|
Oleh Izzah Abbasy
Rasa rempah yang meresap sambil diperisakan dengan sos istimewa menjadikan kunjungan untuk menikmati kepak ayam goreng di di The Birdmen Co sesuatu yang cukup berbaloi.
Sos-sos tersebut adalah sos barbeku asli, pedas asli, keju bawang putih, sensasi Asia, mustard madu, dan naked hot wings yang menggunakan resepi sendiri.
Dikenali dengan sajian signatur tersebut, kafe berkonsepkan masakan Barat ini beroperasi setiap hari kecuali Isnin dari pukul 5 petang hingga 11 malam. Selain kepak ayam goreng, pengunjung juga boleh memilih sajian burger dan pasta.
Yang cukup menarik, kafe ini bukan sahaja tampilkan kelainan dalam masakan tetapi juga dalam penyediaan hidangan dengan meletakkan kesemua masakan dan minuman dalam kotak serta cawan kertas.
Apa tunggu lagi, jika anda ingin mencuba dan merasa keenakan kepak ayam bersama enam sos ini bolehlah berkunjung ke The Birdmen Co. yang terletak di di 113, Jalan SS15/5A, Subang Jaya, Selangor. - CARI Infonet
|
|