CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wipers81

Maniskah Derita, Pahitkah Bahagia (U)... jom baca bab 36

 Close [Copy link]
 Author| Post time 24-4-2013 11:59 AM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


              “ Awak okey ke Lily Dayana?  Saya tengok muka awak tu berkerut semacamj e.  Jangan-jangan kaki awak terseliuh tak?” Fahim cuba meneka, sedangkan tekaannya sangatlah tepat. Toing……aku bungkam. Aku tundukkan mukaku. Tak nak dia melihat riak mukaku yang terkejut itu.

             “ Er….takdelah, sikit aje ni.  Tak lama lagi, baiklah kaki saya ni.”  Balasku sambil aku cuba mengatur langkah. Sekali lagi aku terpelecok. Auch….bekerut muka aku menahan kesakitan. Terasa lenganku dipaut dari kiri. Bila aku menoleh ke kiri, rupanya Fahim. Ei….apasal lah dia suka sangat pegang-pegang aku?

            “ Maaf, saya cuma nak membantu sahaja. Saya rasa kaki awak tu memang terseliuhlah Lily Dayana. Saya bantu awak duduk ye, mari.” Tanpa disuruh, dia memapahku ke arah kerusi di pondok hadapan kami. Rakan-rakanku yang lain hanya memandang sambil tersenyum yang penuh makna. Apabila terpandangkan wajah Zaki, tiada senyuman di wajah itu. Wajahnya hanya memaparkan riak tenang tapi hairan mengapa ada sedikit kekeruhan di wajah kacaknya itu. Ah…biarlah.  Ada aku kisah??

           “ Terima kasih Mohd. Fahim Hijazi. Saya rasa, awak dah boleh lepaskan tangan saya ni!”  Ujarku sambil membuat isyarat mata yang ditujukan pada tangannya yang sedari tadi masih memegang tanganku. Kelihatan dia sedikit tersentak, lantas meleraikan peganngan tangannya itu.  Nasib baik berlapik, kalau tak dah sah-sah tersentuh kulit aku ni. Sengaja aku memanggil nama penuhnya, kerana dia juga begitu apabila setiap kali memanggil namaku.

          “ Maaf, saya tak sengaja Lily Dayana.” Balasnya lalu bangun dan mengambil tempat duduk selang beberapa kerusi dariku. Bersebelahannya pula ialah Zaki yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

          “ Ehem….amboi kau Yana, dalam diam rupanya kau ni ek. Tak sangka aku ada sang hero datang menyelamatkan kau ek. Nampaknya cinta sedang berputik ya.” Tiba-tiba Fara bersuara dengan cara percakapan ala-ala tahun 60-an. Habislah aku macam ni.  Kalaulah si Fara tercerita pada mak aku, mati aku. Tak boleh jadi ni.

          “ Memandailah kau ni  Fara. Aku mana ada apa-apa dengan Fahim. Ala dia tolong aku pun sebab kebetulan kan dia berdiri sebelah aku. Janganlah kau fikir yang bukan-bukan  pulak. Dahlah Fara, jomlah kita mulakan. Karang lambat pula habis study group  kita ni.  Pstt… Fara, aku rasa perkara ni setakat ni aje ye, aku tak nak mak aku tau. Kau faham-faham ajelah mak aku tu macam mana?” Pintaku pada Fara dengan nada yang sedikit berbisik padanya.  Fara menganggukkan kepalanya.  Itulah Fara,  walau dia sering mengusikku, namun dia adalah seorang sahabat yang baik malah rumah kami pun tidaklah jauh, buka pintu dapur rumahku maka kelihatanlah pintu dapur rumahnya. Sangat dekat dan kalau nak jumpa hanya jerit-jerit nama sahaja. Selalu kami bersembang di belakang rumah. Duduk ambil angin di situ. Kadang-kadang, rakan yang lain pun tumpang sekaki.  

Last edited by wipers81 on 24-4-2013 12:09 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-4-2013 12:10 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


               Denyutan di kaki kian terasa. Aku gagahkan juga diri dan cuba menyembunyikan kesakitan ini. Tak mahu tumpuan rakanku yang lain terjejas hanya kerana aku. Setelah  hampir sejam setengah, akhirnya perbincangan kami selesai. Aku pantas mengemaskan beg, memasukkan buku ke dalamnya. Sebahagian dari rakanku, mula meninggalkan pondok tempat kami berkumpul. Fara dan sahabatyang lain sedang menunggu aku yang terkial-kial mengatur langkah.Setiap kali akumelangkah, sakit di kaki makin rancak berdenyut.  

             “ Kau bolehjalan ke ni Yana? Risaulah aku dengan kaki kauni. Tulah, tadi berlagak sangat kata sikit je. Ni macam mana kau nak jalan? Terhencut-hencut dah macam orang OKU saja cara kau jalan. Kalau macam ni gayanya, senja pun belum tentu sampai rumah.” Bebel Azreena.Sempat lagi dia perli aku. Aku hanya tersengih. OKU dikatanya aku. Sabar sajalah.

            “ Boleh kot jalan kalau pelan-pelan. Kalau kau nak balik dulu, pergilah.  Janganlah risau, aku okey. Takut nanti kau kena marah dengan mak kau pulak sebab tunggu aku yang lambat ni.”  Lantas satu cubitan hinggap di lenganku bila habis saja aku berdialog.

           “ Adui…sakitlah mak ketam oi... Ish, dah macam ketam nak salin kulit aku tengok kau ni Azreena.” Maunya tak sakit. Dah la kuku tuh panjang, sabar jelah aku ngan Azreena ni.

          “ Amboi, macamlah pernah tengok ketam nak salin kulit. Dah kau jangan nak mengada! Kau ingat aku ni jenis pentingkan diri ke? Takde maknanya mak aku nak marahkan aku. Kalau kau punya pasal, tak pernahnya mak aku nak marah. Ala macamlah kau baru kenal ngan mak aku tu, sayang sangat kat anak angkat dia ni. Kalaulah dia tahu kaki kau tengah sakit macam gini, maunya dia suruh abang aku jemput kita balik tau!”  Tepat jari telunjuknya dituju pada kakiku.

          “ Eleh, cemburulah tu. Yelah-yelah, sorrylah. Okeylah, jom kita jalan sama-sama.  Tapi, kau jangan marah okey kalau kita lambat. Fara dengan yang lain dah ke depan.  Jom, karang lambat pula nak sampai rumah.” Pujukku lantas menarik lengannya. Anak manja memang suka merajuk. Macam mana tak manja, hanya dia seorang anak perempuan dalam keluarganya. Sudahlah tu, anak bongsu pula. Azreena.. Azreena. Aku berjalan perlahan menyainginya lalu kami berjalan beriringan. Sakit di kakiku…hanya Tuhan yang tahu.  Apa agaknya aku nak jawab dekat mak bila sampai rumah ni? Mau tiga hari tiga malam dibebelnya aku.

Last edited by wipers81 on 24-4-2013 12:21 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2013 12:23 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...

BAB 3





               Betul seperti tekaanku. Sampai saja di rumah, emak amat terkejut dengan keadaan aku.  Pedih telinga aku dengar bebelan dia, mau  bernanah telinga aku ni. Nak buat macam mana, sendiri yang cari sakit. Kembarku hanya mampu menggeleng. Mujurlah mak aku tahu mengurut sikit-sikit. Bukan kata seribu tapi rasa macam dah berjuta kerutan di muka aku ni menahan sakit ketika diurut oleh mak.

            “Sebab tulah ada pesanan ‘berhati-hati dijalan raya! Ni tak, kau main redah je. Apalah nak jadi ngan ko ni dik? Tak habis-habis dengan perangai cuai ko tu. Kalaulah longkang tuh besar, ish…’selisih malaikat 44’, tak boleh mak nak bayang apa akan jadi kat kau. Maunya patah kaki kau ni tau tak!” Adui…mak aku ni, kalau dah mula membebel, susah nak berenti. Bukan setakat kaki aku sakit, telinga pun nak kena urut juga. Tahankan sajalah.

            “Ala mak ni, adik bukan sengaja pun. Sungguh, adik tak perasan ada longkang kat depan masa adik jalan tadi. Nasib baik Fara dengan Azreena ada tadi.  Jangan risaulah mak, esok baiklah kaki adik nih.” Konon nak pujuk emakku. Tapi makan pujuk ke mak ni, sebab sekali dia membebel hmmm…kena tadahlah telinga nak mendengar bebelannya.  Nasib kaulah Dayana.

            “Hah..menjawab! Tulah, kan mak pesan, lepas sekolah balik.  Ni, ke mana ko melencong, itulah berdosa dengan mak” bukk…macam seketul batu terhempap atasku.  Tulah, kau Yana, kan dah kena dengan emak. Sempat lagi emak menghadiah satu cubitan yang berbisa ke paha ku.

            “Adoi…sakitlah mak. Adik minta maaflah mak, adik tak melencong ke mana pun. Tadi kami ada buat study group. Kalau tak percaya tanya Fara tak pun Azreena? Diorang ada samalah dengan adik tadi. Kan adik dah pesan kat kakak, dia bagitau mak tak?” Fuh…macam nak semput aku menerangkan pada emak. Emak menjeling padaku.  Aik… marah lagi rupanya. Apalah nasib aku, siang tadi kena cubit dengan Azreena, malam ni dengan mak pula. Hai nasib badan…

            “Memanglah dia ada bagitau mak. Hmm….sudahlah, lain kali jangan buat macam ni. Takpelah, kalau ko balik lambat lepas ni mak faham. Tapi ingat, jangan nak merepek kelain pula. Bila mak dah bagi peluang, guna sebaik-baiknya tau.  Satu lagi kau kena ingat, jangan nak ambil kesempatan pulak buat benda lain.  Kalau mak tahu siap ko!  Yelah,  mak maafkan anak mak ni.  Sebagai denda, ko kena tolong mak jahittulang belut baju kawan mak ni.  Dia nak sangat ko yang jahit.” Sempat lagi mak warning  kat aku.  

Last edited by wipers81 on 24-4-2013 07:59 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2013 12:28 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


               “ Orait mem. Sayang mak.”  Lantas aku memeluk emak. Dengan automatik, sakit di kaki pun terasa hilang sedikit.

                  Oleh kerana kerja sekolahku telah ku siapkan awal di sekolah tadi, aku lantas mengambil baju kawan emak. Ya, memang aku boleh mmenjahit tulang belut. Jahitan tangan dengan sulaman tertentu di leher baju kurung amat terkenal di negeri kelahiranku, negeri Johor. Sedari usiaku dua belas tahun lagi aku sudah pandai membuatnya.  Entahlah, boleh dikatakan semua pelanggan emakku berpuas hati dengan jahitan ku.  Kemas kata mereka. Alhamdulillah, setiap helai baju yang aku jahit hanya mengambil masa dua hingga tiga jam untuk disiapkan. Disebabkan itulah emak lebih senang jika aku yang menjahit di bahagian leher setiap baju tempahannya.

            “Adik, bangunlah. Dah lambat ni!  Kau nak pergi sekolah ke tak ni?”  Liana cuba mengejutkan kembarnya. Hairan, selalunya Yana yang akan bangun lebih awal darinya. Sakit lagi ke kaki dia ni?

            “ Kaki aku sakitlah kak. Macam mana aku nak pergi sekolah ni ek?” Aku menggaru kepala. Dah jadi tabiat aku. Macam mana nak pergi sekolah ni? Kakiku rasa sengal. Agaknya bentan kot? Yalah, jauh juga aku menapak dari sekolah ke rumah semalam. Aku melihat kakiku yang sudah sedikit bengkak.


            “Entah-entah bentan agaknya kaki kau ni? Kalau sakit sangat cuti jelah. Lagi pun hari ni hari Jumaat. Esok, lusa cuti. Rehat ajelah kat rumah. Nanti mak tulis surat kat cikgu ko.” Emak terus duduk di sisiku, sambil melihat keadaan kakiku yang sedikit bengkak itu. Liana tanpa banyak bicara berlalu pergi menyiapkan diri untuk ke sekolah.  Kasihan pula dia dengan adik kembarnya itu.

            “Yelah mak. Adik ikutkan je. Sakit sangat kaki ni. Eh, adik tunggu kat luar kejap ya mak, kang kawan-kawan adik tertunggu pulak, kesian kat diorang nanti.” Perlahan aku bangun, dan mengatur langkah dengan berhati-hati. Takut terpelecok lagi. Kembarku kelihatan sedang memakai kasut sekolahnya di muka pintu.

            “Kak, kawan-kawan aku dah sampai ke?” Lantas aku duduk di kerusi yang berada di sebelahnya.  Dia menoleh padaku.

            “Takpelah ,karang kalau aku nampak diorang, aku bagitau lah kat diorang yang kau kena cuti hari ni. Dah pergilah masuk berehat. Nanti lagi bengkak teruk pula kaki kau tu.” Katanya lantas bangun dan menepuk-nepuk bajunya yang sedikit ronyok itu. Dia menyalam tangan emak, kemudiannya berlalu pergi meninggalkan aku dan emak.  Selamat menuntut ilmu wahai kakakku.

Last edited by wipers81 on 24-4-2013 08:04 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-4-2013 08:07 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


               Aku hanya tersengih.  Sayang juga kakak kat aku. Kelihatan dilaman, kakakku sedang bersembang dengan rakan-rakanku. Mereka menoleh padaku yang berada di ambang pintu rumahku, lantas aku melambai tangan pada mereka. Lambaian tanda selamat jalan.  Mereka membalas lambaianku, lalu melangkah meninggalkan aku.


             “Mak, bosanlah duduk di rumah ni. Ada apa-apa ke mak nak adik buat?”   Ewah…cuba nak jadi anak solehahlah katakan. Ku lihat emak duduk di mesin jahitnya, dengan tekun sedang menjahit baju pelanggannya. Dia mengangkat mukanya lalu memandangku.


            “Ko buatlah apa yang patut dik. Tapi janganlah kerja yang berat. Karang bertambah sakit kaki ko tu.  Tuh kat dapur, mak dah rendam ikan pari. Ko masak asam pedas ye. Teringin nak makan asam pedas.  Sayur yang ada kat dapur tu, ko masaklah apa pun.” Emak kembali menyambung kerjanya. Sememangnya aku memang pakar dalam masak asam pedas Johor. Ia diakui sendiri oleh mak dan sesiapa yang pernah merasa masakan aku itu. Perlahan-lahan aku bangun. Langkah ku atur menuju ke dapur. Ish, awal lagi nak masak ni. Pukul sepuluh nanti aku startlah masak. Langkah yang ku hayun menuju ke dapur, ku pesongkan ke bilikku. Lepak kejaplah.


              Sementara di sekolah. Loceng telah berbunyi, menandakan waktu persekolahan bermula pada hari itu. Fahim resah. Wajah yang dicari sedari tadi tidak kelihatan. Dia memandang lagi ke arah kelompok pelajar perempuan di kanannya. Hesy…takde juga.  Tak datang ke dia hari ni? Teruk ke keadaan kaki dia?  Fahim bermonolog dalam hati.


            “Amboi-amboi. Terjenguk-jenguk dari tadi. Kau cari buah hati kau ke?” Mana pula datang suara ni. Lantas Fahim menoleh ke belakang.  


            “Eh...Sofia. Takdelah, saja buat senaman leher hari ni.” Uish…loyar buruk juga mamat ni. Kelihatan Fahim meraup rambutnya ke belakang. Semakin terserlah ketampanannya ketika itu.

              Patutlah Lily Dayana minat dekat kau selama ni, Fahim. Mohd. Fahim Hijazi adalah seorang jejaka yang manis di pandang.  Kulitnya nak kata cerah pun tidak gelap puntidak.  Kalau nak kira hensem, memanglah Zaki yang menang.  Namun, hakikatnya wajah Fahim memang tidak jemu di pandang.  Selain Zaki, dia juga ramai peminat di sekolah. Namun hatinya sudah terpaut dengan seseorang.  Dalam diam, dia meminati Lily Dayana sejak dari Form 1 lagi.  Masa tu, kelas mereka bersebelahan. Sungguh dia tak sangka, mereka akan jadi rakan sekelas sekarang. Gadis itu ada keistimewaan tersendiri.  Dia tahu, gadis yang diminatinya terlalu merendah diri, seolah malu dengan rupa parasnya.  Sedangkan bagi diri Fahim, dia tidak ambil pusing akan semua itu. Di matanya, gadis itu terlalu sempurna. Ada sesuatu yang menarik hatinya untuk terus mendekati gadis itu.

Last edited by wipers81 on 24-4-2013 08:10 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 11:49 AM | Show all posts
Nak ucapkan TAHNIAH e-novel ni masuk P2U!  Chaiyokkk...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-4-2013 12:08 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 25-4-2013 11:49 AM
Nak ucapkan TAHNIAH e-novel ni masuk P2U!  Chaiyokkk...


oooii macit...banyak mulut kat sini yer...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2013 12:16 PM | Show all posts
ladyFinger12 posted on 25-4-2013 11:49 AM
Nak ucapkan TAHNIAH e-novel ni masuk P2U!  Chaiyokkk...

uish akak...baru submit jew...xtahu ok ke tak lg...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2013 12:19 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


              “ Tak payah seganlah dengan aku, Fahim oi… Dia tak datanglah hari ni Fahim.  Azreena bagitau aku tadi, kaki dia bengkak.  So, mak dia suruh dia cuti hari ni. Takut bertambah bengkak pula kaki dia nanti. Kalau kau rindu kat dia, pergilah jenguk dia di rumahnya.”  Kata Sofia pada Fahim. Pandai-pandai je Sofia ni.

              “ Ada-ada saja kau ni Sofia.  Takpelah aku gerak dulu.” Pantas Fahim bergerak meniggalkan Sofia yang tersengih macam kerang busuk.  

              “ Fahim……Fahim. Kalau betul rindu, luahkan sajalah. Jangan nak selindung lagi. Jangan kau jadi macam Yana, hingga sekarang dia pendam perasaan dia pada kau Fahim. Hai, nasib korang berdualah.” Kata Sofia sendirian dan dia kemudiannya mengatur langkah menuju ke kelas bersama dengan yang lain.

                Sepanjang hari ini, Sofia rasa amat sunyi tanpa kehadiran sahabatnya Lily Dayana. Dia perasan, bagaimana muramnya wajah Fahim dan dia juga nampak Fahim sering memandang ke meja Lily Dayana yang kosong itu. Sofia juga tahu, Zaki juga turut berbuat demikian. Hai..Lily Dayana, bertuahlah kau. Walau Yana sering merendah diri, sedar akan kekurangannya, namun siapa sangka dalam diam diri dia di intai dua jejaka yang boleh dikatakan antara yang hot di sekolah. Zaki memiliki sepasang mata yang redup, berkulit cerah pendek kata muka dia ala-ala Chinese look dan memang menjadi idaman kebanyakkan gadis di sekolah. Manakala Fahim pula tidak kurang hebatnya.  Berkening lebat dengan hidungnya yang agak mancung dan terdapat tahi lalat di bawah bibir kirinya, kulitnya juga sawo matang. Ramai juga gadis yang mencuba nasib untukmenjadi temannya.  

                Setelah tiga hari berehat di rumah, akhirnya aku dapat ke sekolah seperti selalu bersama rakan yang lain pada hari ini. Sepanjang cuti di rumah, ramai yang melawat aku.  Terharu rasa hati ini. Yang datang tu pun bukan orang lain, Fara, Ecah, Enab dan Fiza.  Mak Azreena merangkap ibu angkatku turut sama melawat aku. Puas juga telinga ni menahan bebelan dari dia. Seronok tengok wajah cemburu Azreena dengan layanan emaknya padaku.

              “ Fara, aku ada bawak karipap pusing hari ni. Kau bagilah kat kawan-kawan kita dalam kelas ni ya.”Aku hulurkan bekas karipap yang dipegang olehku padanya. Dari dalam bas lagi, Azreena membebel padaku kerana sanggup memegang bekas karipap yang agak besar itu. Nak buat macam mana, aku dah niat nak buat kenduri. Penat aku buat kairpap pusing nitau. Dalam dok membebel kat aku pun sempat lagi dia sental dua biji karipap aku.

              “ Sedapnya karipap ni. Mak awak buat ke Lily Dayana?” Pujian ikhlas yang terbit dari mulut Fahim sebaik dia merasa karipap yang di bawa oleh gadis itu.  Memang sedap!!


Last edited by wipers81 on 25-4-2013 12:24 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2013 12:25 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


             “ Bukan mak dialah yang buat Fahim, kalau kau nak tahu, Yana ni pakar buat karipap pusing tau. Ni, dia kelim karipap dengan tangan lagi tau bukan pakai acuan.  Bukan setakat karipap, masak, menjahit.. eii ..macam-macam lagilah dia pandai. Korang tak pernah lagi rasa asam pedas si Yana, tiba-tiba rasa lapar pulak perut aku ni Yana bila terkenangkan asam pedas kau tu. Untung tau siapa yang kahwin dengan dia nanti.” Aku menyiku si Fara. Hai, lebih-lebih pulak si Fara ni memuji aku. Nasib baik aku ni jenis yang tak makan pujian Agak-agaklah kalau nak puji pun.

              “ Ye ke Fara?  Bertuahlah badan siapa yang dapat Yana ni kan?  Kalau sudi, esok-esok bawaklah lagi.  Memang sedap karipap ni. Kalau hari-hari awakbuat kenduri, mesti best  kan!!” Tiba-tiba  Zaki  datang  menyampuk. Ekeleh, mamat  sengal ni...kot ye pun takkanlah hari-hari nak makan karipap yang aku buat. Biar betul dia ni? Tak jemu ke?  Aku hanya mencebik mulutku. Malas nak layan. Terus saja aku berlalu dan duduk semula ke kerusiku.

                  Fahim hanya tersenyum memandangku. Zaki ni pun satu, tak habis-habis nak menyakat Yana. Dia memandang wajah yang sering membuatkan lenanya terganggu.  Seperti ada tarikan pada wajah itu.  Memang gadis ini berkulit gelap. Tapi  sangat manis bila dipandang. Hidung mancung, matanya yang sedikit bulat dengan alis matanya yang lebat dan bibirnya yang cantik. Gadis ini berkaca mata. Apabila dia tersenyum, tersangatlah manis dan yang nyata gadis itu mempunyai lesung pipit di sebelah kiri pipinya tapi entah kenapa sangat jarang bagi gadis ini menyedekahkan senyumannya yang sangat manis itu. Seolah-olah, ada sesuatu yang menghalang. Tapi dia juga perasan, sejak akhir-akhir ini, rakannya Zaki juga seolah-olah cuba menarik perhatian gadis hitam manis ini.  Hai..ada persaingan nampaknya. Tak boleh jadi ni.

            “Okey kawan-kawan, hari ni cikgu Zaleha minta kita semua berkumpul di depan perpustakaan.  Dah, jom lekas semua beratur kat luar sana.” Selaku ketua kelas, Zaki memberi arahan guru matapelajaran Geografiku. Bingkas kami semua bangun lalu bergerak meninggalkan meja masing-masing. Kami mula beratur, setelah semuanya bersiap sedia, kami sama-sama berjalan menuju ke perrpustakaan. Setibanya di depan perpustakaan, kelihatan cikgu Zaleha sedang menanti. Kami semua masih terpinga-pinga dengan tujuan cikgu Zaleha yang menyuruh kami ke mari.

            “Mesti awak semua terkejutkan kenapa saya suruh ke sini. Hari ini adalah giliran kelas kamu untuk membuat ‘rondaan’ di sekolah ini.” Katanya sebaik melihat kami semua berdiri di hadapannya. Barulah kami faham akan maksud arahan dia hari ini.

            Apalagi, dengan serentak kami semua bersorak, mana taknya semalam giliran kelas Arif selaku kelas budak-budak pandai buat ‘rondaan’ yang bermaksud gotong-royonguntuk mengutip sampah keliling sekolah. Ia dinamakan program keceriaan sekolah. Lagipun, sekali-sekala tolong pakcik tukang kebun sekolah kami apa salahnya.  Mahunya tak seronok, tak payah terperap sangat dalam kelas tu. Sekali-sekala ambil angin luar, boleh juga rehatkan otak kami. Tanpa membuang masa, kami mula menjalankan tugas.

            “Ish Yana, cikgu kata kutip sampah yang kau petik bunga tu apehal? Kalau bunga ros takpelah juga, ni bunga lalang. Hesy…tak faham aku ngan kau ni Yana.”  Panjangnya muncung kawan aku si Sofia ni. Tarik muncung tu nanti baru dia tau.


Last edited by wipers81 on 25-4-2013 12:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2013 12:34 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...



            “Memanglah bunga lalang, tapi aku suka. Tengok bila kena tiup angin, terlentok sana terlentok sini. Cantik saja aku tengok.” Dengan gaya yang sedikit menggedik ku buat untukmenggambarkan rasa terujaku pada Sofia. Sebuah senyuman manis telah aku hadiahkan padanya. Tanpa aku perasan, dua pasang mata sedang memerhatikan gelagat aku.

            “Sudah, jangan kau nak menggoda aku pulak. Takde maknanya pada aku tau.”  Amboi siap dicebik mulut dia padaku. Alah memang dah tergodalah tu…ahaks.

             Aku hanya tergelak kecil melayani telatah rakanku Sofia. Entah kenapa, hanya dengan Sofia dan Azreena sahaja aku berani mengusik dan berlawak dengan mereka. Dengan rakan yang lain, aku saja yang sering kena usik. Agak terleka aku dengan keasyikkan bunga-bunga yang aku kutip bila ditiup angin.

          “ Er…Yana, nah ni untuk awak. Saya tengok dari tadi asyik sangat awak petik bunga ni, jadi saya rasa awak mesti sukakan bunga lalang ni.” Siapa pulak yang berani menganggu mood  baik aku waktu ni. Aku berpaling. Mak ai, terkejutnya aku. Mana taknya, ditangan Zaki, kelihatan sejambang bungan lalang yang entah bila dia buat.  Lantas dia hulurkan padaku.  Nasib baik kulitku gelap, kalau tak sah-sah nampak merah muka aku yang sedang menahan malu ini. Dia ni ada kuasa magic ke?  Macam mana dia tahu aku sukakan bunga ni. Sebenarnya nak kata minat sangat dengan bunga ni tidaklah, Cuma suka-suka saja. Ei..seram juga aku dengan dia ni.

          " Awak ni demam ke Zaki? Takde angin takde ribut tiba-tiba saja bagi saya bunga ni.” Amboi berani pula aku kata macam tu kat dia. Serba salah pula aku sama ada nak ambil jambangan bunga itu atau tidak? Rasanya macam aku terdengar suara orang tengah galak gelak di belakangku.

          “ Ai, malu-malu pula kau ni Yana. Ambil sajalah, orang dah nak bagi.” Sedapnya mulut makcik ni. Siap tolong gelakkan aku lagi. Siapa lagi kalau bukan Fara. Yang lain semua tengah senyum sumbing dah macam kambing pun ada. Sabar...sabarYana. Ikutkan hati, ada yang kena sekeh ngan aku.  Tapi berani ke aku?

          “ Eh…Zaki, saya bukan lembu okey. Ingat boleh makan ke bunga ni?”  Wah sudah semakin berani pula aku menuturkan kata-kata pada dia. Macam mana pula aku boleh berani macam ni. Aku hentam saja dialog tu, ish apasal pula lembu boleh masuk dalam ini cerita?

          “ Kalau lembu, dah lama saya tolong suapkan dalam mulut lembu tu. Senang sikit, lembu tu kunyah terus saja tak payah nak meragut rumput lagi dan adakah saya suruh awak makan bunga ni?” balasnya sambil tersengih. Toing….kan dah kena sebiji….padan muka kau Dayana. Aku menggigit bibir bawahku menahan marah. Nak marah pun salah aku juga yang keluarkan kenyataan sengal pada si Zaki ni.  kan dah kena batang hidung sendiri..


Last edited by wipers81 on 25-4-2013 01:43 PM

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 04:18 PM | Show all posts
teruskn sayang....sweet citer nih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2013 05:50 PM | Show all posts
sellie003 posted on 25-4-2013 04:18 PM
teruskn sayang....sweet citer nih...

terima kasih banyak2 sebab sudi support saya

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2013 09:36 PM | Show all posts
wipers81 posted on 25-4-2013 05:50 PM
terima kasih banyak2 sebab sudi support saya

Sama2 kasih.... nnt sambung ya...tajuk tu pun dalam maknanya....

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2013 09:27 AM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


              “ Whatever..” Rasa macam bukan setakat panas saja tapi dah nak jadi bara api muka aku ni tahan malu. Boleh pula dia bantai sengih dekat aku macam kambing da.  Lantas aku berlalu meninggalkan dia tanpa mengambil bunga di tangannya. Sebaik saja aku berpusing….tenggg… auchh…bunyi yang terhasil saat dahiku berlaga dengan tiang. Sejak bila pula tiang ni ada kat sini? Rasa macam nak pitam. Ku tahan…bertahan Dayana. Control ayu sikit.

              " Ya Allah, Yana.  Hesy…tiang pulak dia langgar!  Macam-macamlah buah hati aku ni.”  Ucap satu suara,  walau pun ayat yang belakang tu perlahan dituturkan,  telinga aku masih boleh menangkap setiap butir patah perkataan. Biar betul Fahim ni? Aku menelan air liur.  Dia mendekatiku, kelihatan tangan kanannya cuba menyentuh bahuku.

              “ Oh…takpelah Fahim. Saya okey, saya boleh bangun sendiri..” Pantas aku menepis lembut tangannya. Ku leraikan pautanku pada tiang itu setelah aku berdiri dengan seimbang. Nasib baik aku terhantuk perlahan, kalau tidak mahu benjol kepala aku ni.  Zaki berlari-lari anak menuju ke arahku.

              “ Yana…Yana, kenapalah sinonim sangat perangai kalut dengan awak ni?  Kalaulah saya bagi sejambak bunga ros kat awak, rasanya dinding pun awak akan langgar. Gelabah tak hengat betullah awak ni.”  Boleh pula si Zaki bantai gelak pada aku.  Fahim ku lihat menjeling ke arah sahabat baik dia. Kalau bukan kau punya pasal, takdenya aku langgar tiang ni Zaki oi….

                 Patutlah gadis pujaan dia terlanggar tiang, rupanya Zaki punya kerja. Siap bagi bunga pula tu. Bila masa pula si Zaki ni kutip bunga-bunga tu, tak perasan pula dia.  Bunga  lalang pula tu, tak pernah dibuat orang. Fahim menggelengkan kepalanya sebaik terpandang bunga itu di tangan Zaki. Dengan cepat Zaki melemparkannya ke tanah dan tersengih ke arah Fahim sambil mengangkat jari telunjuk dan jari hantunya membuat tanda peace. Sabar sajalah Fahim dengan perangai Zaki ni.

             “ Apalah motif Zaki bagi bunga pada buah hati pengarang jantung aku ni?  Tak boleh jadi ni! Dia nak ngurat Yana ke?  Habis aku macam mana?  Takkanlah nak berdiam diri saja.”  Fahim memulakan sesi soal-menyoal dalam hatinya.

             “ Dahlah tu Zaki. Kesian pula aku tengok Yana. Mari Yana saya bantu awak duduk kat sana sekejap.”  Fahim menunjukkan jarinya ke arah kerusi yang tidak jauh dari tempat kami berdiri. Hajat hati mahu saja dia memapah gadis itu, tapi sudah pasti gadis itu akan menolak pertolongannya.

                Sofia yang sedari tadi diam merapatiku lantas memaut lenganku. Ditariknya lenganku agar mengikutnya. Aku hanya menuruti sahaja. Kebas rasa dahi aku. Rasa-rasa, boleh hilang ingatan tak dengan kecederaan begini? Dah mulalah aku nak merepek. Ish..dah biul ke aku ni? Ya Allah, aku muda lagi, banyak perkara yang belum tertunai lagi. Dalam kesakitan, sempat lagi aku tersengih.

             “ Hai yana, siap sengih kau ek. Nasib baik tak benjol dahi kau ni. Kau ni Yana, kot ye pun kau teruja janganlah kau pegi cium tiang tu. Tak habis-habislah kau ni. Kaki tu baru saja nak baik, kau tambah pula kat dahi. Esok-esok kat mana pula tak taulah aku?” Sofia mula membebel sambil menelek dahiku. Marah sangat Sofia ni dekat aku. Baik aku diam saja. Kalau menjawab nanti, lagi panjang berjela syarahan dia.

            Sepanjang hari fikiran aku asyik teringat peristiwa tadi. Gelagat Zaki sedikit sebanyak meresahkan dan merimaskan aku. Tambahan pula sepanjang berada dalam kelas hari ini, aku dapat rasakan diadan Fahim sering mencuri pandang padaku. Rimas pula aku dengan diorang berdua ni. Kegelisahan ku semakin berganda dengan ayat yang terkeluar dari mulut Fahim tadi yang masih terngiang di telingaku. Sesak nafas dan otak aku dibuatnya. Semuanya jadi tak tentu arah hari ini. Adakah dia juga menyimpan perasaan padaku?


Last edited by wipers81 on 26-4-2013 09:37 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-4-2013 12:31 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


BAB 4




              Peperiksaan PMR hanya tinggal sembilan hari saja lagi. Pagi ini, aku dikejutkan dengan berita yang sangat menyedihkan. Ibu Azreena, merangkap ibu angkatku telah kembali kerahmatullah. Innalillahiwainnailaihirojiun….Ya Allah, kau kuatkanlah semangat sahabatku. Tempatkanlah roh ibu angkatku dikalangan orang-orang yang beriman…Amin. Macam manalah agaknya dengan keadaan sahabat ku Azreena? Aku tidak pergi ke sekolah pada hari ini kerana ingin menemani sahabatku. Aku ingin sentiasa di sisi sahabatku dengan niat untuk menenangkannya.

            “ Malam ni mak izinkan adik tido kat rumah Azreena. Kesian mak tengok dia.  Ko pujuklah dia dik. Mak tengok dari tadi dia tak makan.” Kata emak sebaik sahaja  pulang dari rumah Azreena setelah selesai semua urusan berkaitan jenazah emak Azreena.

              Aku faham dengan keadaannya. Sedangkan kepiluan masa bapaku meninggal pun masih terasa sampai sekarang walaupun masa tu aku baru nak menginjak ke usia enam tahun, inikan pula Azreena. Tabahlah wahai sahabatku.

            “ Azreena, jomlah, aku temankan kau makan. Makanlah, sikit pun takpe. Aku janji, aku akan  selalu di sisi kau selagi hayat aku dikandung badan,” kataku sambil menyuakan sepinggan nasi kepadanya.

              Sedikit sebak nadaku bila menuturkan ayat yang terakhir. Lagi deras aku dengar raungan Azreena. Dia merebahkan badan lalu kepalanya dilentokkan ke ribaku. Aku mengusap perlahan kepalanya. Yalah, dahlah kawan aku tengah sedih, aku dengan tak sengaja menambah lagi kesedihannya. Alahai …mulut aku ni.

            “ Entahlah Yana, macam mana agaknya hidup aku lepas ni. Aku sedih sangat.  Aku tak sangka secepat ni mak aku pergi tinggalkan aku.” Aku hanya mampu mendengar luahan hati sahabatku.  Aku juga masih dalam keadaan terkejut. Semalam elok sahaja aku tengok makcik Hasnah, tup tup..pagi ni dapat tahu dia dah meninggal dunia.  Sesungguhnya ajal dan maut itu adalah urusan Allah S.W.T

               Hampir dua malam aku tidur di rumah Azreena. Pemergian ibu Azreena banyak membuka mataku. Terasa seperti banyak dosaku pada emak. Aku menginsafi diri yang serba kekurangan ini. Aku berazam menjadi anak yang solehah. Selagi hayat dikandung badan, selagi itulah aku akan berbakti kepada emakku yang banyak berkorban untuk kami berdua. Aku akan belajar bersungguh-sungguh demi emakku, ya demi membalas jasannya. Tiba-tiba saja dadaku terasa sebak, lalu mengalirlah air mataku mengenangkan emak. Rindu pula aku pada emak sedangkan rumah aku dengan rumah Azreena bukanlah jauh mana pun. Hanya selang beberapa rumah sahaja.

               Selepas seminggu permergian makcik Hasnah, kini kami berhempas pulas, memerah otak dan  tenaga menghadapi peperiksaan PMR. Setelah seminggu kami menghadapinya dengan penuh cabaran, akhirnya tamat juga peperiksaan yang kami duduki ini. Aku telah berusaha dengan sebaik mungkin. Keputusannya nanti, aku hanya berserah pada Maha Esa. Moga dengan restu emak dan berkat usaha gigihku dan dorongan guru, aku berharap agar mendapat keputusan yang
memberangsangkan.  Amin…



Last edited by wipers81 on 26-4-2013 12:42 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-4-2013 08:54 PM | Show all posts
maniskah derita, pahitkah bahagia...


              Kini tiba musim cuti sekolah. Selalunya kami akan pulang ke kampung. Rindu rasanya hati nak bertemu dengan atuk walaupun aku dengan atuk tidaklah serapat mana.  Atuk lebih rapat dengan Liana. Tapi aku tak kisah, selagi dia boleh menerima aku itu sudah cukup bagiku. Hanya dia sorang sahaja atuk yang aku ada. Perjalanan menaiki bas ekspress ini menyebabkan aku ‘mabuk darat’. Aku memang dari dahulu lagi tidak tahan dengan air cond dalam bas ekpress dan juga teksi. Bau asap bas teramatlah meloyakan tekakku. Bukanlah nak perlekehkan pengangkutan awam yang ada ni, tapi itulah hakikatnya. Aku memejamkan mataku, cuba memaksa diri untuk lena sebentar bagi mengurangkan rasa loya di tekakku.

              Akhirnya setelah tiga jam menempuh perjalanan yang meloyakan aku, kami telah selamat tiba di kampungku. Daerah kelahiran emak dan kami berdua. Juga dikenali sebagai Bandar Maharani. Daerah yang unik dalam negeri Johor yang mana mempunyai dialek bahasa yang tersendiri. Daerah Muar,kalau dalam sebutan orang kampung kami ialah Muor….kena muncungkan sedikit mulut. Semua perkataan yang berakhir dengan ‘ar’  digantikan dengan ‘or’. Contohnya pagor, ulor, cabor banyak lagilah perkataan lain.  Itulah keistimewaan daerah kelahiranku. Sebab itulah perkataan kau banyak disebut sebagai ‘ko’ di negeri Johor.

             “ Assalamua’laikum…atuk…ooo atuk…” Itulah panggilan aku pada emak kepada emakku. Aku cuba mencari kelibat atukku melalui tingkap. Rumah kampung yang amat aku rindui. Rumah yang mendamaikan jiwa raga aku. Tiap kali kalau balik semasa musim buah-buahan..…nikmatnya tak terucap. Rumah atukku dikelilingi oleh pokok buah-buahan. Durian, langsat, rambutan, manggis, rambai, duku dan macam-macam lagi sampai nak sebut pun semput.

            “ Wa’laikumussalam…..lah ko ke Yah, aku ingatkan sape lah tadi. Kejap ek atuk bukakan pintu.” Balas atukku. Dari tingkap dibahagian dapur, jelas kelihatan dia melangkah perlahan ke arah pintu. Nampak keuzuran atuk.  

               Sejak akhir-akhir ni, kakinya sering sakit. Menurut emak, kadang-kadang atuk hanya mampu mengesot. Semuanya akibat kekurangan kalsium. Masalah yang dihadapi oleh wanita di Malaysia ini akibat dari kurangnya pengambilan kalsium. Di negara barat, susu adalah sumber protein utama dalam membekalkan kalsium pada tubuh. Eh…boleh pula aku buat ceramah kesihatan.


Last edited by wipers81 on 26-4-2013 08:59 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2013 05:51 PM | Show all posts
kenapa yg atas tu mcm tepek siaran ulangan dr page 1?? salah tepek ke?
tgh makan karipap kenduri sbb kaki dah baik tiba2 jatuh longkang terpelecok balik?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2013 11:07 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 27-4-2013 05:51 PM
kenapa yg atas tu mcm tepek siaran ulangan dr page 1?? salah tepek ke?
tgh makan karipap kenduri sb ...

cuba mod conan baca satu-satu, bukan siaran ulangan. yang mula2 terpelecok kat longkang, yang lepas makan karipap kenduri terlanggar tiang....selamat membaca mod conan
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2013 12:21 PM | Show all posts
wipers81 posted on 27-4-2013 11:07 PM
cuba mod conan baca satu-satu, bukan siaran ulangan. yang mula2 terpelecok kat longkang, yang lepa ...

cer baca balik post 15 and 30.. kisah berkumpul di perpustakaan.. pastu buat rondaan kat sekolah.. pastu dpt bunga lalang

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.113225 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list