|
Oleh Izzah Abbasy
Ramai yang menggemari lollipop. Tidak kiralah daripada kanak-kanak sehinggalah orang dewasa. Rasa yang manis boleh menimbulkan perasaan yang ceria dan bersemangat. Bukan selalu kita makan lollipop kan?
Anda biasa makan lollipop lutsinar yang dihiasi dengan bunga didalamnya? Bagi seorang seniman bernama Janet Best memiliki caranya sendiri menghasilkan karya seni yang mengagumkan, mengawetkan bunga untuk diisi didalam lollipop lutsinar.
Janet telah menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dan bunga yang dapat dimakan.
Beliau bangga kerana berjaya menemukan kaedah mudah untuk menggabungkan bahan semulajadi didalam resepi lollipopnya termasuklah hiasan bunga tersebut.
Meskipun bunga-bunga yang diawetkan boleh dimakan, lollipop lutsinar ciptaan Janet juga menggabungkan perasa makanan, seperti tembikai, blueberri, dan lemon.
Pada mulanya, bunga yang digunakan hanyalah sekadar hiasan dan pelengkap unik, namun tidak disangka tenyata ia mendapat sambutan dari teman-teman dan keluarga malah pelanggan. Kalau beli, pasti sayang nak makan sebab ada bunga di dalamnya. - CARI
Sumber : Liputan6.com |
|