CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2445|Reply: 1

Perihal Telekung ....

[Copy link]
Post time 29-10-2016 10:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 30-10-2016 03:21 AM

Telekung: Pakaian solat wanita Islam Nusantara
OLEH ROSMAHWATI AHMAD ZAKARIA  |  28 Oktober 2016 6:00 PM


[backcolor=rgba(0, 0, 0, 0.8)]CHADOR MANAZ yang banyak digunakan oleh wanita Islam di India dan Iran.  



























KESERAGAMAN pemakaian telekung oleh wanita Islam Nusantara.




































WANITA Islam diwajibkan menutup keseluruhan anggota badan mereka kecuali muka dan tapak tangan terutama ketika mendirikan solat. Terdapat pelbagai pakaian menutup aurat digunakan wanita Islam ketika menunaikan Rukun Islam kedua itu, antaranya chador namaz yang banyak digunakan oleh wanita Islam di India dan di Iran.

Chador bermaksud baju labuh dan namaz bermaksud sembahyang. Chador namaz yang paling ringkas merupakan sehelai kain lebar dan labuh yang diselubungkan menutupi seluruh anggota badan wanita kecuali muka ketika bersembahyang. Terdapat pelbagai jenis potongan chador namaz yang digunakan oleh wanita Islam di negara luar ketika bersembahyang.

Dalam konteks yang sama, wanita Islam di Asia Tenggara juga mempunyai sejenis rekaan pakaian yang digunakan khas ketika bersembahyang yang dikenali sebagai telekung.

Telekung merupakan pakaian yang menjadi identiti bagi wanita Islam Nusantara ketika bersolat dan mengerjakan ibadah haji serta umrah di Mekah. Ia merujuk kepada sejenis pakaian khusus digunakan untuk ibadah sembahyang yang direka sepasang. Ia mempunyai dua bahagian, atas direka supaya dapat menutup keseluruhan bahagian kepala sehingga ke paras lutut, manakala bahagian bawah pula direka dalam bentuk kain labuh yang menutupi bahagian pinggang sehingga kaki.


Potongan telekung fleksibel ini amat bersesuaian dengan iklim alam Melayu yang panas dan lembab sepanjang tahun. Telekung yang digunakan untuk bersembahyang ini juga mempunyai sedikit jahitan kain tambahan di bahagian dagu untuk menutup bahagian dagu. Potongan telekung nampak ringkas namun ia merupakan bahagian paling penting dalam rekaan telekung bagi memastikan semua anggota badan wanita ditutup sewaktu berdiri, rukuk, sujud dan ketika duduk dalam solat.


Dalam tradisi masyarakat Melayu yang merupakan majoriti umat Islam di Asia Tenggara, telekung yang digunakan berwarna putih kosong tanpa corak bagi melambangkan kebersihan fizikal seseorang ketika melakukan solat dan juga kesucian ibadah yang dilakukan.

Selain daripada warna, jenis kain juga diberi perhatian. Kebanyakan kain yang digunakan terdiri daripada bahan serap peluh dan tidak terlalu tebal. Antara kain bersesuaian ialah kain kapas yang sangat sesuai dengan iklim alam Melayu dan ia juga tidak mengikut bentuk badan. Antara kelemahan kain kapas ialah ia perlu diganti dalam satu jangka masa bergantung kepada cara dijaga kerana ia akan menipis seiring dengan usianya.

Namun begitu pada hari ini terdapat pelbagai jenis warna, potongan, kain dan hiasan telekung boleh didapati dalam pasaran. Sulaman merupakan antara hiasan digunakan untuk mencantikkan telekung.
Telekung merupakan satu rekaan pakaian sembahyang bagi wanita Islam yang kreatif dan sesuai dengan alam Melayu. Rekaan telekung yang ringkas dan sederhana adalah bersesuaian dengan prinsip kehidupan wasatiyyah yang dianjurkan dalam Islam.


sumber asal :http://www.utusan.com.my/rencana/agama/telekung-pakaian-solat-wanita-islam-nusantara-1.400625




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2016 10:29 PM | Show all posts
IRSYAD AL-FATWA KE-132: ADAKAH SAH SOLAT SEORANG WANITA TANPA MEMAKAI TELEKUNG?

Written by Syed Husaini Syed Hassan.





Soalan:
Adakah sah solat seorang wanita sekiranya dia solat tanpa memakai telekung?



Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Persoalan di atas berkait rapat dengan syarat sah solat yang banyak dibahaskan di dalam kitab-kitab fiqh dan diantara syarat sah solat itu mestilah dengan menutup aurat, baik lelaki mahupun perempuan. Adapun pada kali ini, kita akan lebih fokus kepada aurat wanita di dalam solat.



Aurat Wanita Di Dalam Solat

Di sebutkan di dalam kitab al-Majmu’ karangan al-Imam al-Nawawi Rahimahullah bahawa menutup aurat di dalam solat adalah wajib dengan ijma’ sama ada solat di hadapan hadirin dan solat secara sendirian pada satu pendapat yang sahih.

Adapun aurat wanita di dalam solat, para ulama’ mazhab Syafi’e menyebutkan ianya adalah keseluruhan jasad wanita itu sendiri kecuali muka dan kedua tapak tangan zahir dan batin iaitu dari hujung jari sehinggalah ke pergelangan tangan.[1] Ini berdasarkan firman Allah SWT:

وَلَا يُبۡدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ

Maksudnya: dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya

(An-Nur: 31)



Telah berkata Ibn Abbas R.Anhuma dan ‘Aisyah R.Anha bahawa yang dimaksudkan dengan إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنۡهَاۖ adalah muka dan juga kedua tapak tangan.[2]

Ianya juga adalah aurat bagi wanita di luar solat ketika berhadapan dengan lelaki-lelaki ajanib baik yang muslim ataupun non-muslim iaitu keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan kedua tapak tangan.

‘Aisyah R.Anha pernah meriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:

لاَ تُقْبَلُ صَلاَةُ الْحَائِضِ إِلاَّ بِخِمَارٍ

Maksudnya: “Tidak sah solat perempuan yang baligh kecuali menutup kepalanya.”



Riwayat al-Tirmizi (277) dan beliau mengatakannya sebagai hadith hasan



Hadith ini menunjukkan bahawa orang perempuan wajib menutup kepala ketika bersolat. Justeru, wajib menutup seluruh badannya adalah lebih utama.



Dalam sebuah hadith juga ada menceritakan bagaimana keadaannya para wanita di zaman Nabi SAW ketika keluar untuk solat seperti mana yang terdapat di dalam hadith ‘Aisyah R.Anha:

لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّى الْفَجْرَ، فَيَشْهَدُ مَعَهُ نِسَاءٌ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ مُتَلَفِّعَاتٍ فِى مُرُوطِهِنَّ ثُمَّ يَرْجِعْنَ إِلَى بُيُوتِهِنَّ مَا يَعْرِفُهُنَّ أَحَدٌ

Maksudnya: “Rasulullah SAW bersolat Subuh, beberapa orang wanita yang berpakaian menutup seluruh tubuh juga bersolat bersama-sama Baginda. Selepas itu, mereka balik ke rumah masing-masing tanpa dikenali oleh sesiapa pun.”

Riwayat al-Bukhari (365)



Hadith secara tidak langsung menunjukkan kepada kita akan keadaan berpakaian para wanita di zaman Rasulullah SAW ketika ingin menunaikan solat dan begitulah juga keadaannya ketika selesai solat, pulang ke rumah tanpa dikenali oleh sesiapa pun.



Hukum Solat Tanpa Mengenakan Telekung

Berdasarkan hujah-hujah yang telah diberikan, hukum bagi wanita yang solat tanpa mengenakan telekung adalah sah sekiranya pakaian sedia adanya itu telah menutupi aurat.

Tanpa menafikan bahawa penggunaan telekung juga menepati kaedah penutupan aurat secara syar’ie, namun sekiranya terdapat wanita yang pakaian sedia adanya telah cukup syarat penutupan aurat, maka pakaiannya yang sedia ada itu boleh di bawa solat meskipun tanpa mengenakan telekung.

Permasalahan mula timbul bilamana mengganggap bahawa telekung merupakan syarat sah solat sedangkan yang menjadikan solat itu sah sebenarnya adalah dengan menutup aurat.

Perlu diingatkan juga bahawa yang dimaksudkan dengan menutup aurat itu adalah dengan melabuhkan tudung sehingga menutupi bahagian dada, pakaian yang longgar tidak menampakkan bentuk tubuh dan juga tidak nipis sehingga boleh menampakkan warna kulit serta labuh hingga boleh menutupi bahagian kaki. Ketahuilah juga bahawa aurat wanita di dalam solat itu adalah auratnya juga ketika di luar solat.

Semoga dengan pencerahan ini, menjadikan kita beramal mengikut neraca syara’ yang sebenarnya.  Wallahu a’lam.



Akhukum fillah,

S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri

Mufti Wilayah Persekutuan



6 Oktober 2016 bersamaan 5 Muharram 1438 H.



[1] Lihat al-Majmu’. Dar al-Fikr, 3/166.

[2] Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim (Ibn Kathir). Dar al-Tayyibah, 6/45.

sumber asal :

http://muftiwp.gov.my/index.php/ ... pa-memakai-telekung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.085611 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list