CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1526|Reply: 7

Perihal wanita dalam Islam ...

 Close [Copy link]
Post time 1-9-2016 05:13 AM | Show all posts |Read mode
Islam amat memuliakan wanita
HAYATI ZARI  |  30 Ogos 2016 6:10 PM


1 1 Google +0






SEORANG jemaah menangis ketika menunaikan Solat Istisqa (solat Minta Hujan) di perkarangan Kampus Yayasan Hospital Islam Pontianak, Kalimantan Barat, Rabu lalu. - ANTARA


ORANG yang membaca sejarah Islam dan meneliti kedudukan wanita dalam syarak akan sedar betapa mulia-nya kaum hawa ini di sisi Islam. Namun para orientalis Barat dan juga mereka yang tidak faham mengenai Islam mendakwa bahawa Islam adalah agama yang kolot yang memenjarakan serta mengikat kebebasan wanita dan tempat wanita hanya di rumah. Mereka tidak dibenarkan keluar melainkan menziarahi kubur. Dakwaan ini sama sekali tidak berasas dan hanya bertunjangkan kepada akal mereka yang lemah dan dipenuhi najis kejahilan.



Gambaran asas akan kedudukan wanita digariskan oleh al-Quran iaitu menjadikan lelaki dan wanita sebagai dua gandingan bersepakat dalam memikul tanggungjawab yang besar dalam kehidupan Islam iaitu urusan dalam menunaikan -konsep ‘amar makruf nahi mungkar‘ (menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran). Ini dapat dilihat melalui maksud ayat 71 surah at-Taubah: “Dan mereka yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka (adalah) menjadi pembantu bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang makruf mencegah daripada yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”

Dalam merealisasikan asas yang disebut dalam ayat tersebut maka tercatat dalam sejarah Islam di mana ada seorang wanita telah mengkritik pendapat Saidina Umar al-Khattab dalam masjid ketika beliau berucap atas mimbar. Kritikan wanita itu menyebabkan beliau menarik pendapatnya mengenai penetapan kadar mas kahwin dan menerima kenyataan yang dikeluarkan oleh wanita tadi. Beliau selepas itu menyatakan kepada orang ramai : “Telah benar wanita ini dan telah salah Umar!”.

Sabda Nabi SAW : “Menuntut ilmu itu fardu ke atas setiap Muslim”. (Riwayat Ibnu Majah) - Para ulama bersepakat bahawa maksud sebenar hadis ini menjelaskan terminologi ‘Muslim’ adalah turut merangkumi kaum wanita sehingga wanita juga diwajibkan membetulkan akidah, cara beri-badat memperelokkan akhlak dengan adab Islam pada pemakaian, perhiasan dan sebagainya agar tidak terkeluar daripada garisan Islam. Kewajipan menuntut ilmu ini juga bertujuan memastikan wanita sentiasa berada dalam garisan Islam pada perkara halal dan haram, tanggungjawab dan kewajipan sehingga Islam membenarkan kaum itu belajar sampai ke tahap mampu berijtihad.

Dalam fiqh ada disebut tidak boleh seorang suami melarang isterinya daripada menuntut ilmu yang wajib sekiranya dia sendiri tidak mampu untuk mengajar isterinya. Suami juga tidak boleh mengabaikan kewajipan menuntut ilmu terhadap isterinya. Sementara itu, isu solat berjemaah tidak diwajibkan kepada kaum wanita walaupun ia diwajibkan kepada lelaki juga adalah satu lambang kemuliaan kepada wanita, ini kerana solat wanita di rumah lebih afdal bersesuaian dengan keadaan mereka untuk elak daripada fitnah tetapi Islam juga menggariskan kaum lelaki tidak boleh melarang kaum wanita daripada datang solat berjemaah di masjid. Ini diambil daripada sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Ibnu Umar yang bermaksud :“Jangan kamu menegah orang menuju Allah ke masjid-masjid Allah.”
Dakwaan Islam mengurung wanita di dalam rumah juga tidak tepat kerana wanita juga diharuskan keluar daripada rumahnya untuk menunaikan hajatnya sendiri atau pun hajat suami dan anaknya seperti keluar ke kebun, sawah dan juga pasar. Ini dapat diambil daripada kata-kata Asma Abu Bakar : “Aku telah menjunjung tamar atas kepalaku dari tanah az-Zubair(suaminya) dan ia dari Madinah kira-kira satu pertiga farsakh ( kiraan lama )”.

Bahkan dalam urusan paling besar bagi sebuah negara Islam iaitu jihad, wanita diharuskan keluar bersama-sama tentera dalam peperangan bagi menjalankan tugas merawat dan membantu mereka cedera dan juga tugas yang seumpamanya yang sesuai dengan fitrah dan kemampuan mereka. Imam Ahmad dan Bukhari telah meriwayatkan daripada ar-Rubai Mu’awwiz al-Ansariah telah berkata : “Adalah kami berperang bersama Rasulullah SAW dalam memberi minum kepada kaum dan memberi khidmat serta membawa pulang mangsa yang terbunuh dan cedera ke Madinah“.

Diriwayatkan daripada imam Ahmad dan Muslim daripada Ummu ‘Atiyyah telah berkata : “Aku telah berperang bersama Rasulullah SAW sebanyak tujuh -peperangan. Aku berada di belakang mereka dalam perjalanan, aku menyediakan bagi mereka makanan, aku merawat orang cedera dan aku mengerjakan masa diperlukan”.

Ini adalah kerja-kerja yang sesuai dan bertepatan dengan fitrah wanita dan tugas mereka manakala kerja mengangkat senjata dan berperang itu bukanlah daripada tugas kaum wanita melainkan jika tenaga mereka begitu diperlukan dalam keadaan tertentu. Ketika ini barulah mereka dibenarkan untuk bersama dengan lelaki dalam berperang menentang musuh setakat yang mampu. Ini pernah berlaku dalam sejarah Islam yang mana pada suatu hari Ummu Salim telah mengambil pisau besar dalam peperangan Hunain. Apabila suaminya Abu Talhah bertanya kepadanya maka dia menjawab : “Aku mengambilnya adalah bertujuan jika ada sesiapa daripada musyrikin yang mara ke arahku nescaya aku akan tikam perutnya”.

Ummu Amarah al-Ansariah pula telah ditimpa percubaan yang baik pada peperangan Uhud sehingga Rasulullah SAW memujinya. Dalam peperangan -memerangi kaum yang murtad pada zaman Saidina Abu Bakar pula, dia menyaksikan serta menyertai peperangan itu sehingga matinya Musailamah al-Kazzab. Dia pulang dan ditubuhnya mempunyai sepuluh kesan luka akibat daripada peperangan itu.
Berkesinambungan daripada semua kisah ini dapatlah kita fahami bagaimana Islam tidak pernah menafikan hak wanita bekerja, menuntut ilmu dan keluar dari rumah disebabkan menjalankan tugas yang sesuai dengan mereka. Islam tidak pernah memenjarakan wanita di ceruk dapur dan menjadikan mereka sebagai perhiasan. Ini kerana Islam melihat betapa pentingnya kebebasan selagi mana tidak bertentangan dengan syarak dan juga peranan wanita yang begitu penting dalam masyarakat terutama dalam membina generasi mendatang.


PENULIS ialah ahli Majlis Ulama , Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).


- See more at: http://www.utusan.com.my/rencana ... thash.IMan53d9.dpuf
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2016 12:23 AM | Show all posts
bokhari cakap wanita banyak masuk neraka je...hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abangcute at 5-9-2016 12:42 AM
zek007 replied at 5-9-2016 12:23 AM
bokhari cakap wanita banyak masuk neraka je...hehehe


Tapi yg keluar dari neraka, tak pula dinyatakan yer?

Apa kata saya lak kata, ramai perempuan masuk neraka, dan ramai jugak ler yg keluar dari neraka.

Fair tak?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 02:42 PM | Show all posts
zek007 replied at 5-9-2016 12:23 AM
bokhari cakap wanita banyak masuk neraka je...hehehe

Ini statement yang salah.

Hadith bukan cakap Bukhari.

Hadith tidak menyebut "wanita banyak masuk neraka je..."

Cara penyampaian yang salah dan persepsi terhadap hadith pun salah juga.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 02:43 PM | Show all posts
Abangcute replied at 5-9-2016 12:40 AM
Tapi yg keluar dari neraka, tak pula dinyatakan yer?

Apa kata saya lak kata, ramai perempuan  ...

Dalam Quran pun ada Allah sebut lelaki yang masuk neraka dan kekal terus tak keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 03:11 PM From the mobile phone | Show all posts
ibnur replied at 5-9-2016 02:43 PM
Dalam Quran pun ada Allah sebut lelaki yang masuk neraka dan kekal terus tak keluar.

iyerrrr, akan tetapi umat Rasullullah hampir semua keluar dari neraka.

Yang tak bersolat tu tak tau lak saya umat nabi yg mana.  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2016 03:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi pandangan saya, anak2 yg soleh (yg tidak ditolak amal kebajikannya) juga boleh membantu kaum keluarganya yg berada dineraka, "jika" diberi syafaat olehNya.

Moga2 kita antara umat Baginda Rasullullah yg diizinkanNya utk memberi syafaat kpd kaum keluarga yg diazab olehNya
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2016 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tip of the day! Buatlah kebajikkan (kerana Allah) terhadap kaum kerabat menurut petunjukNya. Manalah kita tahu, itulah org2 yg Allah takdirkan menyelamatkan kita dari azab api neraka!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-2-2025 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.955810 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list