KOTA KINABALU: Polis mengesahkan gadis pekerja pusat spa di Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, dekat sini dibunuh sebelum mayatnya ditemui pada Ahad lalu. Polis pada mulanya mengklasifikasikan kes kematian Norfazlina Abantas, 20, sebagai mati mengejut selepas gadis itu ditemui oleh majikannya dalam keadaan terbaring dengan darah keluar daripada mulut di spa berkenaan, kira-kira jam 11.30 pagi kelmarin.