Assalamualaikum wbt dan selamat malam DAKWAH MELALUI LISAN,PERBUATAN,TULISAN DANPSIKOLOGI Seorang porumer Cari dengan kejamnnya menghantar PM aku dengan penuh bahasasindiran,mengaibkan,provokasi dansebagainya namun aku tidak mampu membalasnya. Ayat-ayat kasih sayang yang diberikan MENITISKAN MATAJANTANKU. Aku sedar tidak mampu membalas katanya dan hanya menulis“TERIMA KASIH “ Islam telah turun lebih 1400 tahun lampau namun sikap umatIslam kini amat nipis ilmu pengetahuanmereka tentang Islam . Malah aku dipanggil IBLIS walaupun aku berusaha menulis dan menulis berkongiiilmu di forum,blog dll. Iblis dijadikan dari api,manakala aku lahir dr perut ibuku. DAKWAH MELALUI LISAN Seorang hukama’ berkata “Manusia dilahirkan mempunyai ribuan nikmat.Lihat haiwan bolehberjalan namun mereka sendiri tidak tahu ke manakah destinasi mereka.Gunungyang besar dan kukuh,namun tidak boleh melangkah walaupun setapak.Lihatlahdalam diri kita,semuanya nikmat hatta bulu di badan kita pun adalahnikmat.Tuhan jadikan bulu hidung untuk menapis pelbagai kotoran,habuk supayatidak memasuki rongga hidung.Tidak malukah kita kepada haiwan yang berzikirsiang malam sedangkan kita juga mempunyai lidah seperti mereka?” Apabila Nabi SAW sah dilantik sebagai Nabi dan Rasul,Baginda SAW memulakan dakwah iaitu dengan LIDAH. Pada hari pertama dakwah di bumi Mekah , seramai 4 orangtelah memeluk ISLAM. Mereka ialah Khadijah binti Khuwaylid (isteri Baginda SAW ),Zayd bin Thabit bin Shurahbil al-Kalbi (hamba Baginda SAW ), Ali bin Abu TalibRA (sepupu Baginda SAW ), beliau masihkanak-kanak dan di bawah jagaan Nabi SAW) dan Abu Bakar as-Siddiq (sahabat setia Baginda SAW ). Dakwah secara sembunyi akhirnya terangan dan mulalahtentangan hebat dari penduduk Mekah. Tahun kesedihan ,di mana Nabi SAW kehilangan dua manusiapenting dalam hidupnya,Khadijah dan Abu Tholib .Kuffar mula melakukan seranganhebat iaitu memulaukan orang Islam hatta orang Islam hidup dalam kedaifan dantiada sumber makanan. Seorang sahabat r.a pernah bercerita “Aku sedang buang airkecil dan terpercik air kencing di pasir.Lantas aku menguis pasirdan melihat tulang yang masih ada bersalut sedikit dagingnya,lantas ku basuhdan makan” Begitulah peritnya orang Islam di Mekah pada zaman TAHUNKESEDIHAN. Nabi SAW amat menyayangi Khadijah RA.Pada satu hari Nabi SAWmenceritakan kebaikan dan jasa Khadijah ,lantas disindir isterinyaAisyah”Mengapa selalu menyebut perempuan tua itu?”.Nabi SAW amat marah dankeluar rumah beberapa hari sehingga dipujuk ayah mertuanya Abu Bakar As-Sidik RAsupaya pulang ke rumah. Aisyah RA adalah seorang isteri yang amat cemburu dan palingmuda di antara semua isteri Nabi SAW. Permulaan Islam berkembang adalah melalui LIDAH,kemudian dengan akhlak baik ,seterusnya peperangan . Bermula hanya 4 orang Islam ,kini 1.8 bilion penduduk duniamenganut Islam.
Berdakwah melalui LIDAH adalah paling sukar keranaseseorang perlu mempunyai ilmu balaghoh,fasohah,komunikasi,psikologi dansebagainya. Aku bertemu seorang Pengarah jabatan kerajaan bergelar Datokdan aku bertanya
“Datok tahu bahasa arab?”
Jawabnya tidak………….
Aku pun membalas “Datok tahu bahasa arab..Assalamulaikum,masjid,kopiah,jubah,nikah,wali,alhamdulillah,innalillahwainnarajiun tu semua bahasa arab…Kta guna bahasa arab setiap hari…”
“Betul juga yea…Terimakasih Tuan Haji ”katanya
Aku pun menasihati beliau “Lain kali jika ditanya tahubahasa arab,jawablah saya tahu sikit-sikit..”
Pengarah tersebut ketawa sambil menyalakan rokok di manapapan tanda “No Smoking “ amat besar di dinding pejabatnya.
Sebagai usahawan dan penulis memaksa aku naik turun pejabatkerajaan dan swasta seluruh negara.
Bukan mudah bertemu dengan pengarah jabatan kerajaan danswasta.Perlu buat appoinment dan sebagainya.itulah kehidupan. Kadangkala appoinment jam 9 pagi namun pengarah ada di pejabat jam 11pagi.Dua jam aku buang masa melayan FB,baca buku,menulis nota,merayau daritingkat 1 hingga 11 dll menunggupengarah sampai ke pejabatnya
Aku ni amat mementingkan masa.Appoinment dengan Dr Mahathirjam 10 pagi,jam 8 pagi aku dah sampai ,sementara sampai masa aku berbual dengan pengawal peribadi,pemandu,pegawai beliau.
|