CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6456|Reply: 81

[Tempatan] TERKINI Harga ayam daging RM10 sekilo

[Copy link]
Post time 12-6-2017 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode


Kuala Lumpur: Semakin hampir tiba perayaan, harga ayam dan daging di pasaran meningkat menyebabkan orang ramai terbeban dengan kenaikan harga barangan keperluan itu.

Situasi berkenaan sering membelenggu orang ramai terutama pada musim perayaan dengan alasan permintaan tinggi, selain pembekal perlu menanggung kos pengangkutan serta pengurusan yang meningkat.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Jalan Chow Kit dan Pasar Borong Selayang, Selangor mendapati memang berlaku peningkatan harga ayam dan daging termasuk harga barang keperluan lain seperti santan serta sayuran.

Harga ayam meningkat RM2 hingga RM3 sekilogram mencecah sehingga RM10 sekilogram berbanding pada hari biasa saja hanya sekitar RM7 hingga RM8 untuk sekilogram.

Peniaga ayam, Ismail Rahman, 35, berkata, kenaikan harga ayam disebabkan bekalan tidak mencukupi.

“Harga ayam segar masih lagi terkawal namun hanya naik sedikit saja berikutan bekalan tidak mencukupi, selain ia harga yang ditawarkan pembekal,” katanya ketika ditemui, di sini.

Penjual daging Hassan Mohamad Ramli, 40, berkata, harga kemungkinan meningkat lagi bergantung kepada permintaan semasa.

“Harga berkenaan sudah biasa memang akan naik setiap tahun dan pelanggan pula tak kisah kerana ianya hanya berlaku pada musim perayaan saja.

“Barangan keperluan seperti ayam dan daging akan mengalami masalah bekalan tidak mencukupi dan peniaga pula menjualnya berdasarkan harga yang ditawarkan pembekal,” katanya ketika ditemui, di sini.

Sementara itu, kakitangan swasta Ahmad Faiz Basrani Rami, 32, berkata, walaupun terasa dengan kenaikan harga barangan keperluan itu namun dia perlu membelinya awal kerana bimbang bekalan habis.

“Harga ayam di pasar raya pun naik dalam RM1 hingga RM2 sekilogram berbanding pasar biasa dan situasi ini berlaku setiap tahun dan pernah meningkat dua kali ganda sekali gus membebankan pengguna.

“Saya tidak kisah jika harga daging dan ayam meningkat mungkin ada beberapa faktor lain namun janganlah melampau hingga membebankan orang ramai,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 Jun 2017 @ 9:23 AM


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2017 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Wowee biasaaa
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mahalnyaaaaaaaaaaaas
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 02:24 PM | Show all posts
berapa sekilo daging babi?   
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam biasa...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak aiii ....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-6-2017 02:56 PM | Show all posts
mahainya... tak payah makan rendang ayam daging le... cicah ketupat pulut dengan susu je la....
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 02:59 PM | Show all posts
kak_sall replied at 12-6-2017 02:56 PM
mahainya... tak payah makan rendang ayam daging le... cicah ketupat pulut dengan susu je la....

tak sedap, manis...               
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2017 03:02 PM | Show all posts
KPDNKK mana..??
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 03:14 PM | Show all posts
boikot beli ayam seminggu dah cukup.......  jom kita makan babi   
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok le tu. Dah sama harga dengan Borneo.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 03:35 PM | Show all posts
tahun ni azam akak tutup pintu rumah sendiri dan pg rumah open house.. bajet raya tahun ni RM 2000 ke bawah sahaja.. lebih pandai2 hidup..

tentatif raya tahun ni :
>baju raya recycle
>minyak kereta redha
> listing open house untuk sesi kudrati tenagawati
>duit raya tahun ni tiada
>salam berkepit sedara mara ada
> target tahun ni raya sedara mara terdekat je
> kuih raya tahun ni downgrade 5 spesis je.. lebih2 nanti bazir


duit yang ada simpan melabur dan saving.. biar miskin beraya asal tak sesak nafas kemudian hari.. raya tiap2 tahun tak perlu nak nangis kalau xde baju baru atau bermewah.. hidup biar berpada.. sedekah lagi baik daripada riak takkabur..
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ry thn lps krisis ayam kat kelantan kan..sampai berbelas belas per kg.thn ni drama sama berulang rsnya...
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Hatim+Mulhid replied at 12-6-2017 03:14 PM
boikot beli ayam seminggu dah cukup.......  jom kita makan babi

Oiii... Daging khinzir lebih mahal berbanding daging ayam...  :  :
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
cupu replied at 12-6-2017 03:37 PM
ry thn lps krisis ayam kat kelantan kan..sampai berbelas belas per kg.thn ni drama sama berulang rsn ...

Toksoh beli aye la weiiii. Pakat2 beli daging pulo la...  
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 12-6-2017 03:15 PM
Ok le tu. Dah sama harga dengan Borneo.

Ayam2 ni orang Bornea x layan kan? Sea food lebih sedap dan menggiurkan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-6-2017 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
insulin replied at 12-6-2017 03:41 PM
Ayam2 ni orang Bornea x layan kan? Sea food lebih sedap dan menggiurkan...

Tempat aiol layan gak karna aiol bukan tinggal dekat laut seafood murah nak mamps. Tempat aiol kuat makan bbq ciken wing ngan bontot. Antara daerah tertinggi jualan ciken wing mentah kata penjual ayam.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 03:48 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 12-6-2017 03:43 PM
Tempat aiol layan gak karna aiol bukan tinggal dekat laut seafood murah nak mamps. Tempat aiol kua ...

Hihi... Sabah pun x terkecuali ye harga ayam menggila waktu perayaan.  

Chicken wing? Bontot? Sedap ke? Saya kurang berkenan part yang kurang isi.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2017 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
xfaham ada kementerian itu ini,penguatkuasa lah,dari bus hingga barangan basah ni..mcm baik xda penguatkuasa..sama je tiap tahun gini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-6-2017 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm biasa nanti masuk tv, pegawai KPDNKK serbu peniaga
Yg tersenyum dari jauh pembekal, pengedar, pemborong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.068358 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list