CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1567|Reply: 16

Mati Seorang Diri, Dah Lama Baru Jumpa Mayat- Trend Godoksa Semakin Membimbangkan

[Copy link]
Post time 21-12-2022 08:27 AM | Show all posts |Read mode
SEOUL – Korea Selatan berdepan masalah beribu-ribu penduduknya meninggal dunia keseorangan setiap tahun dengan ramai antara mereka di pertengahan usia, lapor portal berita CNN semalam.


Ramai daripada penduduk berkenaan diketahui meninggal dunia sama ada oleh jiran, kenalan atau saudara-mara mereka, hanya selepas beberapa hari atau minggu kemudian. Trend menyedihkan itu dikenali sebagai ‘godoksa’ (kematian sepi) di Korea Selatan.


Ia merupakan fenomena meluas yang cuba ditangani oleh kerajaan selama bertahun-tahun ketika penduduknya semakin meningkat usia.


Foto: Getty Images




Di bawah undang-undang Korea Selatan, kematian sunyi adalah apabila seseorang yang tinggal bersendirian dan sebatang kara, meninggal dunia kerana membunuh diri atau sakit dengan mayat mereka ditemui hanya selepas tempoh tertentu.


Isu tersebut mendapat perhatian sejak sedekad lalu apabila jumlah kematian sepi meningkat, manakala faktor di sebalik trend tersebut termasuk krisis demografi negara, jurang dalam kebajikan sosial, kemiskinan dan pengasingan sosial.


Semua faktor tersebut menjadi semakin ketara sejak pandemik Covid-19 melanda Korea Selatan.


Pada tahun lepas, Korea Selatan mencatatkan 3,378 kematian godoksa, meningkat daripada 2,412 orang pada tahun 2017, demikian menurut laporan yang dikeluarkan pada Rabu minggu lalu oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Korea Selatan.


Walaupun kematian sepi memberi kesan kepada orang ramai, laporan itu menunjukkan bahawa lelaki berusia pertengahan umur dan warga emas kelihatan sangat berisiko berdepan situasi tersebut.


Bilangan lelaki yang mengalami kematian sepi adalah 5.3 kali ganda lebih ramai berbanding wanita pada tahun 2021, meningkat empat kali ganda daripada sebelumnya.


Penduduk yang berumur dalam lingkungan 50-an dan 60-an membentuk sehingga 60 peratus daripada kes kematian sepi pada tahun lepas dengan jumlah yang besar melibatkan usia dalam lingkungan 40-an hingga dan 70-an.


Mereka yang berumur 20-an dan 30-an juga menyumbang sebanyak 6 peratus hingga 8 peratus kematian menyedihkan itu.


Korea Selatan adalah salah satu daripada beberapa negara Asia termasuk Jepun dan China yang sedang berdepan kemerosotan demografi dengan warganya mempunyai bilangan bayi yang rendah. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2022 08:56 AM | Show all posts

Trend ‘godoksa’ (kematian sepi) membimbangkan

Trend ‘godoksa’ membimbangkan

https://www.kosmo.com.my/2022/12/21/trend-godoksa-membimbangkan/

Oleh KOSMO!
21 Disember 2022, 8:15 am


Ramai penduduk yang berusia pertengahan umur meninggal dunia keseorangan di Korea Selatan. - Foto Getty Images

SEOUL – Korea Selatan berdepan masalah beribu-ribu penduduknya meninggal dunia keseorangan setiap tahun dengan ramai antara mereka di pertengahan usia, lapor portal berita CNN semalam.

Ramai daripada penduduk berkenaan diketahui meninggal dunia sama ada oleh jiran, kenalan atau saudara-mara mereka, hanya selepas beberapa hari atau minggu kemudian. Trend menyedihkan itu dikenali sebagai ‘godoksa’ (kematian sepi) di Korea Selatan.

Ia merupakan fenomena meluas yang cuba ditangani oleh kerajaan selama bertahun-tahun ketika penduduknya semakin meningkat usia.

Di bawah undang-undang Korea Selatan, kematian sunyi adalah apabila seseorang yang tinggal bersendirian dan sebatang kara, meninggal dunia kerana membunuh diri atau sakit dengan mayat mereka ditemui hanya selepas tempoh tertentu.

Isu tersebut mendapat perhatian sejak sedekad lalu apabila jumlah kematian sepi meningkat, manakala faktor di sebalik trend tersebut termasuk krisis demografi negara, jurang dalam kebajikan sosial, kemiskinan dan pengasingan sosial.

Semua faktor tersebut menjadi semakin ketara sejak pandemik Covid-19 melanda Korea Selatan.

Pada tahun lepas, Korea Selatan mencatatkan 3,378 kematian godoksa, meningkat daripada 2,412 orang pada tahun 2017, demikian menurut laporan yang dikeluarkan pada Rabu minggu lalu oleh Kementerian Kesihatan dan Kebajikan Korea Selatan.

Walaupun kematian sepi memberi kesan kepada orang ramai, laporan itu menunjukkan bahawa lelaki berusia pertengahan umur dan warga emas kelihatan sangat berisiko berdepan situasi tersebut.

Bilangan lelaki yang mengalami kematian sepi adalah 5.3 kali ganda lebih ramai berbanding wanita pada tahun 2021, meningkat empat kali ganda daripada sebelumnya.

Penduduk yang berumur dalam lingkungan 50-an dan 60-an membentuk sehingga 60 peratus daripada kes kematian sepi pada tahun lepas dengan jumlah yang besar melibatkan usia dalam lingkungan 40-an hingga dan 70-an.

Mereka yang berumur 20-an dan 30-an juga menyumbang sebanyak 6 peratus hingga 8 peratus kematian menyedihkan itu.

Korea Selatan adalah salah satu daripada beberapa negara Asia termasuk Jepun dan China yang sedang berdepan kemerosotan demografi dengan warganya mempunyai bilangan bayi yang rendah. – Agensi

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 09:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah sama mcm Jepun lak
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 09:12 AM | Show all posts
yg kt presint 11 hari tu kira mcm ni la kan
'godoksa'


risau jgk klu time sorg2 kt rmh ni kan

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 09:16 AM From the mobile phone | Show all posts
sejak dua menjak ni, galak depa buat drama LGBT. Promot lg gaya hidup bukan2. Lama2 esok tak berakyat, korea utara ambil alih
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 09:16 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2022 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak iols tggl sorg2. Ajak tggl sekali tak mau nye dia. Hari2 kitaorg cal. Klu mak xangkat masing2 mggelabah tny dlm group sapa dpt contact. Susah la org tua degil ni. Harap iols dh tua xdegil mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 09:21 AM | Show all posts
lurve82 replied at 21-12-2022 09:17 AM
Mak iols tggl sorg2. Ajak tggl sekali tak mau nye dia. Hari2 kitaorg cal. Klu mak xangkat masing2 mg ...

pasang cctv yang boleh pantau dari tepon tu
senang nak tengok pergerakan beliau di dalam rumah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2022 09:38 AM | Show all posts
asudau replied at 21-12-2022 09:21 AM
pasang cctv yang boleh pantau dari tepon tu
senang nak tengok pergerakan beliau di dalam rumah.

i pun ada letak cctv kat bilik mak waktu dia sakit. kami serumah. tp senang nak pantau. ni dia dah pegi.. semua record cctv dpt jadi kenangan..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
cucutokwan89: sejak dua menjak ni, galak dep ...


Yup iolss pon perasan dorg dah start selitkan adegan² lgbt ni. Sebelum ni takde pon nak masuk bab² lgbt ni. Paling ketara dlm revenge of others
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 09:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 10:01 AM | Show all posts
cucutokwan89 replied at 21-12-2022 09:16 AM
sejak dua menjak ni, galak depa buat drama LGBT. Promot lg gaya hidup bukan2. Lama2 esok tak berakya ...

revenge of others
lum ngk lagi la
tgh layan missing the other side
pasal kematian juga
perkampungan untuk
mayat yang tak dijumpai
nmpknya season 2
bnyk focus kat kanak2
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya rasa inilah haluan Malaysia. Bezanya satu golongan berhenti membiak, dan golongan selain itu membiak beramai-ramai (agenda menghapuskan Melayu).
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 10:30 AM | Show all posts
cucutokwan89 replied at 21-12-2022 09:16 AM
sejak dua menjak ni, galak depa buat drama LGBT. Promot lg gaya hidup bukan2. Lama2 esok tak berakya ...

birthrate kpop ni pun antara lowest in the world
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
raxief replied at 21-12-2022 02:30 AM
birthrate kpop ni pun antara lowest in the world

Dah kos hidup melampau tinggi macam ntah apa ja. Singapore pun low birth rate kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2022 07:11 AM | Show all posts
kalau itu membahagaiakan why nott biar jelah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-3-2025 12:03 PM GMT+8 , Processed in 0.339120 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list