CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7196|Reply: 57

[Dunia] Penduduk Paris tak mesra dengan pelancungan asing.

[Copy link]
Post time 16-6-2015 11:50 PM | Show all posts |Read mode
PARIS 15 Jun - Sikap biadab dan tidak mesra penduduk Perancis ditegur Menteri Luarnya, Laurent Fabius yang menggesa mereka segera menghentikan tabiat tersebut dalam usaha kerajaan menggalakkan kemasukan pelancong asing.

Paris dinamakan sebagai satu daripada tempat yang paling tidak mesra di dunia bagi pelancong asing dalam siri tinjauan beberapa badan antarabangsa.

Ketika bercakap pada pelancaran satu skim baharu yang direka bagi melonjakkan kadar pelancongan Perancis, Fabius berkata, pelancongan merupakan satu khazanah negara yang perlu dilindungi, dipupuk dan dibangunkan.

Pada majlis itu, beliau mengambil kesempatan menyeru rakyat Perancis supaya bersikap lebih mesra terhadap pelancong.

“Kita masih mempunyai ruang untuk penambahbaikan di sini. Apabila kita berjumpa dengan pelancong asing, kita adalah duta kepada Perancis,’’ katanya sebagaimana lapor metro.co.uk.

Fabius membuat kenyataan itu semasa memperkenalkan Dana Pelaburan Pelancongan baharu yang diharapkan dapat melonjakkan jumlah pelancong ke Perancis kepada 100 juta orang menjelang 2020.

Kempen itu turut bertujuan bagi meningkatkan tabiat berbelanja dalam kalangan pelancong dengan pendapatan dari sektor pelancongan di Perancis mencecah 47.1 bilion euro (RM199 bilion) pada 2013, berbanding AS$130.4 bilion (RM489 bilion) yang dicatatkan Amerika Syarikat (AS) pada tahun sama.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-6-2015 11:53 PM | Show all posts
Tapi aku percaya 10 kali labih bagus dari penduduk Kuala Lumpur.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2015 11:58 PM From the mobile phone | Show all posts
bkn org perancis yg berlagak tu.pendatang algeria
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 05:00 AM | Show all posts
Teringin nk g paris even though dewang kata paris hancing

Nnt mia tahan napas lah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-6-2015 05:13 AM | Show all posts
miabebe replied at 17-6-2015 05:00 AM
Teringin nk g paris even though dewang kata paris hancing

Nnt mia tahan napas lah...

Dan juga banyak najis anjing. Jangan terpijak dah lah.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 05:20 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 17-6-2015 05:13 AM
Dan juga banyak najis anjing. Jangan terpijak dah lah.

Erkkkkkkkk..

Ok nnt mia pakai yg bungkus kasut cm kt lab tuh..apeke name nye ntah..yg gitu2 tu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-6-2015 05:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Pernah pergi sana, alhamdulillah jumpa yang baik2. Tolong masa sesat cari hotel, tunjukkan mana kedai halal.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 05:40 AM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 16-6-2015 04:13 PM
Dan juga banyak najis anjing. Jangan terpijak dah lah.

5 hari me lawat paris semata, tak jumpa pun benda alah ni,
mungkin sebab tak cari kot but orang bebaik , jenis masih bagitau arah
etc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2015 09:36 AM | Show all posts
Pengalaman ai.. my one & only paris trip.. OK je:

- Adik ai nak tergelincir dlm tren metro, makcik french siap hambat lengan adik ai.. hiks
- Ai nak beli payung versailles.. makcik french senyum & bagi diskaun.. dalam 20 euro kot. Ahaks
- Ai beli groceries.. mamat geboi french hello dgn penuh lembut & tanya dok hotel mana.. senang2 dtg la flet dia.. erk!
- 2 awek french kecil molek salesgirls, siap bisik sesama 'oo0 he's not bad'.. 'Hai!' kat ai gitu.. STIM GILER bila fikirkan balik huhu
- Ai beli CD single Madonna kat Virgin Megastore (dah takde dah).. awek cashier cakap 'good choice, merci!' sambil bagi voucher 10 euro hiks

PATI yg ada kat Paris je yg buat hal!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 09:47 AM | Show all posts
dok paris kalau long term mcm 3 bulan memang jenuhla mcm ayam dgn itik..dorg ramai tak paham cakap english..melayu jauh sekali..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 10:04 AM | Show all posts
Edited by bottombikini at 17-6-2015 10:06 AM
yenil95 replied at 17-6-2015 09:47 AM
dok paris kalau long term mcm 3 bulan memang jenuhla mcm ayam dgn itik..dorg ramai tak paham cakap e ...

tapi kelebihannye bila ko balik sini..ko dah bole gebang ko bole cakap french..gituh

bukan setakat pandai cakap merci bouku sajok

Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 10:24 AM | Show all posts
bottombikini replied at 17-6-2015 10:04 AM
tapi kelebihannye bila ko balik sini..ko dah bole gebang ko bole cakap french..gituh

bukan ...

tu la masalahnye..aku sepatah dua bahasa french tu bolehla...parlay anglay pembuka kata..kikiki..
Tapi bolehla setakat nak hidup..  
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 10:56 AM | Show all posts
Kat mana2 mesti jumpa orang peluk2, kising2.
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 10:57 AM | Show all posts
yenil95 replied at 17-6-2015 10:24 AM
tu la masalahnye..aku sepatah dua bahasa french tu bolehla...parlay anglay pembuka kata..kikiki..{ ...

ko nak gi bile ni...aku nak ikuttt...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 11:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila AA nak bukak flight gi paris ni...aku  nak merasa jugak layanan diorg
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 11:07 AM | Show all posts
parisian memang macamtu. nampak macam rude sikit, but then i think its in their nature, macam tak kisah dgn orang lain. I like paris, sgt romantic, tapi tula bila fikir, parisian yang tak berapa nak mesra alam, ala buat jelah hal sendiri kan. Yang menyemak sikit about paris ni rasanya pendatang2 luar yang mmg dah ddk kat sana. eyesorela jugak and most of them muslims (yang kulit gelap tu). dan mereka smelly. sekian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-6-2015 12:03 PM | Show all posts
applemy replied at 17-6-2015 09:36 AM
Pengalaman ai.. my one & only paris trip.. OK je:

- Adik ai nak tergelincir dlm tren metro, makci ...

u x drop by ke kat apartment beliau? org jemput dtg rumah tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
applemy replied at 17-6-2015 09:36 AM
Pengalaman ai.. my one & only paris trip.. OK je:

- Adik ai nak tergelincir dlm tren metro, makci ...

in a way u nak cakap u hensem la ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 12:23 PM | Show all posts
rasa ok je..
kita je yg sceptical dgn mereka takut kena pickpocket...
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2015 12:27 PM | Show all posts
aku nengok ramai negro je kat paris
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-6-2024 09:34 PM GMT+8 , Processed in 0.070874 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list