Edited by mbhcsf at 18-3-2016 09:00 PM
Peranan NGO Terhadap Teori Relativisme
Ditulis oleh Prof. Madya Dr. Shamrahayu Ab Aziz.
Posted in Berita Harian - Dr. Shamrahayu
Disedari atau tidak, penyebaran faham hak asasi yang bersandarkan kefahaman manusia, sudah berada di arus perdana. Penyebarannya semakin keras dan deras. Tidak ada yang salah tentang hak asasi. Ia adalah keperluan asas setiap individu. Namun, ia menjadi salah sekiranya tiada elemen ketuhanan dan hanya mementingkan kehendak manusia.
Perlembagaan kita merangkum hak asasi di bawah tajuk kebebasan asasi. Walaupun ada beberapa perbezaan dari segi maksud dan istilah yang digunakan, iaitu "kebebasan" dan "hak" tetapi secara dasarnya kita tidak boleh membuat kenyataan umum bahawa Perlembagaan kita tidak menjamin hak asasi. Ini kerana implikasi kepada peruntukan berkaitan kebebasan asasi sebagaimana ada dalam perlembagaan itu menjadikan hak-hak asasi perlu dijaga, dijamin dan dilaksana kepada setiap yang berhak mengikut kesesuaian perundangan negara.
Dalam aspek perundangan, negara kita masih berpegang dengan kukuh kepada nilai-nilai agama dan budaya dalam hal berkaitan hak asasi. Oleh itu, secara akademik, dalam teori hak asasi, kita menerima pakai teori relativisme, iaitu satu teori yang menerima elemen tempatan, termasuk agama dan nilai budaya serta moral.
Perundangan kita tidak menerima teori universalime walaupun keinginan untuk segelintir warga kita yang mahukan negara menerima teori universalisme atau sejagat dalam hal hak asasi.
|