|
oleh Adib Za
![](http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/06/172317dcftutrmvtlmci6m.jpg)
(Sumber foto: Carian google)
Anda merupakan pengguna lip gloss yang tegar? Apa kata anda hasilkan sendiri lip gloss kegemaran anda.
Ya, dengan ramuan yang semula jadi dan selamat, lebih berkesan dan tanpa kesan sampingan!
Bahan-bahan:
1 sudu minyak kelapa
1 sudu Almond Oil
1 sudu Cocoa Butter
3-4 titis Vitamin E Oil
1-2 titis minyak peppermint
2 sudu Choco Chips semi sweet
Cara Membuat:
Campurkan semua bahan ke dalam mangkuk tahan panas.
Panaskan air dalam periuk dengan api sedang hingga mendidih. Lalu, stimkan bahan tadi dalam mangkuk sehingga semua sebati.
Tuangkan perlahan-lahan bahan tadi ke dalam bekas kaca.
Masukkan ke dalam freezer dan tunggu sampai mengeras.
Nah, dah siap! Boleh guna bila-bila dan ia tahan sehingga 2 bulan! - CARI Infonet |
|