CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2249|Reply: 47

[Tempatan] Laporan polis dibuat, notis penolakan masuk pelawat China dibuat mengikut prosedur

[Copy link]
Post time 2-7-2023 09:00 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Laporan polis dibuat, notis penolakan masuk pelawat China dibuat mengikut prosedur

KUALA LUMPUR: Satu laporan polis telah dibuat bagi menangkis dakwaan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing bahawa wujud budaya rasuah dalam kalangan kakitangan Jabatan Imigresen Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Khamis lalu.
Laporan yang dibuat Penolong Penguasa Imigresen, Syahmi Syafie Md Nazmil itu menafikan dakwaan anggota Imigresen meminta wang RM3000 melalui ejen untuk membebaskan wanita dari China yang dikenali sebagai Wang Xu.

“Semasa soal siasat, subjek tidak memenuhi syarat kemasukan pelancong kerana tidak memiliki tiket pulang ke negara asal serta gagal menyatakan dengan jelas penginapan semasa berada di Malaysia.

“Soal siasat serta komunikasi dengan subjek juga agak terbatas kerana subjek hanya boleh berbahasa Cina dan sukar memahami soalan yang diajukan,” kata laporan.

Dalam pada itu, seorang wanita yang berkomunikasi dengan pegawai penguat kuasa melalui telefon bimbit subjek serta memperkenalkan diri sebagai Emma memberitahu wanita itu datang dengan tujuan menjaga anaknya.

Sementara itu, laporan memaklumkan kemasukan pelawat yang telah dikemas kini daftar penolakan masuk ke dalam sistem Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) hanya boleh dibatalkan dengan kelulusan pengarah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) atau Ketua Pengarah Imigresen sahaja.

Dalam pada itu, Syahmi juga mendakwa pegawai bertugas juga tidak diberikan peluang untuk memberi penjelasan atau membela diri meskipun dituduh meminta wang berjumlah RM3000 melalui ejen untuk dilepaskan.

“Datuk Seri Tiong King Sing telah hadir ke pejabat operasi imigresen dan meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan penolakan masuk ke atas subjek berkenaan. Beliau juga memarahi pegawai kanan serta penyelia yang menolak kemasukan subjek dan mengatakan “you are the culprit” serta membuat tuduhan yang tidak berasas dengan menyatakan pegawai meminta wang sebanyak RM3,000 melalui ejen untuk membebaskan subjek masuk ke Malaysia.

“Beliau juga mengugut akan “membuang pangkat” pegawai berkenaan dan pelbagai kata-kata yang menjatuhkan air muka pegawai di hadapan pegawai lain serta orang awam yang berada dalam pejabat pada ketika itu,” tulis laporan itu.

Susulan kejadian tersebut, tindakan notis penolakan masuk telah dibatalkan selaras arahan ketua pengarah dan wanita itu dibenarkan masuk sekitar jam 3 petang keesokannya.

Terdahulu, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan, beliau tidak pernah menyalahgunakan kuasa untuk membebaskan wanita asing seperti yang didakwa, sebaliknya mendakwa pelancong dari China itu ditahan Jabatan Imigresen tanpa sebarang sebab.
Mengulas lanjut, King Sing berkata beliau hadir di pejabat Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada petang kelmarin itu selepas menerima terlalu banyak aduan mengenai halangan untuk pelancong masuk ke negara ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2023 09:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Itu menteri.. lapor puhlis jaman pmx ni bkn ka dia rasa kebal sbb tu tak rasa apa2..

Tapi iols sokong kalau muntri ni disiasat! Siasat sampai terlondeh spendaaaa!!!!

Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 09:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Suh dia letak jawatan atau....dia ni la bola umpanan libas bergulung lwn prn,pru nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Harap2 Kes ni x disorok bawah kapet lah sbb org yg jaga polis, undang2 pun Menteri jugak. Menteri tlng menteri.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 09:42 AM | Show all posts
to be fair kes ini mesti disiasat dari sumber kedua-dua pihak.

penahanan ikut prosedur itu cuma defend dari kes ini tetapi tak semestinya tak ada plot twist. seorang menteri guna kuasa menteri untuk overrule sop biasa adalah agak misteri... menurut laporang katanya menteri bawa sprm... mungkinkah tak ada salah penahanan itu tetapi ada individu pegawai ambil kesempatan?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 09:54 AM | Show all posts
kahkahkah. rakyat kena kencing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-7-2023 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Walanon dan spin berpisah tiada
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Menteri KDN si Pudin tuh, katannya nak tunggu laporan  penuh dari imigresen dulu, then baru nak ambik tindakan. Ujung2 imigresen sendiri terus buat laporan polis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-7-2023 10:37 AM | Show all posts
nampak dak madanon ni sikit2 twist rasuah?
kalau hngpa suci murni, pi la buat report polis & sprm,
Lahanat duk lepas cina tu masuk psl pa? Patut halau balik ja

Tapi nk bt mcm mn dpt PM pun lagi percaya penjajah & teruskan dasar penjajah.
banding dgn ahli sejarah yg ada document bukti.
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting lepas ye ahso tu ..  tak keluar dah la.. ntah ntah dah dapat IC biru. Maklom lah kabel kuat tahap menteri.

Ini semua shilaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Video mana video
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Bosannya main pakai cable menteri ni
Biar la penjawat awam buat kerja
Kalau negara lain nak masuk xda return ticket dah kena reject tanpa kompromi
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 11:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila!! Ujung2 batal penahanan pasai apa??? Dah ada tiket balik ke?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 11:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Uik..Ah So masuk pakai visa pelancong ka? Kalo dtg nk keje jaga anak org kena ada permit kerja..ni pon dh salah..amboi main  Menteri ko..tolong siasat Menteri ni..
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Beso kabel ahso ni
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada dua isu kat sini

Siasat dua2

Acik2 kepam cuma mampu tengok dari mata rabun dia ja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2023 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 2-7-2023 11:15 AM
Ada dua isu kat sini

Siasat dua2

Apa dua isu tu?
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 12:00 PM | Show all posts

1. Unlawful (?) detention
2. Rashuah


Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
harisbee replied at 2-7-2023 09:59 AM
Walanon dan spin berpisah tiada

Nti pmx cuma komen......ada sikit salah faham, xdc isu pun.....muntri pun lepas sebebasnya.....& Immi tu kena tukar daerah sbb berani lwn muntri pieh
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2023 12:29 PM From the mobile phone | Show all posts
amon_79 replied at 2-7-2023 11:10 AM
Uik..Ah So masuk pakai visa pelancong ka? Kalo dtg nk keje jaga anak org kena ada permit kerja..ni p ...

Kan...masuk as pelancong, tiberr emma yg x brp nk fasih BI ckp dgn officer immi kata pelancong masuk utk jaga anak dia
Tiber dtg pulak muntri buat kecoh kata officer mintak 3k rashuahhh...lempar kata kesat kt officer, memalukn officer(mudahan muntri berjodohan dgn inspektor shila). Knp muntri tk jelaskn knp pelacong tk de tiket balik, knp pelancong blh masuk utk keje.
Harap muntri jgn buli org bawahan..tk baik tau.
Nk banteras rasuah boleh...tp bg bukti
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-11-2024 12:38 PM GMT+8 , Processed in 0.066010 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list