CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1883|Reply: 16

Wanita Diikat & Dibakar Kekasih Hidup-hidup Sebab Enggan Gugur Kandungan

  [Copy link]
Post time 3-11-2020 12:01 PM | Show all posts |Read mode
Wanita hamil maut dibakar hidup-hidup dipercayai oleh kekasih selepas enggan menggugurkan kandungannya.


Ellen Priscila Ferreira da Silva, 24, yang hamil empat bulan dibakar di dalam kereta dinaiki bersama Ely Carlos dos Santos, 39.




Kredit foto: The Sun/Newsflash




The Sun melaporkan, kejadian berlaku di Sao Paulo, Brazil, di mana polis percaya mangsa masih hidup ketika mereka diikat sebelum kereta disimbah petrol dan dibakar.


Identiti mangsa yang rentung dikenal pasti selepas keluarga mengecam kereta berkenaan yang juga milik ibu Ellen.


Berikutan itu, polis menahan empat suspek iaitu tiga lelaki berusia 19, 35 dan 38, serta wanita berusia 36 tahun.


Wanita dan lelaki berusia 19 tahun terbabit mengakui perbuatan mereka, namun dua lagi menafikan pembabitan mereka dalam kejadian.




Ely Carlos dos Santos
Kredit foto: The Sun/Newsflash




Menurut polis yang mengetuai siasatan kejadian, Paulo de Tars berkata, Ellen menjalin hubungan dengan salah seorang suspek yang sudah berkahwin hingga hamil.


Polis sedang menyiasat motif pembunuhan itu sama ada berpunca akibat Ellen dan Eli berhutang dengan pengedar dadah dan tidak menolak kemungkinan Ellen enggan menggugurkan kandungannya.


Difahamkan, suspek utama kejadian dipercayai lelaki berusia 38 tahun yang juga kekasih Ellen.


Dia pada mulanya mendakwa turut diserang dan berpura-pura pengsan bagi mengelak dibakar hidup-hidup, namun menukar kenyataannya dengan mengaku mereka cerita serta mencederakan diri sendiri di bawah pengaruh dadah.


Dia juga mengakui mengenali kedua-dua mangsa terbabit. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2020 12:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan macam kau boleh cari yg lagi hensemmmm. Ni jantan berkerak versi brazil yg kau nak...

Semoga jadi pontianak & hantui jantan ni dalam penjara.

Aku kalau bab gugur anak ni memang sensitip
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 12:25 PM | Show all posts
kejamnya....
Anak dalam perut tu anak ko kut
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 12:57 PM | Show all posts
Kat brazil ni kes jenayah bunuh2 ni dah jadi biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 01:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ellen n Ely tu terbakar bersama2..kawan mendadih ke apa kot..baca kat versi omputih, wife suspek pun tengah pregnant..pastu suspek tu siap comfort kan mak si Ellen jugak lepas polis confirmkan mayat Ellen..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejamnyaaaa dah kenapa??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-11-2020 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Oh..bukan di india
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 01:44 PM | Show all posts
cikki tu lawa...
jejan tu hauk hodoh, taktau la dia takut sebab anak tu bakal rhoper dia ke macam mana sebab memang hauk pun rupa jejan tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2020 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejam, bunuh 2 nyawa.

Sama macam kat indon, yg tu perut dah besar rasanya dlm 6-7 bulan.
Pakwe hanat dia g ikat dan campak hidup2 dlm sungai.
Jahat gilerr.

Moga dapat pembalasan yg setimpal, manusia camni tak layak hidup pun.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 3-11-2020 01:44 PM
cikki tu lawa...
jejan tu hauk hodoh, taktau la dia takut sebab anak tu bakal rhoper dia ke macam m ...

Yg gambo tu bukan suspek kan? Cer baca bebetul. Rasanya hat tu pun mati juga. Nama suspek semua tak disebut.
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 01:54 PM | Show all posts
Suchi replied at 3-11-2020 01:52 PM
Yg gambo tu bukan suspek kan? Cer baca bebetul. Rasanya hat tu pun mati juga. Nama suspek semua ta ...

oh ye kaka... dah la iols baca 5 kali dah tapi masih susah nak hadam yang mana suspek yang mana mangsa... choiii! ini semua salah cek non dan adik dia

#larisambilrasadiritaksalah
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 02:25 PM | Show all posts
jantan rupa cam bangla ni si mati pilih untuk membirah??salah awok la membirah banyak jantan..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 06:27 PM | Show all posts
Suchi replied at 3-11-2020 01:50 PM
Kejam, bunuh 2 nyawa.

Sama macam kat indon, yg tu perut dah besar rasanya dlm 6-7 bulan.

kejamnya..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 07:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Korang ni jenis baca sebaris ayat terus reply ke?
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 07:17 PM | Show all posts
Pernah tengok movie Brazil,
Pemandu train ni buat pregnant gf, suruh gugur tak mau sebab dia ada anak dan bini.

So satu hari lelaki ni bawa gf dia jejalan, pergi rumah kawan, rioanya kat situ dan tunggu meja pembedahan.

So abortion.

Perempuan tu punya dendam, dia buat kawan dengan bini laki tu, dengan anak laki tu.

End cita dia bakar hidup hidup anak perempuan lelaki tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2020 07:21 PM | Show all posts
lama-lama baca berita macam ni,tak ada perasaan dah.
tak kira di mana kejadian berlaku.

suspek tak kisah dgn hukuman kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2020 11:21 PM | Show all posts
gugur kandungan tu sma mcm bunuh anak dah...hati binatang betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-6-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.072689 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list