Masih ingat lagi tak kisah menarik tentang seorang lelaki berbangsa Inggeris yang begitu fasih berbahasa loghat Terengganu? Video mat saleh ini pernah menjadi viral di internet beberapa tahun lepas dan ramai begitu teruja dengan kepetahan beliau bercakap.
Daniel Tyler atau lebih dikenali dengan gelaran Mat Dan dalam kalangan penduduk pulau-pulau di sekitar Terengganu menceritakan pengalamannya yang sudah hampir 6 tahun menjelajah pulau di seluruh Terengganu.
Menurut Mat Dan yang baru ditemubual di radio THR GEGAR, jika ingin belajar sesuatu bahasa baharu jangan sekali-kali mempunyai rasa malu, kalau malu tak jadi. Kalau orang gelak biarkan sahaja, langgor je (langgar/redah).
Yang penting kena selalu bertanya orang, kata Mat Dan.
Lihat video dibawah :
Mat Dan 31 tahun, yang berasal dari Bristol England telah memeluk agama Islam sejak 2 tahun lalu dan menggunakan nama Mohamad Karim Daniel. Kini semakin mendalami ilmu agama secara berasur-ansur.
Semoga tips yang dikongsikan oleh Mat Dan ini dapat dijadikan inspirasi untuk pembaca mencuba mempelajari bahasa baru. - CARI