan jiwa.
3. Solatul qalb
Berkaitan perasaan dlm hati. Spt niat, perkara ni dibuat dlm hati. Ia akn menjaga kita dr sifat2 mazmumah yg terhasil dlm hati. Cth iblis, bila dia pandang n adam, pada pandangan dlm hatinya dia pandang dgn hina. Dlm solat, kita sujud tengok sejadah (zahir) tp dlm hati kita kena sujud dgn penuh ketundukkan yg terbit dari hati.
4. Solatul sirr
Ni deeper dari solatul qalb. Dikaitkan dgn hati tp lebih dalam lagi. Klu part ni betul, ia mengasuh kita dgn adab & akhlak yg baik. Dlm solat, part ni ialah cara kita munajat & berkata2 dgn Allah eg al Fatihah. Benda besar2 kita minta dlm al fatihah jadi bila nk bodek Allah kena la ckp baik2, hadirkan tawadhu, rendah diri, pandang diri hina di sisi Allah. Jadi, lama2 di luar solat pun jadilah org yg cakapnya elok, tak ckp besar etc.
5. Solatul roh
Klu ada sifat roh pd solatnya, dirinya akn terhalang dari perasaan & sifat2 menghina makhluk lain dan yg utamanya dia akn bermusuh dgn musuh Allah iaitu syaitan & iblis. Akan rasa sabar, kasih & sayang pada makhluk lain krn merk juga ciptaan Allah. Nak dpt ni kena ada musyahaddah, tengok kebesaran Allah melalui nama2Nya dlm bacaan kita & tahu cerita disebalik zikir2 tersebut. Dan semestinya menjauhi apa jua yg syaitan & iblis suka.
6. Solatul khofa
Almulatofah dgn Allah ie duduk diam2 & lemah lembut dlm solat. Cth, lembutkan bacaan spt salam kpd rasulullah as if rasulullah bersama kita. Klu tiada khofa dlm solat, jadilah org tu pemarah, bengis luar solat.
7. Solatul fana'
Ni solat level tertinggi bila dah tercapai semua solat 1-6. Kira dia dah bersama Allah ketika solatnya. Dia solat seolah2 tu ibadat terakhir dia, tak perasan apa berlaku disekelilingnya. Cth, bagi salam tu spt salam yg terakhir & lepas tu akn dicabut nyawanya utk bertemu Allah. Org mcm ni diluar solatnya dah tak ada cinta dunia, hanya buru cinta akhirat.
Sorry, terlambat... malas naw-naw nk menaip. I think this would also be suitable for another thread you recently put up. |
|
|
|
|
|
|
| |
|