Sumber: Malaysian Digest
Yuna, LeeHom & U-KISS Bakal Kongsi Pentas Konsert di Kedah?
. Berita baik buat sekalian peminat muzik tanah air, sebuah konsert yang diberi nama Festival Muzik Antarabangsa EUPE, bakal berlangsung di sebuah negeri di Utara, tidak lama lagi. Dianjurkan oleh Eupe Corporation Berhad, salah satu syarikat pemaju bandar terbesar di bahagian utara Malaysia, festival tersebut bakal menjadi acara muzik paling gah dalam senarai kalendar Tahun Melawat Malaysia 2014!
Menariknya antara artis yang tersenarai untuk membuat persembahan dan kami pasti akan menambahkan lagi keterujaan anda, ialah penyanyi dan komposer Cina kelahiran Amerika yang terkenal di Asia, ratu mando-pop yang hangat dari Taiwan, kumpulan penyanyi lelaki Korea yang bukan saja mempunyai gerak tari dan muzik balada yang hebat tetapi turut mencipta nama di Jepun, penyanyi dan penulis lagu indie Melayu yang kini semakin terkenal di peringkat antarabangsa serta bakat baru tempatan yang semakin menyerlah. Difaham satu sidang media khas bagi mengkhabarkan lebih lanjut mengenai konsert ini akan diadakan pada Khamis ini. Dua daripada senarai artis yang membuat persembahan akan hadir pada sidang media tersebut dan mereka turut mendedahkan bentuk persembahan serta senarai artis lain yang terbabit. Kumpulan U-KISS...........................................................................
|