CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2206|Reply: 23

[Tempatan] Isteri rayu suami pulang

[Copy link]
Post time 15-7-2013 05:54 PM | Show all posts |Read mode
JERLUN - Seorang isteri dari Kampung Pida 6, Ayer Hitam dekat sini merayu supaya suaminya yang menghilangkan diri sejak 4 Julai lepas pulang ke pangkuan keluarga.

Nurul Huda Othman, 26, berkata suaminya Noor Hamizan Ahmad, 26, dikatakan keluar dari rumah dengan menunggang motosikal untuk ke rumah rakannya yang dikenali sebagai Mohd Zakuan sebelum dijemput oleh seorang lagi lelaki tidak dikenali yang juga bermotosikal.

Dia tidak menyedari suaminya keluar dari rumah kerana sedang tidur namun dimaklumkan oleh abang iparnya yang suami keluar rumah pada pukul 2 pagi.

Nurul Huda memberitahu pemberita di sini hari ini, sejak kehilangan suaminya, dia dan anggota keluarga berusaha mencari Noor Hamizan di sekitar Kedah dan Thailand selepas mendapat berita bahawa dia ditinggalkan di situ tetapi gagal menjumpainya.

"Kami sudah buat dua laporan polis pada 7 dan 10 Julai masing-masing di Ayer Hitam dan Jitra tetapi sehingga kini masih tiada perkembangan mengenai suami saya.

"Saya sedih sangat kerana tidak sempat untuk berpuasa dengan suami dan anak-anak Puteri Nur Qaleesya, dua tahun dan Nur Amni Umairah, tiga bulan juga merindui ayah mereka," katanya.

Orang ramai yang mengenali dan mempunyai maklumat mengenai Noor Hamizan diminta menghubungi bapanya, Ahmad Jusoh di talian 019-429 5289 dan 017-537 8511 atau balai polis terdekat.  - Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2013 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sian......
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Suami majuk ke..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 08:58 PM | Show all posts
kena culik kot
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 08:59 PM | Show all posts
kesiannya..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 09:08 PM | Show all posts
suami hang ikut indon kerja kat rumah cina makan babi la weyh... ngahahahhaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2013 09:12 PM | Show all posts
pakwetizzaqyah posted on 15-7-2013 09:08 PM
suami hang ikut indon kerja kat rumah cina makan babi la weyh... ngahahahhaa

oitt x leh kasi komen elok skit ke?..kesian tau kat pompuan tu...ko kan..grrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 09:14 PM | Show all posts
Cuba amal produk2 D'Herbs, confirm laki tak lari.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2013 09:15 PM | Show all posts
mrsrezza posted on 15-7-2013 09:12 PM
oitt x leh kasi komen elok skit ke?..kesian tau kat pompuan tu...ko kan..grrrrr

maafkan kaaami...teng dededeng teng teng teng teng
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 09:16 PM | Show all posts
Muntz posted on 15-7-2013 09:14 PM
Cuba amal produk2 D'Herbs, confirm laki tak lari.



ngahahahahahahahahahahah hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 09:20 PM | Show all posts
gelinya tgk iklan dherbs ni, pliss la kdn buat guideline kehapa

melayu=kuat seks
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 09:23 PM | Show all posts
bini ni comeyyy macam kak ton ke tak?
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 09:24 PM | Show all posts
dahliateck posted on 15-7-2013 09:20 PM
gelinya tgk iklan dherbs ni, pliss la kdn buat guideline kehapa

melayu=kuat seks

iklan dorang melampau2 selain pasal seks..menghina org gemuk juga...seolah2 kalau gemuk laki tak sayang,laki lari..patutnya kurus untuk sihat bukan tuk buat laki sayang ke apa..jd lawo ke apa
cth amik nih kat instagram org..melampau sangat kan iklan neh

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 09:26 PM | Show all posts
Suchi posted on 15-7-2013 09:24 PM
iklan dorang melampau2 selain pasal seks..menghina org gemuk juga...seolah2 kalau gemuk laki tak s ...

mmg melampau dah dato pondan ni, melebih2 sgt
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 09:30 PM | Show all posts
hzln posted on 15-7-2013 09:23 PM
bini ni comeyyy macam kak ton ke tak?

motif kak ton.....

mmg lawak giler la kak ton perasan comel....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 09:40 PM | Show all posts
dino posted on 15-7-2013 09:30 PM
motif kak ton.....

mmg lawak giler la kak ton perasan comel....

pandai Kak TOn promo produk dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2013 09:40 PM | Show all posts
kesiannya...mesti anak2 kecik tu tercari2 ayah mereka..dugaan sungguh bulan puasa lak tu...semoga family ni bertabah menunggu  kepulangan suami/ayah tersayang...
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 09:51 PM | Show all posts
attention seeker budak sekolah komen...........
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 09:56 PM | Show all posts
isteri dok rayu suami pulang tah suami ada pompuan lain.......
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2013 10:06 PM | Show all posts
jangan mati dibunuh sudah....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-6-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.821679 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list