CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1195|Reply: 0

Bank Negara Malaysia & Panel Penasihat Syariah sesi 2016 -2019

[Copy link]
Post time 4-11-2016 06:43 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 4-11-2016 06:48 AM

BNM lantik anggota Majlis Penasihat Syariah sesi 2016-2019




KUALA LUMPUR, 2 Nov. – Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pelantikan ahli Majlis Penasihat Syariah (MPS) bagi tempoh tiga tahun, berkuat kuasa 1 Nov, 2016.
Dalam satu kenyataan, BNM berkata menurut peruntukan Seksyen [53], Akta Bank Negara Malaysia 2009, pelantikan ahli MPS ini telah mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.


Ahli MPS yang dilantik bagi tempoh baharu tahun 2016-2019 ialah seperti berikut:
  • Tan Sri Sheikh Ghazali Abdul Rahman – Penasihat Perundangan Syariah, Jabatan Peguam Negara;
  • Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri – Mufti Wilayah Persekutuan
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar – Pengerusi Eksekutif, Amanie Advisors
  • Datuk A. Aziz. A. Rahim – Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Malaysia
  • Prof. Dr. Mohamad Akram Laldin – Pengarah Eksekutif, Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa dalam Kewangan Islam (ISRA)
  • Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah Engku Ali – Profesor, Institut Kewangan dan Perbankan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  • Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim – Ketua Pegawai Eksekutif ISRA Consultancy
  • Prof. Madya Dr. Asmadi Mohamed Naim – Profesor Madya, Pusat Pengajian Perniagaan Islam, Universiti Utara Malaysia (UUM)
  • Dr. Shamsiah Mohamad – Penyelidik Kanan ISRA
  • Burhanuddin Lukman – Penyelidik ISRA



Menurut Bank Negara ahli MPS yang dilantik merupakan individu yang berkelayakan, cekap dan terkemuka dalam kalangan ulama Syariah dan ahli undang-undang dan berpengalaman luas dalam bidang kewangan, perbankan, undang-undang, dan aplikasi Syariah, khususnya dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam.
Sebagai badan berautoriti tertinggi dalam penentuan hukum Syarak bagi kewangan Islam, MPS memainkan peranan penting untuk memastikan ketekalan resolusi Syariah yang diaplikasikan dalam industri kewangan Islam.
Resolusi Syariah MPS merupakan sumber rujukan utama bagi institusi kewangan Islam dalam memastikan pematuhan Syariah dalam penstrukturan dan pelaksanaan produk dan perkhidmatan kewangan Islam serta menggalakkan inovasi produk.
Selain itu, MPS juga merupakan badan rujukan bagi mahkamah dan penimbang tara dalam mengendalikan dan membuat keputusan bagi kes-kes yang berkaitan dengan kewangan Islam, kata Bank Negara. – Bernama


03/11/2016
By yadim

sumber :
http://www.yadim.com.my/v2/?p=27214









Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.261140 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list