CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Zaien

KISAH 10 UPDATED!(Misteri Mamat sorong M) Kisah Misteri/Seram Aku, famili/lain2

[Copy link]
Post time 22-8-2016 09:09 AM | Show all posts
Zaien replied at 17-8-2016 09:40 AM
Family dia ada je lagi. dulu sebabkan anak tak ngam sampailah babitkan mak ayah. bagi aku la.. kal ...

Bagus TT macam tu. Biar orang buat kita. Lama2 malu sendiri. Dorang ni memang family problem ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-8-2016 10:15 AM | Show all posts
ainsinchan replied at 18-8-2016 11:44 AM
best citer TT. nnti update lg yer. teringin nak bercerita pengalaman sndiri tp tak pandai nak olah a ...

klau ada pengalaman boleh share sini je..
aku pun tak reti nak olah2 ayat.. mana yang terlintas taip saja..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2016 10:18 AM | Show all posts
Sekut_pepero replied at 21-8-2016 03:39 PM
Tt..jgn lupa update ye.... cite tt bes..

thanks sudi baca disini.. nanti kalau update kte roger2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2016 10:22 AM | Show all posts
3bidadara replied at 22-8-2016 09:09 AM
Bagus TT macam tu. Biar orang buat kita. Lama2 malu sendiri. Dorang ni memang family problem ke??
...

jenis yang tak boleh orang lebih dari dia...tu yang perasaan dengki je kan..
heheeh.. xpe la.. kejarlah kesenangan/kepuasan.. aku takde masalah pun..
janji tak kacau hidup aku sudah.. heheheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2016 12:32 PM | Show all posts
KISAH 8 - GANGUAN HOSTEL DI BANDAR (part 1)

dulu masa dalam kisah 2 rumah sewa kampung aku kena kacau. kali ni area bandar. aku sambung study kat kl. hostel yang disediakan oleh pihak kolej terletak di Danau Kota kondo PV12 (sesiapa pernah duduk sini pernah jadi student duduk sini mesti ada macam2 cerita seram dan pelik berlaku) aku duduk di tingkat 15. first time la duduk tempat tinggi2. bila pagi mesti menuju ke balkoni selak jek langsir tengok indahnya permandangan. rumah tu memang luas (bagi aku kondo ni macam mewah sebab rumah walaupun 3 bilik tapi luas betul tambahan dengan persekitaran membangun (jalan beberapa tapak dah sampai KL festival CIty yang sekarang dah tukar nama jadi setapak mall kot?) dekat dengan uptown danau kota tu. kondo tu siap ada pool renang dan gym sekali.

dalam rumah tu aku pilih bilik paling kecil sebab aku malas nak sebilik ramai2 budak. kebetulan masa tu sebilik dengan aku  Suriati student yang sama study dengan aku di melaka dulu takde la rasa awkward bila sebilik. bilik tu pun memang siap dengan katil 2 dengan almari 2. kat dalam rumah tu aku dan suriati paling tua la usia memandangkan nak abiskan sisa2 pembelajaran akhir(final sem), yang lain semua junior2 first time masuk belajar.

satu malam tu aku keseorangan dalam bilik. Suriati ni tak balik malam tu sebab tido rumah kakak dia kat batu caves. aku tido padam lampu so bergelap la sikit cuma dengan bantuan cahaya lampu luar  dari tingkap (takde langsir) malam tu aku macam tido dalam jaga mata terbukak sikit aku terlelap dan mimpi, suasana dalam bilik ni yang suram gelap  kat bucu katil dekat kaki aku ada satu almari kecil mengadap kaki aku terbukak luas pintu tu. masa pintu tu terbukak dengan sendiri dan bunyi keriut menyebabkan kaki aku menendang pintu tu untuk pintu tu terkatup balik. masa tu kaki aku terasa macam kejang sampai seluruh badan tak dapat bergerak dan aku dapat rasakan badan aku bagaikan terapung terangkat seolah2 macam nak dicampak  ke tingkap. aku cuba meronta2 minta tolong namun suara tersekat hanya mampu laung azan dalam hati. perlahan2 badan aku dihempas ke atas katil semula terus aku terjaga dari tido jam waktu tu pukul 4pagi. terus bukak lampu tak boleh tido dah memang badan rasa sakit sikit.


bersambung....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-8-2016 12:32 PM | Show all posts
Sekut_pepero replied at 21-8-2016 03:39 PM
Tt..jgn lupa update ye.... cite tt bes..

dah updated yang baru...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2016 03:03 PM | Show all posts
Edited by msamyrazi at 23-8-2016 03:07 PM

thor baik tt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-8-2016 01:26 PM | Show all posts
KISAH 8 - GANGUAN HOSTEL DI BANDAR (part Akhir)

selepas kejadian mimpi ngeri malam tu. aku jadi takut nak tido tutup lampu, dengan si Suriati yang selalu sangat keluar malam tak balik2.  aku jadi macam insomnia susah nak lelapkan mata bila dalam bilik dengan tingkap mengadap koridor orang lalu lalang bising dengan takde langsir lagi la terganggu.

aku bila susah nak tido malam sampaikan duduk kat balkoni tengok view yang indah boleh nampak uptown danau tengah malam dengan angin dingin sejuk sampai ke tulang rasanya (tingkat 15)  sampai pukul 2pagi. tiba2 budak bilik tengah Zana meluru datang kat aku dengan muka pucatnya. sebab masa tu hanya aku seorang je yang tak tido lagi. aku tanya kenapa tapi dia tak jawab. aku ajak dia tido tengah rumah(ruang tamu) dia on jek. masing2 tarik tilam bujang dalam bilik. bentangkan tilam sama2  bersebelahan camtu. disebabkan masa tu rasa bahang panas aku buka luas2 sliding door untuk mudah angin keluar masuk.

dalam nak terlelap baru rasa mengantuk belum terlena  aku alami mimpi cuma kali ni memang terasa realitinya sebab aku belum tido lena yang betul. badan aku seolah2 dicengkam dari arah belakang bahagian kepala aku. aku meronta semahu2nya sebab tarikan tersebut menuju keluar balkoni
. bila aku dapat bukak mata dengan luas ternyata memang tilam aku beralih dari tempat asal.tilam aku separuh keluar dari pintu sliding door tu waktu tu jam menunjukkan jam 4 lebih pagi. aku lihat Zana lena tido takde plak beralih tilam dia. aku cerita kat mak aku hal kejadian ni, mak aku punya la membebel sebab tula orang2 tua pesan waktu magrib tutup pintu/tingkap bila menjelang malam. setan masuk merayau singgah masuk rumah. serik betul aku nak tido bukak sliding door tu waktu malam. aku diamkan hal ni dari budak2 rumah sebab tak nak takutkan budak2 rumah. ada sekali tu Zana ajak aku tido dalam bilik dia, aku pun pergilah bawa bantal dan selimut saja. aku perasan dalam bilik ni waktu malam pun jenis tak tutup tingkap luar memang bukak luas dengan alasan bahang panas tak terasa kipas. aku cuma nasihatkan aje. sekali Zana ni meraung / mengigau tengah malam. kecoh jugak la malam tu.

esoknya baru lah dia cerita yang dia pun kena kacau. nak2 waktu nak solat. pintu bilik dah terkatup rapat boleh bukak elok lepastu macam main cakcak
( mambang main pintu ni)  mau jadi tak kusyuk kawan tu nak solat. bila cerita ni tersebar 1 rumah. budak2 ni bila weekend balik kampung tiap2 minggu ada tu sanggup duduk rumah sedara. yang aku ni nak balik tiap2 minggu tak dapat la nak saving untuk final projek last.( kalau ikutkan nak balik saja macam diaorang tapi memandangkan memang duit habis buat tambang bas, LRT/KTM, Teksi memang bertahan la bila weekend duduk situ. memang rasa seram bila duduk situ bila dah kena gangguan tambahan rumah luas yang kosong takde furniture. nak tak nak aku pun rajin la ikut Suriati ni bila weekend overnight diluar ikut family Suriati jalan2 dan dapat la kerja part time di kedai kucing akak Suriati di wangsa maju.

Zana yang tak tertahan asyik ternampak lembaga cakcak di rumah terus mengadu kat ayah dia. esoknya ayah dia datang bawakan ada seorang pakcik ni untuk pagar dan halau benda tu kat rumah. pakcik tu cakap memang ada benda menumpang, memandangkan rumah kami duduk ni tingkat 15 tingginya so faham2 la bila pintu/tingkap terbuka luas benda2 ni suka singgah masuk bak kata pakcik tu macam bagi welcome to the home benda2 ni. lagipun benda yang datang singgah ni sunyi tu yang tumpang rumah kami. pakcik tu cakap benda ni macam budak kecil(anak hantu agaknya). yang lagi sekor lagi memang kekal disini. memang asal ada dirumah ni. yang ni memang meremang aku dibuatnya sebab Zana dapat cerita kisah disebalik rumah ni. dulu ada pelajar perempuan india mati gantung diri. guess what lokasinya?? BILIK AKU tu bilik india mati gantung diri tu
. no wonder la pakcik tu tak bagi tido bilik tu 1 hari semasa dia nak bersihkan rumah tu. selepas semua nya selesai. rumah tu dah dipulihkan.

ada 1 hari tu aku pergi rumah saudara aku kat selayang waktu tu takde kelas. petang tu Suriati call dengan cemas rumah kena pecah masuk dari pintu dapur. aku dah rasa macam nak pitam sebab aku tinggalkan laptop atas katil gitu je. itulah satu2 harta aku. nasib Suriati cakap barang2 takde yang hilang. aku pun bergegas balik rumah. kes ni takde wat report polis sebab warden kolej aku taknak besarkan kes ni dengan takde apa2 kehilangan cuma pecah masuk je (aku pun tak faham kenapa diorang tak nak ambil tindakan walhal ni kan rumah perempuan rasa macam keselamatan tak dijaga dah) aku nak wat report polis pun macam2 alasan diorang halang aku buat.
yang aku pelik dan musykil tu orang yang pecah masuk rumah ni tinggalkan jejak kesan tapak kaki hitam macam cecair minyak hitam tu. orang minyak hape siang2 buta??tak pakai kasut tu.. memang jejak tapak kaki kt dinding pun ada. mungkin taknak tinggalkan kesan cap jari kot? sampai aku jadi penyiasat tengok dari arah mana dia masuk. aku bagi korang bayangkan tempat dia masuk dari arah mana. kalau ikutkan memang berani mati la pecah masuk rumah panjat tembok melangkah ke pintu besi dapur walhal jarak jauh taw tembok tu dengan pintu dapur tu lepas tu dengan ruang kosong ke bawah lagi(tingkat 15 gayat kalau jatuh kebawah). pintu besi dapur tu lock sebenarnya. masa kejadian ada budak dalam rumah. si Syasya & Zana ada dalam bilik masing2. cuma diaorang tak jangka yang ketika itu ada orang ceroboh masuk. si Syasya cakap dengar orang selak langsir balkoni dan buka sliding door. selepas tu Suriati balik terkejut tengok kesan hitam kat tembok dan masuk rumah tengok pintu besi dapur yang ternganga luas dengan kesan tapak kaki itam kat lantai, sliding door terbuka luas. fikir balik apa la motif masuk tapi tak curi barang? nak rogol ke? tapi budak perempuan ada dalam rumah tak dikacau?  yang pelik tu kesan tapak kaki hitam cuma di tembok. sedangkan nak masuk kawasan kondo ni pakai akses kad. kalau takde tak dapat masuk lepastu bersoal jawab lah dengan guard kena tinggalkan IC bagai semua. kes tutup begitu sahaja.




tamat..


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-8-2016 12:43 PM | Show all posts
Best jugak cerita tt ni...bergentayangan aku kat sini abiskan baca. Keep it up tt...
Reply

Use magic Report

Post time 28-8-2016 08:44 AM From the mobile phone | Show all posts
nak lagi tt..sambung2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2016 09:28 AM | Show all posts
Edited by Zaien at 15-9-2016 09:32 AM

KISAH 9 - LAGU MISTERI??

sebelum ni aku ada post cter ni kat benang lain.. ni aku tepek kat benang aku..


pasal lagu ulek mayang n cindai berhantu mmg top dulu.. dilarang nyanyi waktu mlm n dlm hutan( ni senior2 skolah slalo warning)
sebab banyak citer dengar,,

versi pertama - Ulek Mayang
ni kisah dari senior aku.. senior aku cerita masa tu semua masuk hutan (camping) waktu malam masing2 duduk mengelilingi unggun api.. tiba2 akak ni boleh menyanyi lagu ulek mayang
" ulekkkk.. mayang diulekkkkkk.. ulek dengan jala.. jemala.." stop sampai disitu dia nyanyi dan sepi.

ntah macam mana ada suara dari arah belakang nyanyi  "Ulekkk.. mayang diulekk.. belakang hutan mayat bergolek".. akak yang nyanyi tu terus spontan toleh belakang trnampak macam hantu bungkus bergolek. terus pengsan akak tuh.. ( ni cerita senior aku la.. ntah ye ke tidak tak tahu)

versi kedua - Cindai
ni asrama top cerita dari telinga ke telinga... budak2 asrama normal la suka mandi malam2 la.. basuh baju malam2 la.. sampaikan terjadi 2 orang kawan ni mandi sama2.. (mean sebelah2 la toilet)
kita nama kan si A dan B..
si A menyanyi lagu cindai "cindai lah mana.. tidak berkias.."
si B tegur.. :tak elok nyanyi dalam toilet.". si A tidak menghiraukan teguran si B... si A nyanyi2 dan ulang lagu cindai tu..si B tak sedap hati cepat2 mandi dan terus keluar..
tinggallah si A sesorang dalam toilet sampai lah dia sendiri terdengar suara perempuan ikut nyanyi lagu cindai tu slow2.. bila si A ni terpandang atas nampak cik Pon tgh bertengek atas tu tenung dia..
pengsan terus si A nih..

Versi aku - lagu Taman Rashidah Utama
pengalaman aku bila dengar lagu yang terkait dengan Misteri yang paling aku ingat dan sampai sekarang rasa seram adalah lagu "Taman Rashidah Utama"
masa tu dirumah sewa duduk sorang2.. aku tunggu kawan aku balik dari beli makanan.. masa tu pasang lagu2 koleksi Wings kat laptop.. bukak kuat2.. tiba syok2 layan lagu rashidah ni..ada dengar suara ppuan huming slow merdu.. aku ingat suara ppuan huming tuh mmg ada dalam lagu tuh.. bila diputarkan lagi sekali dah xde.. seram btol.. (dah lah umah sewa berhantu!!)
versi kawan abang aku - lagu Taman Rashidah Utama
zaman pakai kaset2kat radio nih.. budak lelaki bujang2 kan..malam2 abg J layan lagu Wings..
bila dah malam tuh lagu rashidah utama tengah dimainkan kat radio.. tiba2 lagu tu sangkut/repeat part last "kubur cinta" berkali2 dan jadi suara lain.. abg J rasa seram terus tekan button stop.
tak abis disitu, lagu tu play kembali tanpa siapa2 tekan button.. terkejut abg J terus cabut plug radio n hempaskan radio tuh.. xkot punya pasal.

selain lagu Rashidah Utama.. aku pernah demam gara2 nyanyi lagu Misha Omar - Pulangkan/kuseru malam2 dalam kereta... lepastu terperanjat sendiri bayang2 kat kereta putih parking sebelah aku..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2016 10:33 AM | Show all posts
KISAH 10 - MISTERI MAMAT SORONG MOTOR?

ni pengalaman boss aku bercuti baru2 ni di kelantan/terengganu... ingat tak jalan yang meragut banyak nyawa tu? aku ingat2 lupa la nama jalan tu.. nampak jalan straight je.. tapi banyak kali berlaku eksiden disitu.

bos aku story... masa dia bawa whole family dia bercuti husband dia jadi driver bawa Starex. waktu tu waktu malam dan jalan pun sunyi dengan lampu jalan pun malap. kiri kanan pun cuma pokok getah/hutan gitu. husband dia bawa dalam kelajuan sederhana dalam 80 camtu. dalam sedap2 family berborak dalam kereta ramai2 tuh.. kaklong dia tegur "iskh kesiannya malam2 camni kena tolak motor/sorong motor sebab motor rosak" semua dok pandang ke luar tingkap pandang . husband bos drive laju sikit sebab takut taktik perompak ke apa kan..

masa dah lepas ke hadapan tu.. yakin dah lepas mamat yang sorong motor tu. kali ni boss aku plak tegur. " eh ni yang motor tadi tu kan?? sepanjang perjalanan masa tu terus semua diam kecuali anak2 boss yang kecil  tak paham apa2.. sampai dah lepas masuk jalan tol. baru bos aku sedar 1 hal.. kereta bawa kelajuan 80 tapi mamat yang sorong motor tu boleh sama kelajuan dengan kereta husband boss pandu tu walhal motor tu gaya sorong motor tu macam slow motion nampak tak laju tapi boleh selari dengan kelajuan kereta tengah bergerak laju..


boss aku cakap syukurlah tak jadi apa2 kan masa tu. cuma agak kepelikan bila kenangkan balik peristiwa masa tu. semua dalam kereta pun rasa yang sama tak terfikir mamat sorong mtor tu sama laju dengan kereta diaorang. dah lah waktu tu hujan renyai2 pulak tu.


tamat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2016 10:39 AM | Show all posts

dah kisah 10.. sila kan membaca... thank you
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Zaien replied at 15-9-2016 10:39 AM
dah kisah 10.. sila kan membaca... thank you

dah bace...nak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2016 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Seram2 cite tt.. kipidap
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:15 AM GMT+8 , Processed in 0.063128 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list