CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1832|Reply: 7

Wahab's The Best Cendol In Town Cendol Tersedap Hampir 30 Dekad

[Copy link]
Post time 9-8-2016 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Perusahaan cendol yang dikenali Wahab’s The Best Cendol In Town yang juga dipanggil Cendol Wahab pada mulanya bermula di pasar malam, kini sudah berusia 27 Tahun!

Restoran Wahab terletak di Taman Sri Rampai, Setapak Kuala Lumpur.

Konsep restoran ini lebih kurang seperti Old Town Cafe, anda hanya perlu menulis pesanan melalui kertas. Tapi, kena tunggu pelayan berikan kertas kepada anda terlebih dahulu. Kemudian, anda tunggulah pesanan itu dengan penuh kesabaran ya.

Menu popular di sini sudah tentu cendol pulut dicampur bersama kacang merah dan jagung. Terdapat juga Char Kuey Teow Udang dan Kerang.

Memang sedap cendol di sini. Manis dan tapi kurang berlemak. Walaupun begitu, kuantiti jagung, kacang merah dan pulut boleh dikatakan agak banyak. Ini baru betul cendol!

Jenuh juga nak menghabiskan satu mangkuk sebab banyak bahan-bahan. Tapi bila dah habis memang kenyang!

Jika anda ingin ke sini, alamat dan info seperti di bawah ini ya.

Restoran Wahab's The Best Cendol In Town
No. 43, Jalan Rampai Niaga 5, Rampai Business Park, 53300 Setapak, Kuala Lumpur.

Telefon : 03-4143 5578 / 016-252 8005

Waktu operasi : 10 pagi – 12 malam

Wahab's The Best Cendol In Town Cendol Tersedap Hampir 30 Dekad


Wahab's The Best Cendol In Town Cendol Tersedap Hampir 30 Dekad


Wahab's The Best Cendol In Town Cendol Tersedap Hampir 30 Dekad


Wahab's The Best Cendol In Town Cendol Tersedap Hampir 30 Dekad


Wahab's The Best Cendol In Town Cendol Tersedap Hampir 30 Dekad


Wahab's The Best Cendol In Town Cendol Tersedap Hampir 30 Dekad


Sumber : MySelera


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-8-2016 11:35 AM | Show all posts
Tersedap ? Tipu ah
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 12:17 PM | Show all posts
rs mcm biasa2 aja
Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2016 08:39 PM | Show all posts
Tersedak ade la
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 12:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Just average. Owner tu masam nak marah pelanggan. Jenis pelanggan lembik takut ah kononnya. Itu hari member aku tinggi kan balik suara tau pulak tone down. Serious customer srvice mcm hapa. Kedai pun sendu dah. Treat your customer eloklah. Yg rampai baru dekat gobang tu pekerja handle. But his cendol is forgettable lah. Means biasa saja. Ada sekali santan tu basi so we salit perut.
Reply

Use magic Report

Post time 10-8-2016 07:17 PM From the mobile phone | Show all posts
munchkin replied at 10-8-2016 12:27 AM
Just average. Owner tu masam nak marah pelanggan. Jenis pelanggan lembik takut ah kononnya. Itu hari ...

kan munchkin.....

owner tu muka ketat mcm kita nk mkn pree je kat situ....pastu bila kita dah order rojak & cendol dia blh tanya - tu je?

hello...dah order mkn & minum, kau expect aku  nakk mentedarah brp pinggan kat situ?...

Dulu pekerja dia blh bunyikn loceng tu berkali-kali sampai customer gi amik kat kaunter....pdhal tak de org pun...apa salahb klu gi hantar kannn...selagi  customer tak dtg...bising lah bunyi loceng....mcm kurang ajar je kann...tekan sekali org paham  lahhh....



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-8-2016 10:36 PM From the mobile phone | Show all posts
jazaa100 replied at 10-8-2016 07:17 PM
kan munchkin.....

owner tu muka ketat mcm kita nk mkn pree je kat situ....pastu bila kita dah o ...

Yes very the. Owner tu. Kawan i minum air kosong dia boleh tanya are you sure air kosong bukan air lain. As if kita nak nipu. Kawan i tu dah lah badan besar muka pun garang kepala botak. Haaa sebiji lah kena si wahab tu.


After that we dont go there anymore.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 10:18 AM | Show all posts
kat Sri Rampai tu kosong je kedainye.. selalu ajak suami p mkn cendol kat situ tp x penah dibawa, asik bawa mkn cedol bawah pokok..erm..teringin nak rase cendol Wahab..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.313590 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list