CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3249|Reply: 17

Penipu! Pasangan Kekasih, 'Pengemis' Bakal Didakwa Kaut RM1.7 Juta Derma GoFundM

[Copy link]
Post time 16-11-2018 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Sepasang kekasih dan seorang ‘pengemis’ yang menjadi viral pada tahun lalu dengan kisah meruntun hati netizen sehingga mendapat berjuta sumbangan melalui platform GoFundMe akan didakwa di mahkamah minggu ini apabila siasatan polis mendapati mereka bertiga sebenarnya mereka-reka cerita sedih tersebut.




Kredit foto: Buzzfeed




November tahun lalu, Katelyn McClure mendakwa keretanya tersadai di lebuhraya Interstate 85 kerana kehabisan minyak dan kebetulan seorang ‘pengemis’ bernama Johnnie Bobbitt telah memberi kesemua wangnya berjumlah 20 dolar (RM83) untuk membeli minyak.


Cerita itu kemudian dimuat naik Katelyn di laman Facebooknya hingga menjadi tular dengan simpati netizen. Lantaran itu, kekasih Katelyn, Mark D'Amico melancarkan sebuah tabung derma GoFundMe kononnya untuk pengemis tersebut dan berjaya mengutip USD400,000 iaitu hampir RM1.7 juta sumbangan awam.




Kredit foto: Buzzfeed




Menurut cerita asal Katelyn, Johnnie yang ternampak dia sedang mengalami masalah telah menyuruhnya mengunci kereta dan membeli satu tin minyak untuk membolehkannya meneruskan perjalanan.

"Johnnie tidak meminta sebarang bayaran, lagipun ketika itu saya sendiri tidak membawa wang tunai. Jadi, saya kini selalu melintasi tempatnya mengemis dan memberinya jaket, sarung tangan, stoking serta beberapa dolar setiap kali saya ternampaknya," kata Katelyn.




Kredit Foto: CBS News




Polis, kemudian mendapati cerita itu adalah rekaan mereka dan pihak pendakwa Mahkamah Burlington County di New Jersey telah mengadakan sidang akhbar untuk melaporkan pertuduhan terhadap mereka bertiga.




Kredit foto: Dario.Mx




Penipuan mereka mula dihidu polis apabila mereka bertelingkah mengenai pembahagian wang derma. Johnnie dikatakan tidak berpuas hati kerana tidak mendapat bahagiannya kerana pasangan kekasih itu mendakwa kepada akhbar The Inquirer "Johnnie yang juga seorang gelendangan akan menghabiskannya sekelip mata untuk dadah, sebaliknya wang Johnnie akan dimasukkan dalam akaun sehingga dia mendapat pekerjaan".


Johnnie kemudiannya mendakwa mereka berdua mencuri bahagiannya.




Kredit foto: CBS Philly




Siasatan wartawan mendapati pasangan itu telah pergi bercuti beberapa kali menggunakan wang derma dan turut membeli sebuah BMW.
Polis telah menggeledah rumah mereka sebagai sebahagian daripada siasatan.


Sementara itu, pihak GoFundMe pula belum membuat sebarang kenyataan mengenai kes penipuaan derma menggunakan laman web mereka. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2018 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus polis check. Betul2 buat kerja utk rakyat. Kalau tak sesia je derma free money. Tp confuse, johnie tu betul2 beggar ke or bersubahat sama? Sebab akhir perenggan kata johnie kecewa tak dpt duit sebab couple tu taknak bagi takut dia mendadih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 11:55 AM | Show all posts
234126 replied at 16-11-2018 11:45 AM
Bagus polis check. Betul2 buat kerja utk rakyat. Kalau tak sesia je derma free money. Tp confuse, jo ...

Johnnie tu pun bersubahat katanya. Sy rasa lepas dia tak dapat bahagian dia, dia lapor polis
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 12:15 PM | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 16-11-2018 11:55 AM
Johnnie tu pun bersubahat katanya. Sy rasa lepas dia tak dapat bahagian dia, dia lapor polis

kesudahannya, orang tamak selalu rugi
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 12:30 PM | Show all posts
jangan ada pula yang ter-inspired
dengan kisah sebegini..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 12:37 PM | Show all posts
Bagus kes penipuan sebegini dibentras agar jadi pengajaran buat yang lain dan tak terikut perangai mereka ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2018 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sang_Pencinta replied at 16-11-2018 11:55 AM
Johnnie tu pun bersubahat katanya. Sy rasa lepas dia tak dapat bahagian dia, dia lapor polis

Oh! Thank u thank u. Bila baca balik, logik jugak apa uol cakap tu. Tak tepikir pulak. Naive nye iol hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 01:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bulan lepas dlm fb yoi, dia mntak derma utk sorg hakak ni kene saman dgn founder. Founder kopi klorok tu. So si yoi ni tlg la kutip derma..duit msuk kt akaun hakak tu. Sekali kantoi..duit tu bukan pegi buat byr hire loyer tp hakak tu pegi beli kete beli mcm2.
Si yoi ni bila taw siap suruh sapa2 yg pnh derma tunjuk bukti supaya dpt duit tu balik...total lebih kurang rm13k. Siap mntak tlg gang ala ala pek!da lgi.
Lepas 2 hari, akaun yoi lenyap utk kali ke berapa tah.
Dia nak bantu org tp org yg dibantu salahguna duit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2018 01:22 PM | Show all posts
memang ambil kesempatan di atas generosity public.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
makita: Bulan lepas dlm fb yoi, dia mntak derma utk sorg hakak ni kene saman dgn founder. Founder kopi klorok tu. So si yoi ni tlg la kutip derma..duit msuk k ...


Ewwww kejinya seleweng wang derma
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2018 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Still lagi telus dari claim derma pak arab 2.6b
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-11-2018 04:03 PM | Show all posts
Victorioussss replied at 16-11-2018 03:30 PM
Still lagi telus dari claim derma pak arab 2.6b

Amboi pedasnya
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 10:04 AM | Show all posts
tetiba teringat sohai mosus bila bab seleweng wang derma
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Sbb tu akak lebih suka derma kat rumah anak yatim..kebetulan rumah anak yatim kat rumah akak ada neseri jual pokok bunga..tapi masalah nye budak kat situ mulut boleh tahan boleh dia carut kan akak lelaki ke perempuan
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 12:04 PM | Show all posts
so kesalahan dia apa?...

setakat mereka2 cerita sedih kat malaysia ni hari2 orang buat cuma tak dapat sejuta ja lah...

Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2018 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
macam tak caya je kokesen gini..
bukan melayu je ke kaki tipu bagai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2018 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
So nalisha kat twitter yg crowd fund untuk study, yang sampai sudah tak tunjuk resit tu apa cerita?

Sapa boleh dakwa?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2018 02:21 AM From the mobile phone | Show all posts
yoi tuh yg tipu dia si suria lekat lekit kan.. minah tuh ada blog, dia buat post pasal produk tati xsilap then kena saman gan founder. Aku ingatkan dia telus wooo...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 09:07 PM GMT+8 , Processed in 0.070308 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list